6 Tips Cara Atasi Stress

Setiap hari tipulah kalau kita kata kita tidak mengalami stress. Cuma bezanya stress yang dialami oleh seseorang itu ringan atau berat. Itulah pentingnya pengurusan stress dalam kehidupan. Jangan dibiarkan terlalu lama terpendam dan perlu lakukan sesuatu kerana ia boleh menjadi punca untuk pelbagai penyakit.

Apakah tips cara atasi masalah stress yang boleh anda praktikkan?



1. Berfikiran Positif
Cuba bertenang dan fikirkan yang positif-positif sahaja. Berfikir secara positif akan membuatkan aura-aura positif datang kepada kita. Dengan ini dapat mengurangkan stress anda.




2. Meluangkan masa bersama keluarga
Tahukah anda stress dapat dikurangkan jika anda banyak meluangkan masa bersama keluarga. Ambillah masa untuk bercuti bersama keluarga di samping dapat mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga.



3. Siapkan kerja lebih awal
Atasi stress anda dengan menyiapkan kerja lebih awal dari due yang ditetapkan. Ini dapat mengurangkan stress seban tak perlu fikirkan kerja tersebut lagi.




4. Bersenam
Bersenam dapat mengurangkan tekanan stress anda. Jika kerja anda hanya duduk di dalam pejabat sepanjang masa, bangunlah sekali sekala melakukan regangan untuk kurangkan stress. Anda juga boleh lakukan aktiviti bersenam selepas bekerja atau lakukan pada hujung minggu. Cubalah anda akan rasai perbezaannya!




5. Menjaga Solat dan Membaca Al-Quran
Bagi orang muslim melakukan solat adalah kunci kepada ketenangan dan kebahagiaan. Jagalah solat 5 waktu anda dan bacalah al-quran agar jiwa menjadi tenang dan sekaligus stress akan hilang.





6. Tidur yang berkualiti
Tidur awal sebenarnya memberi kesegaran dan ketenangan keesokan harinya. Tidurlah dengan cukup antara 6 hingga 8 jam sehari dan berkualiti. Tidur yang bagus adalah dalam keadaan yang gelap. Di samping dapat mengurangkan stress tidur berkualiti kunci kepada awet muda tau!


Urus stress anda secara sihat dapat menghindari pelbagai jenis penyakit berbahaya. Di samping itu anda boleh mengamalkan supplemen yang dapat atasi masalah stress iaitu BComplex.

Jika anda perlukan supplemen BComplex yang semulajadi dan tak akan memberi kesan jika diambil dalam jangkamasa yang panjang boleh hubungi saya untuk dapatkannya di talian 0193132413 atau klik button whatsapp di bawah:


SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
                     FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
IG: vitamin_online_shop
COD: Taman Sri Gombak, Batu Caves, UIA GOMBAK, SENTUL, Maju Junction KL,
SEKITAR GOMBAK, BATU  CAVES.

Your Trusted SID
Anis 906379
019-3132413

Tiada ulasan:

Catat Ulasan