Pernah tak anda terkena sengatan tebuan ataupun ahli keluarga anda sendiri pernah terkena? Sebelum ni saya hanya tengok dan dengar saja orang tersengat tebuan ni. Tapi kali ni terjadi pada saya sendiri. Saya ingin kongsikan pengalaman saya disengat oleh tebuan dan cara menghilangkan sakit disengat tebuan ni secara semulajadi.
Di kampung, saya disengat tebuan tanpa sengaja apabila tebuan tersebut berada dalam kasut saya. sarung je kasut ingatkan ada jarum ke apa ke tercucuk kat ibu jari kaki saya. Rupa-rupanya seekor tebuan. Huhuhuhu sakitnya tak dapat digambarkan. Sakit gila-gila..Terus terduduk saya sebab sakit sangat-sangat tahap tak tau nak kata apa dah..hahaha..
Lalu ibu mertua saya letakkan parang besi katanya untuk hilangkan sakit disengat.Tapi sama juga sakit gila-gila..Adik ipar saya pula ambilkan ais untuk kurangkan rasa sakit sementara dalam perjalanan ke klinik. Masa tu saya dah rasa bisa-bisa tu dah naik ke atas kaki dah..Rasa nak demam pun ada..Semasa saya buat entry ni baru saya tahu yang fungsi letakkan ais tu bertujuan untuk membekukan tempat sengatan dan menghalang racun daripada merebak.
Terima Kasih juga kepada blog NurFatinAtikah ni sebab mengemukakan teori mengenai asid dan alkali ni..Tak tahu plak sebelum-sebelum ni..hihihi..memang tak tahu buat apa pun masa tu..
Sengatan lebah itu ASID, tapi sengatan tebuan itu ALKALI.
Maka, kalau lebah asid, sapu ubat gigi untuk neutralise,
kalau tebuan alkali, sapu cuka untuk neutralkan.
Maka, kalau lebah asid, sapu ubat gigi untuk neutralise,
kalau tebuan alkali, sapu cuka untuk neutralkan.
Ok sambung balik cerita saya tadi..Sampai je ke klinik saya dicucuk dengan ubat kebas dan juga darah dikeluarkan dari tempat sengatan untuk dikeluarkan bisa sengatan di situ dan sekali lagi saya dicucuk dengan ubat bisa. Saya dibekalkan dengan ubat gatal dan juga ubat tahan sakit.
Naik sahaja kereta terus rasa berdenyut-denyut balik. Memang sakit terasa seperti tersusuk benda tajam. Tak tahulah macam mana nak cakap. Tahan jerlah. Sampai je kat rumah saya terus teringat nak telan vitamin-vitamin yang saya ada yang memang saya akan bawa bila travel ke mana-mana untuk mengurangkan rasa sakit dan juga bengkak kaki saya. Masa tu memang rasa seram-seram nak demam dah. Saya cepat-cepat ambil vitamin semulajadi saya vitamin C, Omega, Bcomplex, Garlic, Zinc dan Alfalfa. Tapi sayang nutriferon lupa bawa..Jadi saya upkan dose untuk semua vitamin tu.
Alhamdulillah selepas rehat sekejap bengkak pun mula susut dan denyutan sakit tersebut dah makin berkurangan. Gatal-gatal mula rasa. Tapi alhamdulillah boleh dikawal. Saya hanya sapu cream Herbal cream untuk mengurangkan rasa gatal tu.
Alhamdulillah keesokan harinya bengkak dah tiada dan sakit disengat tebuan tu pun dah tak terasa dah. Memang hilang terus. Vitamin yang kita amalkan setiap hari ni selain untuk kesihatan tapi sangat berguna apabila berlaku kecemasan macam ni. Tapi, perlu pastikan vitamin-vitamin tersebut semulajadi yer..
Oklah..Itulah pengalaman saya pertama kali disengat tebuan. Memang akan ingat sampai bila-bila lah kesakitan tu..huhuhu..
Your Trusted SID,
Anis 906379
019-3132413
Tiada ulasan:
Catat Ulasan