Vitamin Untuk Kesihatan Mata

Penglihatan yang sihat amat diperlukan oleh kita semua kerana rata-rata dalam kehidupan seharian kita banyak menggunakan fungsi mata untuk melaksanakan aktiviti harian kita. Betul kan?

Tapi, sedarkah kita apabila zaman semakin canggih dengan teknologi, kita sebenarnya telah memberikan beban yang sangat berat kepada mata kita. Sekarang ni, rata-rata setiap golongan masyarakat mesti ada satu handphone. Handphone sangat penting pada kita sekarang selain untuk berurusan perniagaan tetapi handphone juga adalah sebagai tempat kita mencari maklumat, bersosial, menonton cerita dan beriadah dengan bermain game juga..Jadi, dapatkah anda berenggang dengan handphone anda walau cuma 1 jam? Mesti akan gelisah bukan?

Mengikut kajian, hampir 1 daripada 3 orang dewasa (30%) menggunakan alatan elektronik 9+ jam dalam waktu siang. Kajian yang dibuat untuk 2000 orang dalam masa 25 saat, mereka memeriksa telefon sebanyak 32 kali sehari.

Kegunaan alatan elektronik ini tidak terhad kepada handphone semata, malah laptop, komputer di pejabat, televisyen juga memberikan banyak tekanan pada mata kerana penggunaan secara berterusan dan berlebihan ditambah dengan cahaya yang malap serta terdedah kepada silau peralatan elektronik itu sendiri memburukkan lagi keadaan.

Kesannya..beban kepada otot ciliari mata kita. Otot ciliari bekerja keras apabila kita memberi tumpuan pada jarak dekat. Penggunaan alatan elektronik sudah tentu menyebabkan mata kita akan berasa letih. Antara gejalanya ialah:

1. Mata merah, gatal atau kering disebabkan skrin yang terlalu terang
2. Mata akan berasa kabur disebabkan oleh skrin yang silau
3. Keleetihan melihat skrin terlalu lama
4. Sakit leher dan belakang akibat kedudukan postur badan yang tidak betul
5. Keletihan dan sakit kepala oleh kerana tekanan terhadap mata

Apakah penyakit yang berkaitan dengan mata?

1. Age-related Macular Degeneration (AMD)
Kerosakan yang kronik pada saraf retina mata yang memberikan kesan pada tengah penglihatan. Selalu berlaku pada mereka yang sudah tua lingkungan 60 dan ke atas.


2. Katarak
Katarak adalah kanta yang kabur yang memberi kesan pada penglihatan. Kebanyakan katarak berkait dengan penuaan. Katarak ini berkaitan dengan ketidakseimbangan protein dan cecair yang memberikan kerosakan pada kanta. Selalunya akan berlaku pada usia sekitar 40 - 50an ke atas.


3. Diabetic Retinopati
Keadaan komplikasi kencing manis, memberi kesan pada salur darah pada retina.


4. Glaukoma
Gloukoma adalah keadaan yang menyebabkan kerosakan keada saraf optik mata yang akan menjadi lebih teruk dari hari ke hari. Ia terjadi adalah disebabkan pendedahan kepada sinar UV secara langsung kepada mata dan boleh menyebabkan mata menjadi buta lama kelamaan.


Tip Untuk Penglihatan yang Sihat

1. Lindungi mata anda dengan kacamata hitam dan keselamatan
Lindungi mata anda daripada cahaya matahari yang boleh merosakkan dengan pemakaian kacamata hitam dan kacamata keselamatan jika anda membuat pekerjaan yang melibatkan bahan merbahaya.

2. Rehatkan Mata Anda
Elakkan daripada melihat peralatan elektronik jika cahaya tidak mencukupi. Jauhkan mata anda daripada alatan elektronik apabila mata anda semakin kering.

3. Diet yang sihat untuk mata
Nutrisi tertentu dapat membantu mengelakkan masalah mata yang teruk.

Jadi, untuk mendapatkan nutrisi yang seimbang untuk mata, rangkaian vitamin Shaklee mempunyai produk yang bermutu untuk kesihatan mata anda.

ESP
ESP merupakan protein yang sangat baik untuk kesihatan mata. Dalam ESP mempunyai 9 asid amino yang diperlukan oleh badan tetapi tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Malah taurina yang boleh dihasilkan oleh badan juga memerluka 9 asid amino ini untuk menghasilkannya. Kelebihan ESP ini memang tidak dapat disangkal lagi dengan kualiti yang tinggi kerana dipantau dari proses penanaman hinggalah pemprosesan dan penghasilan. Ia merupakan protein soya  non-GMO yang dihasilkan di bawah Program Pemeliharaan Identiti (IPP)

Vitalea
Vitalea merupakan multivitamin dan multimineral yang menampung lompong-lompong nutrien dalam badan kita yang tidak mencukupi daripada pengambilan makanan. Vitalea mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan mata.


Omega Guard
Omega Guard adalah omega 3 iaitu EPA+DHA. DHA adalah sangat diperlukan oleh mata. Omega Guard Shaklee mempunyai kepekatan yang sangat tinggi dan melalui 3 kali peringkat proses penyulingan untuk menyingkirkan bendasing berbahaya seperti kuprum dan sebagainya. Selain itu ia amat bagus untuk jantung dan aliran darah.


Carotomax
Carotomax shaklee mengandungi 6 jenis karotenoid untuk perlindungan antioksida yang tiada tandingan yang dirumuskan dari sayur-sayuran dan buah-buahan semulajadi. 6 jenis karotenoid itu adalah Astaxanthin, Alpa Carotene, Beta Carotene, Lycopene, Lutein dan Zeaxanthin.

  • Astaxanthin - Mengurangkan keletihan dan keradangan. Efektif dalam mencegah atau merawat; Age-related macular degeneration (ARMD), Neuropati kencing manis, Edema makular Cyctoid, Arteri retina pusat dan oklusi vena, glaukoma, keradangan mata (retinitis, iritis, keratitis, scleritis)
  • Lycopene -Bantu membaiki masalah mata. Ini termasuk Age-related macular degeneration (ARMD), dimana ia mengakibatkan kerosakan pada retina yang mengurangkan daya penglihatan dan katarak atau kekaburan kanta dan mata.
  • Lutein dan Zeaxanthin - Bertindak sebagai pelindung semulajadi. Melindungi daripada penyakit mata kerana menyerap cahaya biru memasuki mata. Lutein bantu membina ketumpatan macula pigmen, faktor utama dalam kesihatan macula dan retina.
  • Alpa Carotene dan Beta Carotene - Untuk penglihatan malam, mata yang sihat dan menghalang degenerasi penglihatan

Vivix
Vivix merupakan minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan alami. Dari segi mata Vivix dapat membantu dalam memperbaiki saraf mata dan otak menjadikannya sihat serta dapat membantu menghalang daripada terjadinya glaukoma.

Jika anda mementingkan kesihatan mata dan ingin pastikan mata anda sentiasa sihat, amalkan tips penglihatan yang sihat tadi serta dapatkan nutrisi yang penting untuk mata anda.


Untuk pembelian terus secara online menggunakan kad debit atau kredit boleh klik di button yang disediakan di bawah:

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5a5a76e2f8b0aa27f2c2dec653ab35e7



Yuor Trusted SID
Anis 906379
019-3132413

Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan