Susu ibu adalah makanan lengkap untuk anak anda dari sejak
anak anda lahir sehinggalah berumur 2 tahun. Kenapa susu ibu dikatakan makanan
lengkap? Mari kita tengok Komposisi Susu Ibu berbanding susu formula.
Haaa..Banyak kan khasiatnya? Berdasarkan jadual komposisi susu ibu
di atas jugaklah kita disarankan untuk menyusukan anak kerana khasiat yang ada
dalam susu ibu sendiri tidak tertanding dengan susu-susu formula di luar sana.
Susu ibu memberi semua khasiat penting untuk pertumbuhan dan
juga perkembangan anak anda termasuklah otaknya. Dikatakan anak yang minum susu
ibu lebih cergas dan cerdik. Susu ibu juga mempunyai kandungan anti jangkitan
yang dapat meningkatkan sistem imun anak anda dan dapat menghalang anak anda
daripada terkena jangkitan.
Bukan sahaja anak anda mendapat khasiat daripada susu ibu
malah, anda juga turut mendapat faedahnya iaitu selepas proses kelahiran, ia
dapat mempercepatkan rahim anda mengecut kembali ke asalnya dan juga dapat
melangsingkan badan anda tanpa membuat rawatan pengurusan badan. Jimat kan?
Bagi menjayakan penyusuan anda, anda perlulah:-
- Bersiap sedia mental dan fizikal sejak dari kehamilan lagi dan berniat untuk menyusukan anak anda dengan susu badan
- Anda perlu memilih hospital yang menyokong penyusuan susu ibu dan jika anda bersalin di hospital swasta pastikan anda memilih dan memberitahu pihak tertentu untuk memberikan susu badan sejurus selepas kelahiran.
- Anda perlu mula menyusukan anak anda dalam tempoh setengah jam atau sejam selepas dilahirkan
- Anda perlu menyusukan anak anda sekerap mungkin bagi memastikan bekalan susu anda mencukupi untuk anak anda kerana lagi kerap anda melakukan penyusuan lagi banyak susu akan dihasilkan.
- Pastikan mulut bayi rapat ke dada ketika menyusu
- Pastikan anda mendapatkan sumber protein dan makanan yang berkalsium tinggi dalam diet seharian anda.
- Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
Untuk keterangan lanjut mengenai produk SHAKLEE dan konsultasi PERCUMA,
hubungi:
H/P: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Pages: Vitamin Online Shop
Blog: vitaminonlineshop.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan