Hyperthyroid & Hypothyroid : Supplemen Shaklee Untuk Thyroid

Jom kita kenali apa itu thyroid..


Fakta tentang tiroid yang kita patut tahu :

Tiroid adalah kelenjar endoktrin yang terletak dibawah halkum, berbentuk seperti kupu-kupu yang melekap dicorong atau tenggorok pernafasan (trachea) Fungsinya ialah untuk mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia. Lazimnya tiroid akan dikaitkan apabila ada biji dibahagian tenggorok. Biasanya biji ini tidak membahayakan, tetapi apabila ia bercampur dengan simptom seperti bertukar suara menjadi serak, susah hendak menelan dan bernafas, seseorang itu harus menjalani pemeriksaan lanjutan dan doktor akan membuat pemeriksaan sama ada ketumbuhan berkenaan adalah ketumbuhan biasa yang tidak membahayakan atau kanser.



Apabila Tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, Ia boleh memberi kesan terhadap setiap aspek kesihatan- terutamanya terhadap berat, kemurungan dan tahap tenaga.

Penyakit Tiroid Terbahagi kepada dua jenis:-
i) Hipertiroidisme/Tirotosikosis
ii) Hipotiroidisme

Hipertiroidisme
HYPERTHYROID: Simptom dan Top Natural Suplemen Untuk Rawatan

HYPERTHYROID , adalah satu keadaan perubatan dimana kalenjar tiroid menjadi terlalu aktif, ini menyebabkan hormone tiroid (tiroksin atau triiodothyronine) dihasilkan berlebihan dan menyebabkan thyrotoxicosis. Antara penyebab penyakit ini ialah:

Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya pesakit tiroid akan akan mengeluarkan hormon yang berlebihan pada setiap sel tiroidnya.

Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh menjadi elok sendiri

Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan.

Antara Tanda-tanda org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipertiroidisme":-

  • Bengkak di leher
  • Cirit Birit
  • Degupan Jantung bertambah, sentiasa berdebar2
  • Gementar dan gelisah, terketar2
  • Haid tdk teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang Otot
  • Osteoporosis
  • Pengeluaran peluh yang banyak
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas, Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walau selera naik
  • Lemah

Hipotiroidism
merupakan keadaan tiriod yang sering berlaku dan biasa berlaku terhadap wanita. Ianya disebabkan oleh penghasilan hormon tiroid yang tidak mencukupi. Sekiranya ia tidak dirawat ia boleh menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat kegemukan (Obesiti), penyakit jantung dan kemurungan

Antara Tanda-tanda org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipotiroidism":-

  • Kesukaran untuk menurunkan berat badan. Walau melakukan berbagai jenis senaman,
  • Penambahan berat badan. Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet.
  • Kemurungan atau kegelisahan
  • Cepat berasa letih
  • Faktor Genetik
  • Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period
  • Masalah sembelit yang teruk
  • Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus. Manakala kulit menjadi kasar dan berkuping
  • Sakit otot dan sendi. Masalah capal dan tendonitis.

Siapakah yang berisiko mendapat Tiroid

  • Perempuan
  • Mempunyai sejarah keluarga (Genetik)
  • Mengidap sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih dari 60 tahun. Boleh juga berlaku pada org yang lebih muda  lewat 30-an
  • Orang yang kuat merokok.

Panduan supplemen Shaklee yang TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit thyroid KLIK DI SINI

Ingin dapatkan supplemen Shaklee untuk masalah thyroid? Hubungi:

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan