Bukan sahaja orang dewasa, kanak-kanak juga mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga. Mendidik mereka adalah tempoh yang mencabar dan ada caranya, bukan dengan memberi arahan atau juga herdikan kepada mereka.
Walau sesibuk mana pun kita, carilah masa untuk diluangkan bersama anak-anak. Carilah masa yang berkualiti bukan kuantiti, Pasti mereka akan rasa dihargai dan gembira.
Bagaimana nak menangi hati anak anda? jom ikuti tips berikut:
1. Pujilah anak selalu agar mereka rasa gembira dan dihargai
2. Beri tumpuan ketika anak sedang bercakap walaupun sebenarnya kita kurang fahami bahasa yang dituturkan. Sekurangnya tunjukkan keperihatinan kita kepada mereka
3. Jangan terus memarahi anak tanpa usul periksa. Mungkin mereka tak lakukannya. Selidikilah dulu.
4. Sentiasalah memaafkan anak-anak kita kerana dalam proses mereka membesar ini mereka sering melakukan pelbagai perkara yang akan menimbulkan kemarahan kita ibu bapa mereka.
5. Jangan paksa anak melakukan aktiviti yang mereka tak suka
6. Jadilah rakan karib kepada anak anda. Berikan sokongan yang tidak berbelah bagi pada anak-anak dalam setiap perkara atau aktiviti yang mereka lakukan.
7. Jika anda berjanji, jangan sesekali mungkiri.
Jadilah ibu bapa yang TERBAIK untuk anak-anak anda. Andalah contoh tauladan kepada anak-anak. Anak-anak sentiasa menganggap ibu bapa mereka sebagai 'king & queen' di hati mereka!!!
Bersabarlah dalam mendidik anak-anak!
Anis (ID Shaklee: 906379)
019-3132413
vitaminkesihatan@gmail.com
tq for sharing anis..sebagai ibu bapa memang banyak yang perlu kita pelajari utk mendidik anak2..
BalasPadamBetul tu Puan Najihah..saya pun banyak lagi perlu pelajari.
Padam