Kenapa Kita Perlukan Vitamin C

Banyak kajian yang dibuat ke atas Vitamin C untuk merawat dan mencegah  pelbagai masalah kesihatan berbanding vitamin yang lain

Berdasarkan kajian, Vitamin c merupakan antioksidan utama yang boleh menyelamatkan tubuh kita daripada radikal bebas. Vitamin C juga dapat meningkatkan imuniti tubuh badan kita dan sangat diperlukan untuk kecantikan kulit dan juga gusi yang sihat dan sebagainya. Ia juga penting untuk menjaga vitamin2 seperti vitamin B, A dan E.

Mamalia selain manusia mempunyai enzim dalam hati mereka yang boleh menukarkan glukos kepada vitamin C. Tetapi manusia tidak mempunyai keupayaan tersebut.

Kenapa Kita Perlukan Vitamin C?
Untuk fungsi asas tubuh dan juga melindungi dari masalah kekurangan Vitamin C
Menguatkan system imuniti tubuh dan juga meneutralkan radikal bebas dalam badan
Vitamin C merupakan vitamin larut air, jadi kita memerlukannya dalam kadar mencukupi setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksid kepada tubuh kita

Apakah sumber Vitamin C yang terbaik?
Buah Oren merupakan sumber Vitamin C yang terbaik. Tetapi bagi memastikan kandungan vitamin c yang kita ambil dari buah oren tersebut tidak hilang, kita perlukan buah yang segar dan juga baru dipetik. Semakin lama proses untuk kita nak dapatkan buah oren tersebut, semakin berkurang kandungan vitamin c di dalamnya.

Antara Kebaikan Vitamin C (Kredit to Mummy Lyna)

  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
Nak dapatkan Vitamin C yang Selamat dan Semulajadi? Hubungi saya untuk dapatkan Vitamin C Shaklee yang telah menjalani ujian klinikal dan juga mempunyai formula sustained released di dalamnya. Nak tahu apa itu Suatained Released? Boleh KLIKDI SINI yer..

Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan juga pembelian, hubungi:

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan