Kepentingan Kalsium serta Vitamin D


Kalsium berfungsi untuk menyokong stuktur tulang dan gigi yang sihat. Kalsium juga memainkan peranan penting dalam pengawalaturan pengecutan otot, pembekuan darah dan juga fungsi saraf.

Selain daripada susu dan hasil tenusu, kalsium terdapat dalam ikan dengan tulang lembut seperti sardin dalam tin dan ikan bilis, kacang dan kekacang seperti dal kuning, brokoli, kangkung dan lain-lain.

Kepentingan Kalsium dan Vitamin D untuk Kesihatan Tulang

Fungsi Vitamin D adalah untuk meningkatkan penyerapan Kalsium dan Fosforus serta membantu mengawalatur penyimpanan Kalsium dan Fosforus di dalam tulang. Ini membantu mengekalkan penyimpanan mineral di dalam tulang. Kekurangan Vitamin D mengurangkan penyerapan Kalsium dan penyimpanan mineral di dalam tulang, yang akan menyebabkan tulang menjadi lembut dan tidak sempurna. Manifestasi ini dikenali sebagai rikets dalam kanak-kanak dan osteomalasia dalam orang dewasa. Vitamin D boleh dihasilkan di dalam badan melalui tindakan cahaya matahari ke atas kulit. Selain itu, Vitamin D juga boleh diperolehi daripada minyak hati ikan, kuning telur dan produk tenusu yang diperkuat dengan Vitamin D.

Anda perlu ingat dan berhati-hati dalam mencari supplemen kalsium kerana kalsium yang tidak mempunyai vitamin D akan menyebabkan pil kalsium yang anda telan hanya sia-sia sahaja kerana tidak dapat diserap oleh tulang anda.

Saya jenis tak suka minum susu jadi supplemen kalsium amat penting untuk saya. Pilihan saya???Tentulah Ostematrix Shaklee..Bukan sahaja sekadar kalsium..Dapat mengatai masalah sembelit saya juga selain dapat mengurangkan rasa kebas-kebas tangan dan juga lenguh..Best..

Kepentingan Kalsium Untuk Tulang



Untuk keterangan lanjut mengenai produk hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan