Pernahkah anda mengalami situasi perut senak atau kembung, badan rasa sakit-sakit, tidak selesa dan lesu? Ini adalah disebabkan masalah angin yang terlalu banyak dalam badan. Keadaan ini sedikit sebanyak mengganggu fokus anda dalam bekerja dan membuatkan anda berada dalam keadaan stress.
Kebanyakan individu menganggap masalah angin dalam badan ini sesuatu yang biasa tetapi bagi sesetangahnya pula terutama golongan muda menganggap ia adalah gangguan yang boleh menjejaskan hidup dan fokus kepada kerja. Anda perlu tahu punca gejala angin ini kepada anda kerana ia berbeza antara individu.
Mari kita kenali punca dan cuba tips untuk atasi masalah angin dalam badan ini. Semoga dapat membantu anda yang mengalaminya.
Masalah angin dalam badan kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan atau stress, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari. (Dulu semasa belajar saya kerap mengalami masalah gastrik. Doktor selalu menasihati supaya tidak stress.)
Selain itu, masalah angin ini juga boleh disumbangkan oleh proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak berlaku seperti sepatutnya. Ini bermakna ia mungkin disebabkan gangguan dalam sistem penghadaman.
Terdapat beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Paling utama adalah penghidapnya perlu membuat perubahan kecil dalam pemakanan dengan mengelakkan pengambilan makanan berangin dan bergas dan tidak menelan terlalu banyak udara.Kita perlu memastikan jenis makanan yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini.
Bagi individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik, anda perlu kurangkan pengambilan gula-gula getah dan gula-gula. Kunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan.
Hindari makanan yang menghasilkan angin. Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktosa, laktosa dan sorbitol menghasilkan banyak angin.
Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktosa. Laktosa ialah gula semulajadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim.
Fruktosa banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
Anda juga boleh atasi masalah angin dalam badan dengan membuat urutan bagi mengurangkan masalah angin. Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia akan memberikan kelegaan segera.
Menurut pakar terapi Nor Qamarul Ramdhah Ahmad Rashidi, teknik urutan yang betul mampu melegakan atau mengurangkan rasa kurang selesa individu berkenaan.
“Terdapat pelbagai jenis masalah angin yang biasa terjadi antaranya angin di badan, kepala, rahim, perut dan bawah bahu yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan mengalami kesakitan.
“Masalah angin ini sekiranya tidak dirawat atau diurut dengan betul bukan saja menyebabkan rasa tidak selesa malah boleh menjadi punca kesakitan atau bisa pada badan atau tempat yang bermasalah itu,” ujarnya.
Nor Qamarul Ramdhah yang mempunyai pengalaman mengurut masalah angin lebih 10 tahun itu berkata, pengambilan makanan yang betul antara perkara yang perlu diberikan perhatian.
“Apa yang penting adalah kurangkan makanan pedas, berlemak dan minuman berkarbonat kerana itu akan menambah angin selain perlu pastikan minum air masak secukupnya.
“Pengambilan buah sebelum makan nasi selain minum air masak sebaik bangun daripada tidur juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan masalah angin,” katanya.
SUMBER :
siti_nadirah@hmetro.com.my
Selain itu anda boleh cuba tips atasi angin dalam badan dengan mengambil supplemen yang dapat mengurangkan masalah anda. Supplemen yang dicadangkan adalah:
PEPPERMINT GINGGER PLUS
Kandungan hali, pokok adas,cekur manis dan pudina di dalamnya dapat mengurangkan masalah sebu dan kembung perut disamping dapat melegakan loya-loya disebabkan angin yang terlalu banyak dalam badan dan juga baik untuk sistem penghadaman.
GARLIC COMPLEX
Selain terkenal sebagai antibiotik semulajadi, khasiat bawang putih ini adalah untuk membantu mengatasi masalah ketidakhadaman dan juga merawat kembung perut.
OSTEMATRIX
Bukan sekadar kalsium OStematrix ni malah boleh membantu anda keluarkan angin dan melawaskan pembuangan air besar.
Jika masalah angin ini juga menyebabkan anda rasa kurang lawas dalam pembuangan air besar, ambil sekali HERB-LAX dan juga LECITHIN untuk membantu melawaskan pembuangan serta membuang angin-angin di usus dan melancarkan pengeluaran najis.
Jadi, ambil langkah SEGERA. Jangan biarkan diri diselubungi angin.hehe..
Your Trusted SID
ANIS 019-3132413
Untuk keterangan lanjut mengenai produk,
hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413
(Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Pages: Vitamin
Online Shop
IG: vitamin_online_shop
Tiada ulasan:
Catat Ulasan