Bertaubat dianjurkan semasa hamil agar zuriat yang akan dilahirkan menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah SWT
2. Menutup Aurat
Tutuplah aurat secara sempurna seperti yang disarankan dalam Islam untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah SWT
3. Banyakkan membaca Al-Quran. Antara surah-surah yang boleh diamalkan ialah:-
~ Surah Al-Fatihah dan ayat Kursi
~ Surah Yassin
~ Surah At-Taubah
~ Surah Yusuf - agar memperolehi anak yang soleh, sihat, cantik dan sempurna
~ Surah Luqman - agar memperolehi anak yang taat
~ Surah Maryam - agar memperrolehi anak yang sabar dan taat
~ Surah An-Nahl ayat 78 yg bermaksud:-
"Dan Allah mengeluarkan kamu daripada perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur"
~ Surah Al-A`raf ayat 189 bermaksud:-
" Dialah Allah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung kandungan yang ringan dan teruslah dia merasa ringan beberapa waktu. Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami isteri) bermohon kepada Allah, sambil berkata; ..."Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur."
4. Banyakkanlah berdoa kepada Allah semoga anak yang dikandung sihat dan selamat dan mendapat anak yang soleh dan sebagainya.
Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan konsultasi PERCUMA,
hubungi:
H/P: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Pages: Vitamin Online Shop
Tiada ulasan:
Catat Ulasan