Pages

Kenapa Detox Parasit serta Tanda-tanda Parasit dalam Tubuh Anda

Bila bercakap mengenai detox, ramai yang tahu detox tu apa kan? Terutama yang sedang menjalani program penurunan berat badan. Tetapi jangan keliru..detox parasit ni bukan detox untuk kurus yer..

Sebelum tu jom kita fahami apa itu parasit. Parasit adalah organisma yang hidupnya bersifat parasitis, iaitu hidup yang selalu merugikan organisma yang ditumpanginya dengan mengambil nutrisi dari makhluk hidup yang ditumpanginya.

Dari segi kesihatan, parasit didefinisikan dengan organisma yang menyebabkan berlakunya penyakit. Sebahagian besar penyakit yang menyerang manusia adalah di sebabkan oleh parasit yang hidup dan berkembang biak dalam tubuh. Contoh parasit tersebut adalah:

  • Cacing
  • Kutu rambut
  • Parasit penyebab malaria
  • Virus dan bakteri yang berkembang biak dalam tubuh manusia
  • dan lain-lain lagi
Ok..dah faham apa itu parasit? Itu sebab kita perlu detox iaitu buang parasit-parasit yang menumpang dalam tubuh kita ni. Pernah tak terfikir kenapa dah makan vitamin-vitamin ni..tapi tak juga nampak perubahan. Bila ambil secara megadose barulah ada perubahan sikit..Ini adalah disebabkan kita berkongsi nutrien dengan parasit ni. 'Dia' bertambah sihat dari kita..hehehe..

Pernah tak anda terfikir sejak umur 6 tahun pernah tak lagi anda mengambil ubat cacing? Jangan ingat cacing/parasit ni ada kat kanak-kanak juga yer..jika sekarang umur anda 30 tahun, anda telah menjaga parasit-parasit ni dan membiarkannya bergantung dalam tubuh anda selama 24 tahun..bertelur, menetas, membesar dengan jayanya..Geli kan dengar? Itulah hakikatnya..Lagi satu kalau kita makan ubat cacing ni, hanya cacing je yang mati. Telur-telur dia tak mati pun..huhuhu..Parasit-parasit ni lah salah satu punca penyebab kepada penyakit dan masalah kesihatan juga..

Jika anda google di internet sebenarnya orang luar negara dah mula sedar akan kepentingan detox parasit ni. Banyak blog-blog yang dah ceritakan mengenai bagaimana nak detox badan dari parasit-parasit ni.

Saya pun baru tahu dan sedar. Jadi, belum terlambat untuk laksanakan misi DETOX PARASIT ni!!..hehehe..

Nak tahu apakah Simptom-simptom yang menunjukkan kita terkena jangkitan parasit?
  • kelesuan
  • stress
  • sering dalam keadaan 'blur'
  • kembung perut
  • berat badan menurun
  • alergi
  • sensitif terhadap makanan/persekitaran
  • sering sakit
  • kegatalan pada bahagian sulit
  • sakit otot & sendi
  • sembelit atau cirit-birit
  • ketidakstabilan haid
  • ekzema
  • teringin benda manis
  • sukar tidur dan sukar bangun
  • eye floaters
Dari segi EMOSI:
  • Perubahan emosi
  • Marah dan cepat marah
  • Gemuruh
  • Kemurungan
  • Sifat Pelupa
  • Pemikiran keliru
  • Kegelisahan
  • Kebimbangan
  • Refleks lambat
  • Obsesi
  • Kekurangan penyelarasan
  • Kekeliruan
  • Blur
  • Blank

TIDUR
  • Insomnia
  • Gigit gigi semasa tidur
  • Kencing malam
  • Meleleh air liur berlebihan semasa tidur
  • Gangguan tidur - terjaga kerap kali pada waktu malam

KULIT
  • Kulit kering
  • Rambut Kering
  • Rambut rapuh
  • Keguguran rambut
  • Alahan
  • Hidung gatal
  • Gatal-gatal dubur
  • Kulit gatal
  • Urtikaria (Gegata atau Kelopak Garam)
  • Jaundis
  • Reaksi alahan kepada makanan
  • Sensasi merangka di bawah kulit
  • Letusan
  • Ekzema
  • Ulser kulit
  • Bengkak

Lain-Lain tanda:
  • Sensasi bendasing dalam tekak atau tidak selesa
  • Kesukaran menelan
  • Batuk atau batuk darah
  • Masalah peredaran darah. kebas di hujung kaki, kesukaran untuk bergerak.
  • Lebihan air liur
  • Penglihatan yang kabur
  • Nafas berbau
  • Tindak balas imun rendah
  • Demam
  • Masalah pernafasan
  • Eye floaters
  • Bau badan
Kalau tanda-tanda yang saya senaraikan di atas lebih daripada 5 memanglah anda patut lakukan DETOX PARASIT ni..

InsyaAllah..saya akan kongsikan perjalanan saya mengamalkan Detox Parasit ini. Saya akan kongsikan di entry yang lain. Saya juga akan kongsikan juga makanan-makanan yang perlu diambil dan makanan yang perlu dielakkan sepanjang proses detox parasit ni..Doakan saya berjaya mengharungi proses detox parasit ni..!!





Your Trusted SID,
Anis - 906379
019-3132413


Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan