Petua Untuk dapat Anak Kembar

Ramai sebenarnya pasangan suami isteri yang mengidamkan untuk mendapat anak kembar ni sebenarnya. Saya juga teringin nak dapat anak kembar bila berjalan-jalan ke shopping complex terlihat pasangan kembar ni duduk dalam stroller..rasa cutenya lah..hehehe..Memang selalu mencuri pandangan siapa sahaja yang melihatnya.

Tapi, boleh ke kita dapat anak kembar kalau tiada keturunan kembar? Kawan saya ada sorang yang memang tiada keturunan tetapi dapat anak kembar. Alhamdulillah rezeki dia. Jadi, tak mustahil kalau itu dah memang rezeki kita untuk dapat anak kembar.

Jom kita tengok apa petua untuk dapatkan anak kembar ni..Mana tahu boleh usahakan..Saya dapat daripada Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung
 
1. GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

2. UMUR
Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

3. BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. BERAT BADAN DAN KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. DIET
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

6. PENGAMBILAN UBAT KESUBURAN
Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.

7. BANYAKKAN MAKAN UBI, KENTANG DAN SUSU
Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.

8. Doa untuk mendapatkan anak kembar :-
i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:
ii) Surah As-Syura ayat 50:

Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya. Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.

Jadi, bagi yang teringin untuk dapat anak kembar tu, boleh cuba petua di atas dan rajin-rajinlah berdoa..Semua itu rezeki daripada Allah. Mana tahu jika bersungguh kita beroleh rezeki tersebut. Kalau tak dapat kembar pun bersyukurlah pada apa yang ada. 


SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan