Daftar Ahli Shaklee

Tips Dan Petua yang Berguna dalam Kehidupan Seharian


Berikut adalah petua-petua yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian. Mungkin kita pernah dan akan hadapi masalah yang disenaraikan di bawah. Jadi, bolehlah dijadikan panduan di masa akan datang untuk mencuba tips dan petua tersebut.
  • Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.
  • Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.
  • Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.
  • Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.
  • Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.
  • Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam. 
 
  • Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.
  • Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.
  • Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ.
 Semoga tips dan petua berikut dapat memberi manfaat kepada kita semua..

    No comments:

    Post a Comment

    Daftar Keahlian