Atasi Masalah Kolesterol Dengan Phytocol-ST Shaklee

Mengikut National Health and Morbidity Survey 2011, dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa mempunyai masalah koleterol yang tinggi. Tahukah anda bahawa kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menymbang kepada masalah kesihatan yang serius dimana ia boleh dihadapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan dalam jangka masa panjang dapat memberikan impak negatif kepada kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Tetapi yang lebih membimbangkan adalah ramai individu yang tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi.

Apa itu Kolesterol?
Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan semua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

Sumber Utama Kolesterol
Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian anda. Kolesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol darah anda. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.

ATASI MASALAH KOLESTEROL TINGGI

Bagaimana Kolesterol Boleh Menyebabkan Penyakit Jantung?
Kolesterol yang utama dalam darah kita terdiri daripada:-
LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)

LDL dikenali sebagai kolesterol "jahat" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah anda. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.

Sebaliknya, kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol "baik" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan :membersihkan" saluran darah.

Oleh itu untuk melindungi diri anda daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah mengekalkan paras kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.

Apakah penyebab Utama Tinggi Kolesterol?
Makanan di Malaysia sememangnya tinggi lemak serta kalori. Inilah yang menyebabkan terjadinya masalah kolesterol yang tinggi. Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol tidak melebihi 300mg sehari; bagi mereka yang menghidapi penyakit jantung pula perlu menghadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari.


Cuba lihat jumlah kolesterol yang kita ambil sehari dengan corak pemakanan kita di Malaysia..Banyakkan?

Bagaimana untuk Merendahkan Paras Kolesterol Darah anda secara Semulajadi?
  • Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut
  • Lakukan senaman lebih kerap
  • Turunkan berat badan
  • Institut Kesihatan Kebangsaaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi

Atasi Masalah Kolesterol anda secara Semulajadi dengan FITOSTEROL

Apa itu Fitosterol?
Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, legume, bijirin dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

Bagaimanakah Fitosterol Berkesan?
Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud, apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol LDL.

Berapa banyak Fitosterol yang diperlukan?
Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg Fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.


Phytocol-ST Shaklee

Phytocol-ST Shaklee adalah formula propriteri yang membekalkan 2000mg Fitosterol setiap hari.


Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan