Selamat Berhujung Minggu semua..Hari ni saya nak share resepi pancake yang mudah dibuat dan pastinya sedap. Ada juga yang panggil pancake ni lempeng moden..hehehe..apa-apa pun terpulang pada anda nak panggil apa..
Anak lah ni mengidam lama dah nak makan pancake-pancake..Semalam kebetulan jalan-jalan jumpa kedai yang memang jual pancake. dia nak lah makan..Saya janji ngan dia tak perlah esok mama buat..tak yah makan situlah..Jadi..terjadilah pancake hari ni. Makan tak ingat dunialah dia dapat apa yang diidamkan..
Resepi ni saya ambil DI SINI..Terima Kasih atas resepinya..Memang sedap..Saya dah cuba guna minyak dan juga majerin. Ternyata guna majerin lagi sedap rasanya. Bergantung pada selera masing-masing yer..
Bahan-Bahan Untuk Membuat Pancake Yang Mudah dan Sedap:
Adunan di bawah ni untuk 2 bancuhan yang saya buat..Boleh kurangkan yer kalau tak ramai yang nak makan. saya buat banyak untuk 5 orang makan ni..
- 2 cawan tepung gandum (diayak)
- 2 sudu kecil baking powder (diayak)
- 3 sudu besar gula
- 4 sudu besar minyak jagung / majerin
- 2 cawan susu fresh milk (saya guna susu duthlady tu 2 kotak)
- 2 biji telur
- 1 penutup botol esen vanila (saya tambah sebab tak suka bau susu)
Cara-Cara Membancuh Adunannya:
- Ayakkan tepung dan juga baking soda. Masukkan gula
- Masukkan minyak jagung / majerin dan juga telur yang telah dipukul sedikit ke dalam tepung tadi. Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan whisk sehingga habis. Kacau sehingga adunan tidak berketul.
- Tapis adunan untuk pastikan bancuhan tidak berketul.
- Panakan kuali yang tak melekat. Masukkan 1 senduk kecil adunan ke dalam kuali yang telah panas.
- Tunggu sehingga pancake tersebut masak barulah diangkat..Masak hanya satu permukaan sahaja..Permukaan yang di atas akan menjadi berlubang-lubang kecil gitu..
Sebarang pertanyaan sila komen yer. Dah buat pun boleh lah komen jadi tak..
Selamat Berhujung Minggu!!!
sedapnya nampak..nak cuba lah nti..
BalasPadam