Pengambilan Vitamin / Supplemen. Apa yang perlu anda tahu?

Vitamin / Supplemen adalah makanan tambahan ataupun sumber nutrisi tambahan untuk badan anda. Mengapa anda perlu mengambil vitamin / supplemen anda boleh baca pada entri saya sebelum ini.
Ada setengah orang bertanya kenapa mereka tidak mendapat kesan atas pengambilan vitamin / supplemen tersebut. Berikut adalah faktor-faktor yang perlu anda tahu mengenainya:

1. Air kosong
Ramai dikalangan kita tidak suka minum air kosong. Mereka lebih cenderung untuk minum minuman yang berperisa dan bergas. Tetapi, tahukah anda air yang manis ini akan meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan. Jadi, anda disarankan untuk meminum air kosong selepas pengambilan air bergula dan bergas.

Kita perlu mengamalkan pengambilan air kosong 2 hingga 3 liter sehari. Tahukah anda, setiap 25kg berat kita memerluka 1 liter air? Sebagai contoh jika berat anda 50kg, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air.

Dari itu, vitamin / supplemen yang kita ambil mudah diserap oleh badan kita. Itulah kepentingan pengambilan air yang mencukupi.

2. Makan vitamin / supplemen secara banyak pada satu masa
Anda perlu mengelakkan supaya tidak mengambil vitamin secara banyak sekaligus dalam satu masa sahaja. Biasalah kadang-kadang kita malas nak makan sikit-sikit nanti takut terlupa kn? Jadi, kita mengambil pendekatan makan sekaligus. Tetapi, cara ini akan meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa tertentu sahaja.

Jadi, kita perlu agihkan pengambilan vitamin mengikut kesesuaian anda bagi mengelakkan kepekatan darah anda naik secara mendadak pada satu masa. Selain itu kita dapat mengurangkan bebanan buah pinggang kita untuk memproses dengan begitu banyak pada suatu masa sahaja. Lagi pula jika kita mengambil secara banyak pada waktu malam, kemungkinan kita akan kurang minum air kerana waktu malam waktu kita tidur dan ini akan menganggu penyerapan vitamin / supplemen.

3. Pengambilan vitamin / supplemen bersama ubat.
Anda perlu mengelakkan pengambilan vitamin / supplemen bersama dengan ubat doktor jika anda perlu berbuat demikian atas masalah kesihatan. Buat jadual untuk mengatur pengambilan vitamin / supplemen dengan ubat yang doktor beri. Anda juga boleh menjarakkan pengambilan vitamin / supplemen  1-2 jam dari ubat yang anda ambil.Ubat-ubatan juga boleh menggangu penyerapan vitamin / supplemen ini.

4. Pengambilan minuman berkafien
Pengambilan minuman berkafein yang banyak boleh menyebabkan vitamin / supplemen yang kita makan akan rosak. Jadi, kurangkan pengambilan kafein yang tinggi serta pastikan jangan makan vitamin / supplemen selepas anda mengambil minuman berkafein. Jika boleh, hadkanlah pengambilan minuman berkafein ini.

5. Ada ke pantang larang semasa pengambilan vitamin / supplemen?
Jika anda mengamalkan pengambilan Multivitamin dan Multimineral yang mempunyai tambahan zat besi, anda tidak boleh mengambilnya bersama-sama dengan susu kerana susu menganggu penyerapan zat besi. Begitu juga sebaliknya kerana zat besi akan mengganggu penyerapan kalsium. 

Jika anda mengamalkan Vitamin E pula, anda tidak disarankan mengambil bersama Alfafa kerana Alfafa akan mengganggu penyerapan Vitamin E dalam badan anda.
 
Apa-apa pun anda tidak perlu takut untuk mengamalkan vitamin / supplemen ini jika anda tahu kaedah-kaedahnya. Dapatkan nasihat daripada pengedar sah anda mengenai cara pengambilan dan jadual yang betul untuk pengambilan vitamin / supplemen.

Jom dapatkan vitamin / supplemen yang berasaskan sumber semulajadi dari saya Pengedar Sah Shaklee Anda. Anda akan diberi khidmat nasihat PERCUMA mengenai kesihatan dan cara pengambilan vitamin / supplemen yang betul serta jadual pengambilan vitamin / supplemen.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan konsultasi PERCUMA, hubungi:
H/P: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                                   
Blog: vitaminonlineshop.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan