Produk Kecantikan Memutihkan Kulit yang Selamat, Semulajadi dan Berkesan

Kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Mana ada wanita tak nak kelihatan cantik kan?Lantaran itu kecantikan sering kali diukur dengan kulit wajah yang cerah dan berseri serta bebas daripada cela. Bagi tujuan memutihkan kulit wajah, ada yang sanggup mencuba pelbagai jenis produk pencerahan kulit tanpa mengetahui keselamatan produk tersebut.

Bagi mengelakkan kesan yang memudaratkan, kita seharusnya perlu mengkaji dan mendapatkan maklumat yang terperinci sebelum menggunakan sesuatu produk kecantikan memutihkan kulit.



Bahan-bahan atau formulasi yang selalunya diletakkan dalam produk kecantikan memutihkan kulit terdiri daripada satu atau kombinasi beberapa bahan pencerah seperti vitamin C, kojic acid, tranexamic acid, alpha hydroxy acids (AHA), nicotinamide (vitamin B3), arbutin, ekstrak tumbuhan-tumbuhan dan sebagainya.

Secara umumnya, bahan- bahan tersebut bertindak ke atas proses penghasilan melanin, iaitu sejenis bahan dalam badan yang mempengaruhi warna kulit manusia.

Namun begitu, sesuatu produk tersebut mungkin mempunyai kesan yang berbeza terhadap setiap individu. Ini berkemungkinan berpunca daripada perbezaan struktur kulit atau tahap pemasalahan kulit antara individu yang turut dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah amalan diet, tekanan, aktiviti fizikal, tahap pendedahan terhadap cahaya matahari dan sebagainya

Produk pemutih dan pencerah kulit yang dibenarkan dalam pasaran adalah krim, losyen yang digunakan secara luaran sahaja. Tidak termasuk produk yang digunakan secara suntikan atau dimakan.

Produk suntikan perlu melalui prosedur penilaian keselamatan, kualiti dan keberkesanan yang terperinci sebelum dibenarkan untuk didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan hanya boleh diaplikasi ke atas individu yang memerlukan oleh doktor perubatan yang bertauliah. Produk pemutih/pencerah kulit yang dimakan juga turut dikawal oleh KKM dan perlu melalui prosedur regulatori tertentu bergantung kepada komposisi atau kandungan bahan yang digunakan.

Sumber: Google Search

Berdasarkan rekod pengawasan mutu produk kosmetik di pasaran, produk yang digunakan untuk pencerahan wajah seringkali dicemari oleh bahan-bahan yang dikategorikan sebagai racun berjadual seperti hydroquinone, tretinoin, azelaic acid dan merkuri. Merujuk kepada Akta Racun 1952, hydroquinone (kecuali bagi sediaan kuku palsu), tretinoin, azelaic acid hanya dibenarkan dalam produk farmaseutikal yang berdaftar dengan KKM. Produk sedemikian hanya boleh digunakan di bawah pengawasan profesional kesihatan kerana tanpa pengawasan yang sewajarnya, ianya boleh mendatangkan kesan mudarat yang serius kepada pengguna. Selain bahan-bahan tersebut, merkuri, iaitu sejenis logam berat yang merbahaya terhadap kesihatan, juga turut dikesan dalam sesetengah produk pencerah wajah.

Panduan Pemilihan Produk Kecantikan Memutihkan Kulit

Faktor keselamatan hendaklah diutamakan berbanding kesan terhadap kecantikan. Ini kerana produk yang memberikan hasil yang diingini terutama dalam masa yang singkat tidak semestinya telah turut terbukti sebagai selamat untuk digunakan.

Berikut adalah tips yang boleh diikuti untuk pemilihan produk kecantikan memutihkan kulit:
  1. Membaca maklumat yang tertera pada label produk dengan teliti dan mematuhi saranan yang ditetapkan.
  2. Sentiasa melindungi kulit daripada faktor yang boleh merosakkan kulit seperti cahaya matahari dan persekitaran yang tercemar serta mengamalkan gaya hidup sihat dan diet yang seimbang.
  3. Tidak mudah terpedaya dengan iklan produk yang menjanjikan perubahan drastik. Produk kosmetik memerlukan masa untuk bertindak secara selamat ke atas punca yang boleh menyebabkan kegelapan kulit.
  4. Merujuk kepada profesional kesihatan/kecantikan yang bertauliah bagi mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi dan jenis produk yang bersesuaian.
  5. Berhenti menggunakan sesuatu produk kosmetik sekiranya mendapat tindakbalas sampingan yang tidak diingini dan merujuk kepada doktor jika perlu.

Apakah Produk Kecantikan Memutihkan Kulit yang Selamat dan Semulajadi?

Rangkain produk Shaklee adalah selamat digunakan. Sumber-sumbernya juga adalah semulajadi serta banyak kajian telah dilakukan terhadap produk untuk menjamin keselamatan dan keberkesanan produk. Jadi, anda tidak perlu meraguinya. Produk Shaklee juga kesemuanya telah mendapat kelulusan daripada KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).


Produk Kecantikan Memutihkan Kulit untuk luaran pula adalah rangkaian Youth. Info lanjut mengenai Youth Skincare boleh KLIK DI SINI.


Untuk mendapatkan produk kecantikan memutihkan kulit yang selamat, semulajadi dan berkesan boleh hubungi saya seperti berikut:



SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
                                           FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
IG: vitamin_online_shop
COD: Taman Sri Gombak, Batu Caves, UIA GOMBAK, SENTUL, Maju Junction KL,
SEKITAR GOMBAK, BATU  CAVES.

Your Trusted SID
Anis 906379
019-3132413

Tiada ulasan:

Catat Ulasan