Daun Kesum adalah antara bahan yang wajib digunakan dalam masakan seperti asam pedas dan laksa..Kalau tak ada daun kesum ni bak kata pincanglah irama dan lagunya..jadi tak berbau harum dan kurang sedap dan menyengat..hehehe..Oh ya..Orang-orang sebelah utara panggil daun ni daun cenehom yer..sama je..pokok yang sama..
Sebenarnya dah banyak kali juga saya cuba untuk tanam pokok kesum ni...tapi tak pernahnya menjadi dan tumbuh dengan elok..alih-alih kering dan mati begitu sahaja..masa tu saya anggap tangan 'panas' kot sebab tanam tak menjadi..
Akhirnya saya berjumpa dengan Kak Noriko Sukomoto di alam maya iaitu di Facebook. Kak Nori ni memang rajin menanam pokok. Jadi, saya mengambil petua darinya macam mana cara yang betul untuk tanam pokok kesum ni. Akhirnya, taraaaa...pokok daun kesum saya tumbuh dengan sihatnya.
Bagaimana cara saya tanam pokok daun kesum ni?
Ada 2 kaedah yang di ajar Kak Nori ni..
Kaedah yang Pertama..ambil batang daun kesum yang kita beli di kedai tu..buanglah semua daun-daun yang kat batang tu bagi habis..lalu terus je cucuk ke atas tanah. Kalau guna kaedah ini kena rajin siram pokok kesum ni sebab pokok kesum ni suka air. Kalau boleh guna tanah yang senang bertakung air.
Kaedah yang Kedua pula batang daun kesum tu direndam dahulu dalam bekas yang berisi air. Rendam separuh je batang dia ke dalam air yer..Biar sehingga batang daun kesum tersebut mengeluarkan akar barulah dicucuk di atas tanah di dalam pasu. Siramlah 2 kali sehari pagi dan petang.
Saya menggunakan kaedah yang kedua ni. Rasa lagi senang. Kadang-kadang saya akan siram dengan air basuhan ikan sebagai baja semulajadi. Selepas seminggu dah nampak dah tunas-tunasnya dah naik..Alhamdulillah sekarang dah besar dan sihat-sihat dah. Jadi, tak perlulah nak beli dah kat kedai setakat nak masak sikit-sikit kat rumah.
Cubalah..InsyaAllah menjadi...Selamat Berjaya!!!
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413
(Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
Pages: Vitamin
Online Shop
Tiada ulasan:
Catat Ulasan