Strok Haba atau dikenali sebagai "Heat Stroke" berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal secara normal. Badan megalami kenaikan suhu mendadak selain turut mengalami kegagalan berpeluh. Suhu badan individu yang mengalami strok haba selalunya akan naik sehingga 41 darjah celcius atau lebih dalam masa 10 ke 15 minit. Jika strok haba tidak dapat dikawal, boleh menyebabkan kematian dan hilang keupayaan kekal.
Keadaan pemanasan global ini disebabkan oleh kejadian fenomena El Nino kuat yang sedang berlaku dan dijangka akan berterusan sehingga suku pertama tahun 2016. Keadaan ini dijangka boleh menyebabkan pengurangan jumlah hujan dan kenaikan suhu berbanding biasa.
Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan individu terbabit akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.
Tanda-tanda awal strok haba:
Tanda-tanda awal strok haba:
- Sakit kepala berdenyut
- Mual
- Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
- Denyutan nadi yang pantas
- Otot lemah dan kejang
- Muntah/rasa hendak muntah (mual)
- Kulit kering dan kemerahan
- Sawan
- Pitam
- Tangan dan kaki menjadi sejuk
- Kanak-kanak dan baby
- Ibu hamil dan menyusu
- Warga emas
- Orang yang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung, darah tinggi, masalah paru-paru
- Orang yang jarang minum air
Cara rawat mangsa strok haba:
- Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
- Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
- Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
- Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
- Mangsa ditempatkan di bawah kipas
- Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
- Rendam mangsa di dalam kolam air
- Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
- Bawa ke klinik atau hospital berdekatan
Cara pencegahan strok haba:
- Menangguhkan atau menghadkan aktiviti lasak seperti berkayak, berbasikal, marathon, memanjat gunung dan lain-lain aktiviti semasa berlakunya gelombang haba ini sehinggalah keadaan kembali reda.
- Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
- Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum. Pakai pakaian yang ringan, cerah dan elakkan pakaian berwarna gelap, tebal dan ketat.
- Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
- Sebolehnya berada di dalam rumah atau bangunan. Tinggallah dalam rumah yang mempunyai pengudaraan yang cukup atau kelengkapan pendingin hawa sekiranya mampu.
- Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa.
- Ketahui tanda-tanda awal kelesuan haba, strok haba dan segera berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.
Paling penting pastikan badan anda tidak dehidrasi dengan banyak minum air dengan secara konsisten. Kurangkan minuman yang berkafein.
Anda juga boleh mengamalkan minuman isotonik untuk elakkan masalah dehidrasi. Satun-satunya minuman isotonik yang baik untuk kesihatan dan tidak mempunyai kandungan gas ialah PERFORMANCE DRINK SHAKLEE..
Your Trusted SID
906379 Anis
019-3132413
Untuk keterangan lanjut mengenai produk,
hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413
(Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Pages: Vitamin
Online Shop
Tiada ulasan:
Catat Ulasan