Vitamin Ibu Menyusu Memberikan Tenaga?



Adakah vitamin memberikan seseorang ibu menyusu itu tenaga?
Ya, kerana ia adalah penyokong untuk tubuh untuk mendapatkan nutrisi yang diperlukan tubuh badan kita yang hilang atau tiada disebabkan beberapa faktor.

Setiap ibu menyusu mesti akan mengalami situasi seperti letih selepas menyusu atau berasa tidak bertenaga sepanjang hari.

Apakah penyebab rasa letih dan lesu tersebut?

1. Stress
Stress  boleh menyebabkan badan berasa letih dan lesu. Apabila stress, kita akan jadi malas nak berfikir, asyik fikirkan benda yang menekan jiwa hingga menjadikan badan letih, lesu, lemah dan sebagainya. Terdapat beberapa kajian yang menyatakan stress boleh membawa kepada penyakit2 fizikal juga.

2. Kekurangan zat
Kurang zat, terutama vitamin B Complex menyebabkan badan berasa letih dan lesu. Vitamin B12 dalam B complex bertugas membawa oksigen ke serata sel tubuh badan kita. Apabila sel badan kita kurang oksigen, maka kita akan mudah berada penat, letih dan lesu. Kekurangan vitamin B complex juga memberi kesan kepada metabolisma tubuh, kawalan stress, sistem saraf dan sebagainya.

3. Kurang Darah (anemia)
Kurang darah atau anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi boleh memberi kesan kelesuan pada badan. Zat besi penting dalam pembinaan sel darah merah. Seseorang yang menghidap anemia lebih mudah penat dan cepat rasa nak marah,

4. Badan yang tidak sihat
Sedang selesama, demam, batuk dan sebagainya memberi kesan kepada tenaga badan. Seorang yang tidak sihat lebih cenderung untuk berehat dan tidur kerana badannya mudah penat.

5. Makan yang tidak teratur
Waktu makan yang tidak teratur memberi kesan kepada imunisasi yang mengurangkan tenaga dalam badan. Jadi, makanlah dengan teratur, terutama ibu-ibu yang menyusukan anak.

6. Masalah-masalah organ dalaman
Seseorang yang bermasalah dengan buah pinggang, jantung, dan sebagainya cenderung untuk berasa letih dan lesu daripada orang yang sihat.

Bagi seorang yang normal, biasanya penyebab keletihan dan kelesuan adalah yang nombor 1,2,3, dan 5.

Oleh kerana itu, set breastfeeding yang dicadangkan oleh Shaklee adalah vitamin yang diperlukan oleh tubuh. Walaupun ALFAFA terkenal sebagai "milk booster', tidak disarankan ibu menyusu hanya mengambil alfalfa semata-mata, kerana seorang ibu menyusu TIDAK HANYA PERLU MEMBANYAKKAN SUSU tapi perlu menjaga tubuh badannya sendiri daripada perkara-perkara seperti keletihan, stress, tidak sihat dan sebagainya.

Di dalam set  asas breastfeeding (SET B), vitamin-vitamin yang melengkapkan keperluan ini adalah Vita Lea (multivitamin dan multimineral), B-complex, vitamin C dan Alfalfa (sebagai penggalak susu). 

Seseorang itu boleh mengambil alfalfa sahaja, tetapi kita tidaklah mahu jika susu banyak tetapi badan pula menjadi letih dan lesu. Untuk memberikan khasiat optimum kepada tubuh ibu, satu set B adalah lengkap bagi keperluan ibu (vitamin) dan anak (susu).

Ibu yang tertekan mungkin tidak dapat menyusukan anaknya dengan baik. Ibu yang keletihan mungkin tidak dapat melakukan banyak kerja di rumah atau di pejabat. Apabila seorang ibu dalam keadaan gembira, bertenaga, riang… anak pun dapat merasai auranya. Apalagi anak yang disusukan dengan susunya sendiri.

Ramai ibu yang mendapati perubahan pada tubuh badan mereka, e.g. kurang keguguran rambut, lebih ceria, kulit lebih cantik, kurang penat, lebih tenang, jarang selesema, etc. selepas pengambilan vitamin-vitamin ini.

* credit tu Mommy Lyna


Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan konsultasi PERCUMA, hubungi:
H/P: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan