Kepentingan Vitamin B1 pada Kesihatan Yang Perlu Anda Ambil Tahu

Seperti yang kita semua sedia maklum, Vitamin B mempunyai beberapa jenis iaitu Vitamin Vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan Biotin. Untuk entry kali ini saya akan cuba huraikan mengenai kepentingan Vitamin B1 (Thiamine) pada kesihatan yang perlu anda ambil tahu.

VITAMIN B1

1. MEMBERI TENAGA 
Vitamin B1 berperanan menukarkan glukosa atau gula kepada tenaga. Vitamin ini berfungsi sebagai co-enzyim yang membantu proses pengubahan glukosa kepada tenaga untuk fungsi organ khususnya JANTUNG, PARU-PARU, OTAK DAN GINJAL.

2. MEMBANTU FUNGSI KARDIOVASKULAR DAN PEMBULUH DARAH 
Vitamin B1 bertanggungjawab terhadap keupayaan  acetylcholine, salah satu neurotransmitter yang menyalurkan pesan ke otot dan saraf.

AMARAN : Kekurangan vitamin B1 dapat menyebabkan berkurangnya neurotransmitter dan menyebabkan denyut jantung tidak teratur dan menyebabkan kegagalan fungsi jantung

3. MENJAGA KESIHATAN MATA 
Pengambilan Vitamin B bersama dengan omega 3 dan omega 6 boleh membantu menjaga kesihatan mata dan mengelakkan pertumbuhan Katarak.


4. MENINGKATAN FUNGSI OTAK
Vitamin B1 boleh membantu meningkatan memori, ia juga berperanan dalam mengurangkan stress dan menguatan saraf.

5. MELINDUNGI SARAF
Saraf  dilindungi lapisan pelindung yang dinamakan lapisan myelin. Kekurangan vitamin B1 dapat melemahkan lapisan myelin saraf.  Pengambilan vitamin B1 yang mencukupi membantu pengembangan lapisan myelin saraf dan membantu fungsi saraf .

6.MEMBANTU PENCERNAAN
Vitamin B1 membantu tubuh mengeluarkan hydrochloric acid yang penting untuk membantu pencernaan makanan.
7. MEMBANTU PERKEMBANGAN SEL DARAH MERAH 
Vitamin B1 turut berperanan dalam penghasilan sel darah merah yang sangat vital bagi tubuh.

8. MENINGKATKAN SELERA MAKAN
 Vitamin B1 dapat meningkatkan selera makan bagi menjamin kecukupan nutrisi tubuh.

9. MELINDUNGI MEMBRAN MUCOSA
Membran mucosa melindungi tubuh kita dari mikroorganisma asing yang menyebabkan infeksi. Membran mukosa melindungi bahagian dalam hidung, paru-paru, dan kelopak mata.Vitamin B1 membantu pembentukan sel-sel baru membran mukosa.
AMARAN : Kekurangan  vitamin B1 akan menyebabkan membran mucosa kering dan pecah.

10. MENGURANGI KESAN PENUAAN

Vitamin B1 merupakan antioksidan yang memiliki kemampuan melawan kesan penuaan kerana kerosakan sel.

Jadi, pengambilan BComplex amatlah penting pada kesihatan tubuh badan kita. Ini baru kepentingan Vitamin B1. Lagi pula kita memang memerlukan Vitamin B setiap hari kerana Vitamin B merupakan vitamain larut air yang akan keluar dari badan secara perkumuhan. Jadi bekalan secukupnya amatlah diperlukan seharian.


Untuk dapatkan BCOMPLEX Shaklee yang semestinya SELAMAT,SEMULAJADI & BERKESAN yang berharga HANYA RM53.75 mengandungi 120biji, boleh KLIK BUTTON yang disediakan di bawah atau hubungi 019-3132413 dengan SEGERA..

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=52569c045dc348f12dfc4c85000ad832



SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
Pages: Vitamin Online Shop

Tiada ulasan:

Catat Ulasan