Perkembangan Bahasa dan Pertuturan Anak Anda Yang Perlu Anda Tahu

Perkembangan bahasa dan pertuturan anak perlu kita ambil tahu dan beri perhatian sewajarnya sedari awal lagi kerana dengan bahasa dan pertuturan inilah membolehkan kanak-kanak berkomunikasi dan berhubung antara satu sama lain.

Perkembangan bahasa dan pertuturan juga penting bagi melahirkan perasaaan, pendapat dan juga pandangan mereka. Bayangkan jika apa yang kita cakap, anak tak faham langsung. Ini akan menyukarkan komunikasi antara kanak-kanak tersebut dan orang sekeliling.

Pemantauan terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan anak ini penting bagi memastikan mereka tiada masalah lain seperti masalah pendengaran dan juga perkembangan global anak itu sendiri dan sebagainya. Langkah-langkah awal boleh diambil untuk mengatasinya.



Perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak adalah seperti berikut:

0-6 bulan: -
  • Menggerakkan mata dan kepala ke arah bunyi
  • Senyum apabila mendengar suara ibu
  • Mengeluarkan bunyi-bunyi berlainan untuk maksud yang berlainan
  • mengeluarkan bunyi 'mmmm' dan 'aaaa'
7-11 bulan : -
  • Peringkat 'membebel' - 'baba', 'mama', 'dada' tanpa maksud tertentu
  • Faham perkataan 'jangan' dan arahan-arahan mudah seperti 'salam', 'bye-bye'
  • Meniru bunyi mudah seperti bunyi kenderaan dan binatang
1 tahun : -
  • Meniru sukukata perkataan, contoh: 'bola' --> /laa, 'ayah' --> /yah 
  • Menguasai 10-25 perkataan
  • Dapat menunjukkan bahagian tubuh badan asas
  • Menggunakan kata sosial (seperti: 'bye bye' dan 'hello')
  • Memanggil ibu bapa dan ahli keluarga terdekat
2 tahun : -
  • Menguasai = 50 perkataan
  • Menggunakan ayat 2-3 perkataan
  • Mengikut arahan tanpa bantuan isyarat
  • Boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu aktiviti selama 5 minit
3 tahun : -
  • Bercerita menggunakan ayat yang lebih panjang dan sempurna iaitu 3 - 4 perkataan
  • Dapat menyebut nama penuh
  • Faham soalan 'apa', 'bila', 'mana' dan 'bagaimana'
4 tahun : -
  • Faham konsep seperti warna dan saiz
  • Dapat menjawab soalan tentang fungsi sesuatu
  • Menggunakan ayat yang panjang dengan sambungan seperti 'dan', 'dengan'
  • Menyebut bunyi konsonan dengan betul hampir 90%

5 tahun : -
  • Bercerita tentang sesuatu topik dengan ayat panjang (>5perkataan)
  • Menggunakan sambungan kompleks seperti 'selepas itu', 'atau' dan 'tetapi'
  • Faham arahan kompleks
  • Bahasa dan pertuturan menyamai orang dewasa

Panduan di atas adalah tahap-tahap perkembangan bahasa anak-anak dari 0-5 tahun. Namun begitu, tidak dinafikan ada kanak-kanak yang agak lambat sikit perkembangan bahasa serta pertuturan mereka. Tetapi ibu bapa jangan risau sangat mengenainya. Cuma pastikan mereka sihat dan tiada apa-apa masalah. Jika perlu, berjumpalah dengan Doktor Pakar Kanak-kanak bagi memastikan perkembangan anak anda dan tiada masalah yang serius. 

Ibu bapa juga perlu banyak berkomunikasi dengan anak seperti bercerita dan sebagainya supaya perkembangan bahasa mereka menjadi lebih cepat.

Nak tahu pemakanan untuk anak anda bagi memastikan kecergasan otak dan minda anak?KLIK DI SINI

Anis ID Shaklee 906379
019-3132413              

Tiada ulasan:

Catat Ulasan