Resepi Bubur Asyura Yang Sangat Sedap

Masuk je bulan Muharam memang ramai yang akan bergotong royong untuk membuat bubur asyura ni. Seronok kalau buat ramai-ramai. Bahagikan tugas masing-masing untuk menyediakan bahan. Tapi, kalau nak buat sendiri di rumah pun boleh je..

Saya pun buat pertama kali buat sendiri bubur asyura ni. Sebelum ni buat dengan mak. Tapi, memandangkan suami pun teringin nak makan bubur asyura ni sebab dah lama kami tak makan jadi saya pun cubalah buat berpandukan resepi yang mak bagi.

Banyak jenis dan versi bubur asyura ni ikut pada negeri masing-masing. Saya buat bubur asyura versi utara tapi stail mak saya lah dan ikut suka hati saya je main agak-agak letak bahan. Yerlah..orang tua-tua mana nak ada sukatan betul-betul..Diaorang kan main agak dan campak je..

Alhamdulillah menjadi juga..Yang penting masak dengan penuh kasih sayang..Suami pun kata sedap..hehehe..Jadi bolehlah saya simpan resepi ni di sini untuk rujukan masa depan dan sesiapa yang ingin mencubanya.

Resepi ni tak berapa manis sangat. Kalau yang suka manis tu tambahlah gula ikut selera masing-masing ya.

BAHAN-BAHAN

Bahan A

  • 2 pot beras (penyukat plastik yang kalau kita beli periuk nasi disertakan bersama tu)                  - direndam semalam..Dikisar dengan 1 cawan air.
  • 250g gula merah (dimasak jadikan 2 cawan)
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 500g santan segar
  • 1 sudu teh garam
  • Daun pandan disimpul (tak letak pun tak pe)
Bahan B
  • 1 cawan Kacang Hijau (direbus)
  • 1 tongkol sederhana ubi keledek (direbus)
  • 1 tin Jagung (yang jagung dengan air sahaja bukan yang creamy)
  • 1 tin Kacang Merah 
  • 1 tin Kacang Kuda
 CARA-CARA

1. Campurkan semua bahan A di dalam kuali
2. Kacau sehingga pekat dengan menggunakan api sederhana.
3. Setelah hampir masak masukkan semua kekacang yang telah ditoskan airnya.
4. Kacau hingga sebati dan berkilat.
5. Bolehlah terus dimasukkan dalam bekas setelah masak.

*Jangkamasa masak dalam 1 jam.



Bagi yang ingin mencuba Bubur Asyura ni silakan. Hasilnya saya dapat 1 bekas 8inci petak, bekas plastik 4"x4" dan juga bekas plastik aiskrim King yang oren tu..

Selamat Mencuba!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pembelian vitamin secara online boleh Klik di  Esell dibawah:





SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
                                           FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
IG: vitamin_online_shop
COD: Taman Sri Gombak, Batu Caves, UIA GOMBAK, SENTUL, Maju Junction KL,
SEKITAR GOMBAK, BATU  CAVES.

Your Trusted SID
Anis 906379
019-3132413

Tiada ulasan:

Catat Ulasan