6 Cara Berpantang Selepas Keguguran Agar Cepat Hamil Semula

Tahukah anda walaupun anda mengalami keguguran anda juga perlu berpantang seperti orang yang bersalin melahirkan anak? Ramai ibu muda di luar sana yang tidak mengambil perhatian akan hal berpantang selepas keguguran ini. Berpantang selepas keguguran amatlah penting dan tidak boleh ambil mudah.

Berpantang selepas keguguran amatlah penting dan serius kerana apabila dibiarkan anda akan mengalami sakit-sakit sendi, pinggang dan sebagainya  di kemudian hari. Adalah amat penting untuk anda memastikan badan terutama rahim berada dalam keadaan sihat semula sebelum anda merancang untuk hamil semula.

Apakah 6 Cara Berpantang Selepas Keguguran?


1. Berpantang Selma 44 hari
Seperti wanita yang bersalin melahirkan anak, anda yang keguguran juga perlu menjalani cara berpantang seperti biasa iaitu selama 44 hari.

Namun, ramai ibu-ibu di luar sana sekarang berkerjaya. Kebiasaannya cuti sakit akan diberikan selama 14 hari sahaja. Tapi, jangan bimbang. Manfaatkan cuti tersebut dengan sebaiknya. Berpantanglah dengan disiplin selama 14 hari tersebut dengan cara memakai stokin, berurut serta bertungku.



2. Jaga Pemakanan dan Pastikan Yang Berkhasiat
Jika diikutkan zaman moden sekarang, ada yang tidak menitik beratkan berkaitan pemakanan untuk ibu dalam berpantang. Tetapi kita perlu ikut pada tubuh badan kita. Tak sama bagi semua orang. 

Orang tua-tua selalu nasihatkan untuk menghidarkan daripada memakan makanan yang tergolong dalam golongan sejuk dan berbisa. Seeloknya ikutlah berpantang seperti saranan orang tua-tua dahulu dalam tempoh anda bercuti selepas keguguran.

Selepas anda bekerja semula berusahalah untuk tidak makan makanan yang berminyak, berlemak, makanan segera dan juga yang manis-manis. Amalkanlah selama 44 hari. Banyakkan minum air suam sahaja dan pastikan makanan yang anda makan berkhasiat untuk mencukupkan keperluan nutrien dalam badan.




3. Hadkan Pergerakan
Pastikan anda tidak bergerak aktif. Hadkan pergerakan anda dan jika sudah masuk kerja pastikan tidak mengangkat barang-barang yang berat.

4. Penjagaan Rahim
Amatlah penting untuk anda menjaga rahim anda oleh kerana keguguran bukan macam bersalin biasa secara normal. Keguguran umpama buah yang tidak masak ranum tetapi tiba-tiba direntap keluar. Ia akan mengundang banyak masalah kesihatan jika tidak dijaga dengan sempurna. 

Sebab itulah anda digalakkan mengamalkan bertungku, berurut untuk melancarkan peredaran darah dan memastikan rahim kecut semula, memakai stokin dan memakai baju lengan panjang untuk mengelakkan angin masuk ke dalam badan. Bila rahim sihat pastinya anda akan merasa badan segar dan sihat. Amalkan juga supplemen yang sesaui yang dapat membantu mengecutkan rahim.

5. Jangan lakukan hubungan intim suami isteri
Dalam tempoh berpantang ini janganlah melakukan hubungan suami isteri sekurang-kurangnya selama 30 hari untuk memastikan rahim sihat kembali.

6. Ambil Supplemen Berpantang untuk Keguguran
Pemakanan yang berkhasiat amatlah penting dalam tempoh berpantang. Tapi kadang kala kita tidak dapat memenuhi keperluan nutrisi yang cukup untuk badan kita. Jadi, disarankan untuk anda mengambil supplemen yang sesuai diamalkan dalam tempoh berpantang selepas keguguran.

Bukan ibu bersalin melahirkan anak sahaja perlu ambil supplemen dalam pantang, tetapi juga berpantang keguguran juga perlu ambil untuk memastikan anda sihat dan segar semula.

Antara supplemen yang dicadangkan yang bagus untuk memulihkan semula tenaga, rahim dan keseluruhan badan anda ialah:

VITALEA: Vitalea ialah multivitamin dan multimineral yang dapat menolong anda mengembalikan tenaga dan juga kecergasan. Dapat mencukupkan keperluan nutrisi badan dan sekaligus menolong menaikkan semula HB darah akibat keguguran. Elok diambil bersama Vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi dalam Vitalea.

SUSTAINED RELEASED VITA-C PLUS:  Meningkatkan imunisasi badan serta dalam penyembuhan luka. Vitamin C amat penting kerana dalam tempoh berpantang ini kebiasaannya imun badan menjadi lemah dan dapat mengundang penyakit, Jadi, amatlah penting untuk tingkatkan imun badan dalam tempoh berpantang.

ZINC PLUS:  Zinc berfungsi seperti ikan haruan iaitu memepercepatkan penyembuhan luka-luka dalaman dan luaran.


B-COMPLEX: B-Complex dengan Folic Asid dapat mengatasi masalah stress dan juga mengurangkan rasa kesakitan. Sangat membantu dalam pembinaan DNA dan sel-sel baru untuk persediaan kehamilan akan datang. Tahukah anda, anda perlu mengambil vitamin B-Complex dan Folic Asid 3 bulan sebelum kehamilan.

ESP: ESP ini dapat memberi tenaga segera dan berpanjangan. ESP juga dapat membantu dalam menguatkan serta menyihatkan rahim anda semula.

ALFALFA COMPLEX: Alfalfa ini terkenal sebagai ubat jamu moden. Alfalfa bagus untuk kesihatan rahim, mengecutkan rahim dan juga dapat membuang toksin-toksin dalam badan yang boleh mengundang kepada penyakit.




Jagalah kesihatan anda selama tempoh berpantang selepas keguguran ini untuk memastikan anda akan kembali sihat dan segar. Ini juga penting untuk anda dan juga persediaan untuk badan anda bagi persediaan kehamilan yang akan datang.



Untuk pembelian secara online supplemen berpantang selepas keguguran dengan menggunakan bayaran secara debit kad atau kredit kad, boleh klik button di bawah:



Anda juga boleh membuat tempahan supplemen berpantang selepas keguguran dengan terus menghubungi saya seperti berikut:

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
                     FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
IG: vitamin_online_shop
COD: Taman Sri Gombak, Batu Caves, UIA GOMBAK, SENTUL, Maju Junction KL,
SEKITAR GOMBAK, BATU  CAVES.

Your Trusted SID
Anis 906379
019-3132413

Tiada ulasan:

Catat Ulasan