Resepi Original Cake Viral. Dah tak perlu beratur panjang..

Korang pernah dengar tak original cake yang tengah viral sekarang ni? Original Cake ni katanya berasal daripada negara Taiwan. Baru sahaja membuka cawangannya di Malaysia. Katanya perlu beratur panjang untuk membeli original cake ni. Kek ini terkenal disebabkan teksturnya yang dikatan gebu dan lembut.

Saya tak sanggup nak beratur panjang-panjang..hahaha..Jadi bila Chef Azlina Ina kongsikan resepi original cake ni saya cubalah buat di rumah..Hasilnya..tak mengecewakan..memang lembut dan gebu dan sedap apalagi bila di makan panas-panas..memang puas hatilah..harapnya sama jugalah rasanya seperti yang dijual..hehehe..Terima Kasih banyak-banyak Chef..Dapat juga merasa kek ni tanpa perlu beratur panjang..

Meh saya kongsikan resepi Original Cake tu di sini pula..

BAHAN-BAHAN
  • 1/2 sk Esen creamy vanila 
  • 1/2 sk Butter vanila  (kalau tak ada guna salah satu sahaja sama ada esen creamy vanila atau butter vanila 1sk - ini bertujuan untuk mengurangkan bau telur yang kuat)
  • 6 biji telur gred B asing kuning dan putih 
  • 1 cawan tepung gandum+1sk baking powder 
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/4 cawan susu cair/susu segar
  • 3/4 cawan gula kalau xnak manis 1/2 cawan je 
  • 1 bungkus cheese cheddar cheesedale (ikut suka nak letak berapa keping dalam kek tu)
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak dalam bekas pengukus dalam 2 hngga 3 minit. (Tapi saya buat kaedah double boiler je senang..hehehe)
  2. Kkeluakan minyak panas-panas tu dan terus masukkan tepung dan kacau dengan whisk
  3. Masuk telur kuning dan kacau. Masa ni bebintil skit. Kacau je laju-laju.
  4. Masukkan susu cair plak kacau lagi. Adunan akan jadi pekat.
  5. Masukan esen creamy vanila kacau lagi. Ketepikan dulu.
  6. 6 biji putih telur tadi mix smpai berbuih kasar kemudian masukkan gula halus dan mix lg smpai jd meringue. Maksudnya dia jadi kental..Bila terbalikkan bowl tu meringue tu tak jatuh..Kira jadilah tu..
  7. Ambik 1 senduk masuk dalam adunan telur kuning td kacau bg cair je.
  8. Kemudian tuangkan semua adunan kuning telur tadi ke dalam bekas meringue tadi.
  9. Kaup balik ratakan.
  10. Lapik loyang 8x8 dgn baking paper dan tuang separuh adunan. Susun cheese dan tuang selebih nya adunan tadi.
  11. Bakar guna teknik water bath iaitu 2 loyang digunakan. 1 loyang adunan kek tadi dan 1 loyang diletak di bawah loyang adunan kek dan diisi air.
  12. Panaskan oven 180c atau mengikut oven masing-masing dan bakar selama 1 jam.

Senang je kan nak buatnya? Bahan-bahan dia pun mudah didapati dan simple sahaja. Sekejap je dah boleh ngap..Makan panas-panas tau!! Baru cheesenya tu meleleh-leleh..

Ok Selamat Mencuba!!

Kek Viral

Kek Viral





SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
                                           FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
IG: vitamin_online_shop
COD: Taman Sri Gombak, Batu Caves, UIA GOMBAK, SENTUL, Maju Junction KL,
SEKITAR GOMBAK

Your Trusted SID
Anis 906379
019-3132413

Tiada ulasan:

Catat Ulasan