Power Pumping Cara Untuk Banyakkan Susu Badan

Tidak semua ibu menyusu dapat menghasilkan susu badan untuk anak mereka tanpa sebarang masalah. Bagi yang mengalami masalah susu merudum atau susu drop, jangan susah hati dan stress kerana ada jalan penyelesaian untuk anda bagaimana cara nak banyakkan susu badan. Yang penting anda mempunyai keazaman yang tinggi untuk menyusukan anak anda dan perlu kuat semangat. 

Masalah susu merudum ni kebanyakkannya berlaku kepada ibu yang bekerja disebabkan kadang-kadang terskip sessi pum, badan tidak sihat, selepas mengalami period dan lain-lain. Kaedah power pumping ini juga boleh dilakukan untuk ibu-ibu yang nak mula menyusukan anak semula selepas berhenti menyusu seketika dan juga pada ibu-ibu yang mengambil anak angkat dan berhasrat untuk menyusukan mereka.

Apa itu power pumping? Bagaimana kaedah power pumping ini dapat banyakkan susu badan anda?
Power pumping adalah satu teknik mengepam untuk meningkatkan penghasilan susu badan bagi merangsang pengeluaran susu badan di mana kaedah meniru cara bayi menyusu.

Cara melakukan Power Pumping











Single Pump: Untuk Single pump anda perlu lakukan sebelah kanan 10 minit dan sebelah kiri 10 minit berselang seli secara berterusan selama 1 jam.

Double Pump: Double pump pula anda boleh melakukan pump serentak selama 10 minit dan rehat selama 10 minit. Buat secara berterusan selama 1 jam.

Bilakah waktu yang sesuai untuk melakukan Power Pumping?
Boleh dilakukan bila-bila masa sahaja tetapi sebaik-baiknya dilakukan pada waktu tengah malam hingga ke waktu subuh kerana pada waktu ini hormon prolaktin adalah sangat tinggi untuk penghasilan susu.


Berapa lama saya boleh mendapatkan hasilnya?
Lakukanlah sekurang-kurangnya selama 1 minggu. InsyaAllah anda akan nampak hasilnya. Banyakkan berdoa dan juga berusaha dan jangan biarkan diri anda dalam keadaan stress kerana dapat mempengaruhi pengeluaran susu badan. Pastikan juga badan anda berada dalam keadaan yang sihat juga.

Jika anda perlukan supplemen untuk membantu anda banyakkan susu badan, Shaklee mempunyai produk untuk membantu anda dalam menghadapi masalah ini. Tetapi perlu diingat, supplemen hanya membantu anda agar badan anda sihat dan cukup nutrisi yang diperlukan badan sahaja. Badan sihat dan bertenaga penyumbang kepada penghasilan susu yang banyak. Jika anda makan supplemen tetapi kurang menyusu secara direct ataupun pump, susu akan berkurangan juga kerana tiada rangsangan untuk menghasilkan susu badan.

Info lanjut berkenaan supplemen Ibu Menyusu Shaklee KLIK DI SINI.
Petua Banyakkan Susu KLIK DI SINI.

Supplemen Ibu Menyusu
Supplemen Ibu Menyusu
Testimoni Pengguna yang berjaya menambah susu badannya setelah menggunakan produk shaklee untuk ibu menyusu ini.



SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
COD: Pengedar Shaklee Gombak boleh cod di UIA Gombak, Taman Sri Gombak, Giant Batu Caves, Taman Greenwood, Sentul Pasar, Maju Junction KL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan