Minggu
lepas sejarah dalam family adik saya terkena demam denggi. Mula-mula ingatkan
demam biasa. Hampir seminggu juga dia demam tapi biasalah lelaki susahlah nak
ke klinik ni. Akhirnya, dia akur juga ke hospital kerana mengalami sakit kepala
sehingga katanya tak boleh nak tidur. Check darah platlet darahnya telah turun
ke paras 100. Dia dibenarkan pulang malam tu tapi keesokan pagi perlu check
semula. Apa lagi esok paginya teruslah kena warded sebab platlet dah turun
sampai 90.
Kami
adik beradik teruslah mencari apakah penawar demam denggi ni. Yerlah doktor pun
kata setakat ni tak ada lagi penawar untuk demam denggi ni. Diaorang hanya
masukkan air dan suruh minum air banyak-banyak je. Cari dan cari kami jumpa
tentang Sup Ketam boleh menjadi penawar bagi demam denggi. Apa lagi carilah
ketam untuk dibuat sup.
Selain
tu saya bagi adik saya makan Nutriferon Shaklee dan juga Performance Drink.
Kenapa saya bagi 2 supplemen tersebut? Sebagai ikhtiar untuk mencari penawar
demam denggi adik saya ni. Nutriferon ni terkenal sebagai interferon
semulajadi. Interferon ni mampu merangsang dan mempertingkatkan secara
keseluruhan system imun badan dan juga melindungi daripada virus, mikrob dan
sebagainya. Denggi kan sejenis virus, jadi apa salahnya ikhtiar dengan
Nutriferon ni. Kemudian Performance Drink ni pula adalah minuman untuk
meningkatkan daya ketahanan badan. Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit
dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh dan juga mencegah
penyahhidratan. Maklumlah orang yang kena demam denggi ni kan memerlukan air
yang banyak. Kalau nak minum air 100 plus banyak-banyak tak elok juga untuk
perut sebab bergas dan bila kita minum banyak-banyak akan rasa kesan tak best
kat lidah..kan?kan?kan?..Dahlah masa tu tak lalu nak makan. Takut kena gastrik
pula.. Jadi, Performance Drink ni adalah alternatifnya.
Nak tahu lebih lanjut mengenai Nutriferon dan Performance Drink? Boleh Klik di link yer..
Alhamdulillah,
adik saya hanya ditahan di wad cuma 3 hari 2 malam sahaja. Cuma sekarang ni
saya minta dia teruskan makan 2 supplemen tersebut untuk memastikan badan dia
betul-betul pulih dan sihat kerana jika kita pernah terkena demam denggi risiko untuk penyakit ini
berulang lagi ada. Jadi, buat pencegahan awal.
Panjang lebar saya bercerita ni. Nak juga tahu kan serba sedikit mengenai denggi ni kan..Jom kita tengok untuk pengetahuan bersama.
Apa itu Demam Denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit bawaan
nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa
tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam
denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan
negara hari ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui
gigitannya.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Demam
denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara
rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus
denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi
menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur
pesakit.
Pemindahan penyakit:
· Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk
Aedes yang membawa virus denggi.
· Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8
- 12 hari selepas menghisap darah
manusia (perumah).
· Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus
tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui
ovari).
· Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi
walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia,
monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum
dijangkiti.
· Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat
menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat
dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.
Bagaimanakah terjadinya demam denggi?
Vektor
demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.
Nyamuk
yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini
kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik
sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam
aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.
Apakah penyebab demam denggi?
Penyakit
demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia
melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.
Pada
asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan
DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi
sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus
ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes
Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.
Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?
Pada
asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada
nyamuk Aedes menghadapi risiko dijangkiti demam ini.
Kumpulan
yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:
·
Penduduk dan pelawat
kawasan endemik denggi.
· Kanak-kanak berumur 15
tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering membawa kematian
kepada kumpulan ini.
Apakah gejala denggi?
Demam
denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi,
demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.
Demam Denggi
·
Ciri-ciri klinikal demam
denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:
· Bayi dan kanak-kanak
mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan
ruam.
·
Orang dewasa dan
kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak
serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan
sakit di belakang mata, otot dan sendi.
·
Pendarahan kulit adalah
fenomena lazim.
·
Kadar kematian amat
rendah.
·
Penyakit ini lazimnya
bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain
yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang
tidak spesifik.
· Rasa tidak selesa di
bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di
bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
· Demam selalunya berterusan
selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin
diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
· Dalam kes-kes yang
sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam
sembuh.
· Pesakit biasanya sembuh
secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan
seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)
Sindrom Renjatan Denggi
Bagi
kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam
beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:
Kulit
pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis
sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya,
melarat ke tahap renjatan yang kritikal.
Renjatan
dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah
(hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin
serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah
dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak
diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal
dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi
antirenjatan.
Apakah komplikasi yang mungkin timbul?
Komplikasi
demam denggi ialah :
- · Demam Denggi Berdarah.
- · Sindrom Renjatan Denggi.
Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit
ini?
Pemeriksaan
darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel platlet
yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang
tinggi lazimnya dikesan
Ujian
serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan
diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis
yang paling boleh dipercayai.
Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?
Tiada
rawatan khusus untuk demam denggi.
Dalam
kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral
sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat,
anoreksia dan muntah-muntah.
Ubat
antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun,
salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan,
antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti
keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh
menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan
tanda-tanda awal renjatan.
Untuk
pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma
yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan
cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.
Rawatan bukan farmakologi
Rawatan
termasuk:
- · Meningkatkan pengambilan cecair.
- · Meningkatkan bekalan oksigen.
Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk
segera sembuh. Pesakit yang mengalami
renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah
vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah,
penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi
sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.
Rawatan farmakologi
Tiada
ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan
gejala yang timbul.
Bagaimana cara untuk mencegah denggi?
Berikut
adalah langkah-langkah pencegahan utama:
- · Perlindungan dari gigitan nyamuk.
- · Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
- · Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
- · Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.
Mari kita dengar penerangan Nutritionist Shaklee mengenai demam denggi ini dan produk Shaklee yang dapat membantu anda mengatasi demam denggi ini.
Untuk keterangan lanjut mengenai produk,
hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413
(Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan