Senaman Ringkas Di Rumah Untuk Kurus

Senaman boleh dikatakan amat susah dilakukan oleh kita..Tambahan lagi dengan sibuk bekerja. Lepas bekerja nak uruskan anak-anak dan rumah lagi..Betul kan? Nak bersenam di gym atau berjogging di taman memang tak akan berlakulah kan?

Tapi, tahukah anda senaman yang ringkas hanya di rumah boleh kuruskan badan anda? Ya..tak perlu bersusah-susah ke gym atau ke taman. Hanya perlukan kesungguhan dan cari masa untuk lakukannya. Tak ada trademill atau alatan senaman? Jangan bimbang..anda boleh juga lakukan senaman di rumah ni tanpa menggunakan peralatan tersebut pun. Nak kurus hanya bersenam di rumah? Ini antara contoh-contoh senaman yang saya buat di rumah. Jom kita lihat apa yang boleh anda juga buat.

Walking Exercise..

Macam pelik dengar kan? Macam mana berjalan boleh kurus? Kat rumah pulak tu!!! Ya..saya mula-mula pelik juga. Dah lah berjalan..boleh kurus pula tu. Tapi disebabkan saya baru nak mulakan rutin senaman ni..saya cuba buat juga..Alhamdulillah..seronok dan keluarkan peluh walaupun hanya dengan berjalan. Yang paling best tak ada rasa pening sepanjang senaman tersebut dan berat badan juga turun. (Tapi bukanlah buat sehari terus turun yer) Kalau saya buat workout yang lain pasti separuh jalan je sebab rasa pening. Untuk yang mengalami masalah berat badan atau masalah kesihatan lain yang menyebabkan anda tidak boleh workout yang berat-berat.. saya cadangkan untuk lakukan senaman ni dulu untuk permulaan. Tingkatkan stamina anda dulu untuk melakukan senaman yang lebih berat lagi nanti.

Saya selalu ikut senaman berjalan ni di youtube. Walking Exercise with Leslie sansone

 Naik Turun Tangga
x
Kalau rumah anda ada tangga senang untuk anda lakukannya. Naik dan turunlah tangga selalu. Tambah lagi kalau anda mengemas rumah..Memang turun naik tangga lah. Bagi yang tak ada tangga anda mempunyai alternatif lain dengan menaiki tangga ke pejabat anda. Jangan menggunakan lif.

Dumbell


Kadang-kadang saya juga melakukan senaman menggunakan dumbbell ni. Yerlah nak fokuskan supaya lengan ni jadi kurus sikit. Hehehe..Saya lakukan 10-15 minit sahaja untuk senaman menggunakan dumbell ni. Kalau tak ada dumbbell boleh gunakan botol mineral kecil di isi dengan air atau anda boleh masukkan pasir atau batu untuk dapatkan lebih berat lagi..Tapi, bagi wanita, kita bukan nak bina otot. Cuma nak kuruskan lengan je kan? Jadi ringan-ringan sahaja dah ok. Saya guna yang 2lb sahaja. Macam mana nak buat senaman ni? Saya selalu cari kat youtube je.

Wall Push Up
 

Wall Push Up ni juga dikatakan senaman yang boleh mengecilkan lengan anda. Jadi saya buat je. 5 minit pagi dan 5 minit sebelum tidur. Itu sahaja..

Bila kita dah mula buat senaman tersebut, kita akan rasa seronok sebab badan kita akan rasa lebih bertenaga dan sihat. Jadi, kalau sehari kita tak buat akan rasa kekurangan sesuatu. Masa tak lama pun di ambil untuk buat senaman-senaman tersebut. 30 minit hingga 1 jam je paling lama.

Selain senaman seperti di atas tu saya juga kadang-kadang akan cari di youtube dan buat senaman kardio yang lain atau saya akan cari yang berbentuk dance. Erm..lagi best..jadi taklah boring sangat kan? Yang pasti boleh bakar kalori kita walau hanya lakukan senaman di rumah sahaja untuk kuruskan badan. Lakukanlah seminggu 3-4 kali. Kalau dapat buat hari-hari lagi bagus. Cepat sikit kurus..hehehe..Tapi jangan lupa, pemakanan juga harus di jaga tau..Bukan setakat boleh kurus hanya dengan senaman ni sahaja.

Selain tu saya ada ambil Cinch Tea Shaklee untuk meningkatkan tahap metabolism badan saya. Bila dah minum tu lakukan senaman pula memang lagi berpeluh-peluh lah..

Jadi, jomlah kita kekal cergas dan sihat dengan lakukan senaman yang ringkas ni sahaja dan hanya dari rumah. Jika dilakukan secara teratur boleh kuruskan badan anda. Tak percaya? Jomlah cuba buat!!!...

Jika anda berminat untuk dapatkan produk Shaklee yang boleh membantu anda dalam mencapai berat badan yang ideal..boleh hubumgi saya untuk keterangan lanjut. Set Kurus Shaklee boleh ke LINK INI..

Saya Pengedar Shaklee Gombak, Batu Caves, Taman Sri Gombak, Taman Greenwood, UIA Gombak dan sekitarnya. Pembelian secara terus juga boleh hubungi untuk temujanji.


SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan