Daftar Ahli Shaklee

10 Makanan Untuk Rambut Yang Sihat dan Cantik

Rambut yang sihat dan cantik memang menjadi dambaan setiap individu tak kira lelaki mahupun wanita. Jadi, penjagaan rambut amat perlu diperhatikan bagi mendapatkan rambut yang sihat dan cantik. Anda perlu menitik beratkan soal pemakanan yang anda ambil bagi menjamin kesihatan rambut anda..



Apakah 10 Makanan Untuk Rambut Yang Sihat dan Cantik?



Ikan Salmon

Untuk mendapatkan rambut yang berkilat, anda perlu amalkan asid lemak omega-3 yang boleh didapati dari ikan salmon, sardin dan ikan kembung. Perlu diingat asid lemak omega-3 tidak boleh dihasilkan oleh badan. Jadi anda perlu ambil dari sumber pemakanan atau makanan tambahan/supplemen. Asid Lemak Omega-3 ini dapat membantu membantu melindungi anda daripada penyakit,dan juga untuk pertumbuhan rambut yang sihat serta berkilat.


Greek Yogurt
Greek Yogut merupakan protein yang memiliki bahan yang membantu aliran darah ke kulit kepala anda yang penting untuk pertumbuhan rambut . Ini disebut vitamin B5 ( dikenali sebagai asid pantothenic) yang dapat membantu mengawal keguguran rambut. Kebanyakan produk penjagaan rambut ada bahan ini. 


Bayam
Seperti kebanyakan sayur-sayuran berdaun hijau yang lain, bayam penuh dengan nutrient yang menakjubkan. Ia mempunyai kandungan vitamin A, zat besi, beta karotena , folat dan vitamin C. Nutrien-nutrien ini amat diperlukan untuk kulit kepala yang sihat. Ia menjadikan rambut anda lembap dan tidak pecah/bercabang. 

Jambu Batu 
Jambu Batu kaya dengan Vitamin C yang dapat mencegah kerosakan rambut.

Bijirin
Bijirin seperti kacang soya dan kacang merah dapat membekalkan zat besi yang dapat membantu anda mengurangkan gejala keguguran rambut.


Sumber Protein
Apabila anda tidak mendapat cukup protein, pertumbuhan rambut seperti terhenti. Jadi, rambut akan gugur dan tiada pertumbuhan rambut baru. Carilah sumber protein tanpa lemak atau kurang lemak lebih baik.

Sweet Potatoes (Kentang Manis)

Mempunyai rambut kering yang kehilangan sinarnya? Keledek dipenuhi dengan beta karotena yang baik untuk anda serta tinggi antioksidan. Badan anda akan menukar beta karotena kepada vitamin A. Ia membantu melindungi daripada rambut menjadi kering dan kusam. Ia juga menggalakkan kelenjar di kulit kepala anda untuk menghasilkan cecair berminyak yang dipanggil sebum yang mengelakkan rambut daripada kering. Beta karotena juga boleh terdapat dalam sayur-sayuran dan buah-buahan lain seperti oren, lobak merah, labu, tembikai, dan mangga.

Kayu Manis
Serbuk kayu manis membantu pengaliran darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada folikel rambut anda untuk menjadikan rambut yang sihat dan bersinar.


Telur
Telur membantu dalam pertumbuhan rambut. Anda akan memperolehi protein dan zat besi asas apabila anda makan telur. Telur kaya dengan vitamin B yang dipanggil biotin yang membantu rambut berkembang. Kekurangan biotin ini boleh membawa kepada masalah keguguran rambut. Biotin juga membantu menguatkan kuku yang rapuh.


Tiram 
Tiram atau ketam, udang dan kerang kaya dengan mineral zinc. Apabila anda tidak mempunyai cukup mineral ini dalam diet anda, anda boleh mempunyai masalah keguguran rambut. Sel-sel yang membina rambut bergantung pada mineral zinc ini.

Jadi, pastikan 10 makanan yang disenaraikan di atas ada dalam diet seharian anda untuk memastikan anda cukup nutrien untuk pertumbuhan rambut yang sihat dan cantik.

Bagi anda yang sukar untuk mendapatkan makanan tersebut dalam diet seharian anda, anda boleh mengambil supplemen sebagai alternatif untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik.

Antara supplemen yang boleh anda ambil adalah:

Omega Guard - Omega Guard mengandungi asid lemak omega-3 yang diperlukan oleh anda untuk mendapatkan rambut yang bersinar selain dapat memberi kelembapan kepada rambut anda serta melancarkan pengaliran darah dan membawa oksigen ke folikel rambut bagi menghasilkan rambut yang sihat dan bersinar.

ESP- ESP merupakan sumber protein terbaik tanpa lemak yang diperkaya dengan asid amino dan juga kalsium yang dapat membantu dalam pertumbuhan rambut anda. Protein diperlukan untuk membina sel-sel baru untuk petumbuhan yang baru.


Zinc Complex - Zinc penting dalam merangsang sel-sel untuk membina pertumbuhan rambut dan mengawal daripada rambut gugur.

B-Complex- Bcomplex mengandungi 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan seperti B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin. Ia dapat mengawal keguguran rambut anda dan menguatkan struktur rambut.



Carotomax - Carotomax merupakan Vitamin A yang dihasilkan daripada rangkaian sayuran dan buahan yang kaya dengan antioksidan. Merupakan sumber beta carotene yang terbaik untuk anda dalam menjadikan rambut anda sentiasa lembap dan tidak kering. 
Vitamin C - Mencegah daripada berlakunya kerosakan rambut. 


 
 Untuk mendapatkan produk berikut serta pertanyaan lanjut, boleh hubungi:

Your Trusted SID
Anis 906379
019-3132413

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
Blog: vitaminonlineshop.blogspot.com
 


 



1 comment:

  1. Zinc tu paling penting untuk elak rambut gugur

    ReplyDelete

Daftar Keahlian