Alahan...ramai di kalangan kita pernah mengalami alahan sepanjang kehidupan mereka. Antara penyebabnya adalah alah kepada makanan, ubat-ubatan, gigitan serangga, tumbuhan dan macam-macam lagi.
Gejala yang sering terjadi adalah seperti gatal-gatal, batuk,bersin, hidung berair, asma dan sebagainya.
Oklah, di sini saya nak kongsikan kepada semua cara mengawal alahan secara semulajadi. Tips-tips ni saya dapat dari majalah isihat. Jom kita tengok satu-satu dan mencuba untuk mrngawal alahan yang kita hadapi secara semulajadi.
- Cuba Herba - Cuba Jelatang sejenis tumbuhan herba mengandungi antihistamina semulajadi. Pakar Naturopati melaporkan tumbuhan ini boleh diambil dalam bentuk kering untuk mengawal alahan. Boleh didapati di kedai ubat herba.
- Pegaga - Turut dikenali sebagai Gingko Biloba. Mengandungi ginkogolides yang menghalang atau menghadkan serangan alahan. Bukan itu sahaja,pegaga juga baik untuk meningkatkan daya ingatan anda. Khasiat pegaga ni juga sebagai awet muda tau!
- Pilih warna-warni - Anda disarankan makan makanan yang mengandungi Quercetin. Ia adalah pigmen atau warna semulajadi makanan yang ada dalam buah anggur, teh hijau, nanas dan beberapa jenis buah dan sayuran. Dengan memakan makanan berwarna terang atau berwarna-warni ini dapat membantu menghalang alahan dengan mengawal pembebasan histamina. Sekiranya anda ingi mengambi, pil Quercetin ini, tidak disarankan mengambil jelatang kerana herba ini juga mengandungi Quercetin. Elak pengambilan dos berganda.
- Banyakkan Omega 3 - Banyak terdapat dalam makanan laut. Tapi sekiranya anda alahan pada makanan laut, saya syorkan anda mengambil omega 3 dalam bentuk softgel.
- Madu - Madu mempunyai pelbagai khasiat yang telah terbukti. Ia adalah salah satu cara mengawal alahan.
- Probiotik - Menyediakan bakteria baik kepada sistem penghadaman anda. Ramai doktor naturopati percaya kesihatan sistem pencernaan berkait secara langsung dengan kesihatan sistem imunisasi. Probiotik boleh didapati di kedai makanan kesihatan dalam bentuk pil. Yogurt juga boleh membantu menggantikan bakteria baik untuk anda.
Shaklee ada menawarkan produk Omega Guard yang mengandungi omega 3 yang bersumberkan ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun untuk membantu anda mengawal alahan anda. Ramai yang telah menggunakan Omega Guard ini untuk mengawal asma, elergi, ekzema dan sebagainya. Malah ia baik untuk kesihatan jantung anda dan juga otak anda.
Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan konsultasi PERCUMA,
hubungi:
H/P: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Pages: Vitaminonlineshop
Tiada ulasan:
Catat Ulasan