Sarapan Pagi Penting Untuk Kurus dan Elak Daripada Diabetes

Ramai yang tidak mengambil endah akan kepentingan sarapan pagi. Sebenarnya sarapan pagi amat penting terutama bagi mereka yang ingin kurus iaitu dianggarkan 90 peratus individu yang obes adalah kerana tidak mengambil sarapan pagi . Selain daripada itu mengambil sarapan pagi dapat mengurangkan risiko daripada mendapat diabetes.
Menurut Pakar Perunding endokrinologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Norlaila Mustafa, trend rakyat Malaysia tidak mengambil sarapan semakin merisaukan. Tabiat meninggalkan sarapan menyebabkan paras insulin menjadi tinggi yang boleh mendedahkan tubuh terhadap risiko diabetes.

Secara amnya pengambilan sarapan berfungsi untuk menghidarkan kelaparan dan membantu mengelakkan seseorang terlebih makan pada waktu kemudian. Jadi, secara tak langsung mengurangkan risiko obesiti.

Pengambilan sarapan juga memberi kesan psikologi yang positif dengan kajian menunjukkan wanita yang mengambil sarapan akan mempunyai tahap rintangan insulin dan kolesterol yang lebih rendah. 

Rintangan insulin bermaksud keadaan di mana hormon tidak mampu untuk membawa glukosa ke dalam sel badan secara berkesan. Keadaan ini menyebabkan sel badan kelaparan sementara glukosa berkumpul dalam darah dan memusnah segala saluran darah. Jika dibiarkan berterusan, lama-kelamaan insulin ini akan menyebabkan diabetes.



6 Tips Pengambilan Sarapan Pagi Yang Sihat

1.  Waktu yang terbaik untuk anda bersarapan pagi adalah antara jam 6 hingga 9 pagi.

2. Ambil sarapan dalam tempoh sejam atau selepas berjalan dan elakkan mengambil sarapan yang lewat

3. Makan makanan tinggi protein bagi membantu mengurangkan rasa lapar dalam tempoh yang lama.

4. Tambah buahan dan sayuran seperti pisang dalam bijiran dan lada benggala dalam omelette.

5. elakkan mengambil pastri, makan makanan manis seperti donut ketika bersarapan. Makanan ini akan membuatkan kita cepat lapar.

6. Banyakkan minum air kosong setiap hari.






SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
                                           FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
IG: vitamin_online_shop
COD: Taman Sri Gombak, Batu Caves, UIA GOMBAK, SENTUL, Maju Junction KL,
SEKITAR GOMBAK

Your Trusted SID
Anis 906379
019-3132413

Tiada ulasan:

Catat Ulasan