Pages

Petua Dan Cara Atasi Bengkak Susu

Bengkak susu adalah pengalaman yang pasti anda rasai bila anda menyusukan anak anda walaupun sekali. Bengkak susu ni boleh menyebabkan demam bagi sesetengah orang. Siapa yang pernah rasainya sahaja yang tahu bagaimana rasanya bengkak susu ni. Walau dipam bengkak susu ini tidak juga pulih. Masalah bengkak susu ini terjadi disebabkan oleh hormon lacta (hormone susu) banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh.
Clog Duct

Berikut adalah Petua yang boleh anda amalkan untuk atasi bengkak susu:-
  1. Pastikan anda memakai coli untuk menyusu yang mempunyai sokongan. Pastikan juga coli anda itu dipakai dengan selesa dan tidak terlalu ketat ataupun menekan payudara anda.
  2. Bayi yang sedang membesar memerlukan susu yang secukupnya. Jadi susuilah bayi anda dengan kekerapan 2-3 jam sekali. Pastikan bayi menyusu dengan posisi yang betul dan cara yang betul. Sekiranya anda bekerja, pastikan anda mengepam susu mengikut jadual dan bukan menunggu sehingga payudara anda bengkak baru nak pergi mengepam
  3. Bagi ibu yang menghadapi masalah susu susah nak keluar, boleh la amalkan menuam payudara anda dengan kain yang dibasahkan dengan air suam. Tekap perlahan-lahan kain tersebut pada payudara anda sambil mengurutnya dengan perlahan.
  4. Boleh juga mandi dengan air suam sambil memicit dan mengurut payudara anda bagi melancarkan pengeluaran susu yang mungkin tersumbat. 
  5. Teknik mengurut bagi melancarkan susu badan: Sekiranya suami ada disisi, boleh minta pertolongan beliau untuk mengurut di bahagian belakang badan anda. Kemungkinan terdapat urat yang tidak betul sehingga menyebabkan susu tidak dapat disalurkan dengan baik.
  6. Gunakan sikat untuk menyikat payudara anda dengan cara dari pangkal payudara ke arah puting anda. Lakukan perlahan-lahan. Proses ini adakalanya agak menyakitkan tetapi anda perluah bersabar dan berusaha dengan sebaiknya.
  7. Susukan bayi anda sambil mengurut-urut payudara anda dengan perlahan. Pastikan teknik dan posisi penyusuan tersebut betul bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.
  8. Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Celupkan kapas ke dalam bancuhan tersebut dan tekap perlahan-lahan ke payudara anda. Buatkan dengan berhati-hati supaya tidak terkena puting anda. Lakukannya setiap hari sehingga bengkak menyusut.
  9. Dapatkan beberapa helai daun sirih, sapukan minyak zaitun dipermukaan daun sirih tersebut dan layurkan di atas tudung periuk. Apabila daun sudah agak suam, tekapkan perlahan-lahan ke payudara anda. Ianya dapat membantu melancarkan susu dan mengurangkan kesakitan bengkak susu anda.
  10. Sekiranya bayi tidak mahu menyusu, anda bolehla membuat teknik mermet ataupun mengepam menggunakan pam supaya susu yang dihasilkan dapat dialirkan seterusnya mengurangkan bengkak tersebut.
Petua bengkak susu di atas yang pernah saya cuba masa terjadi bengkak susu semasa menyusukan anak saya ialah mandi dengan air suam dan selepas tu ambil tuala yang direndam dengan air panas lalu saya tekan-tekankan sambil urut payudara agar saluran susu yang tersumbat dapat berjalan dengan lancar. Kemudian saya akan pam susu dengan segera. Alhamdulillah..dah tak bengkak dah..
Satu lagi cara yang boleh anda amalkan ialah mengambil supplemen LECITHIN. Lecithin dapat mengelakkan daripada berlakunya bengkak susu. Info lanjut bagaimana Lecithin boleh atasi masalah bengkak susu, boleh KLIK DI SINI..

Lecithin

Bagi para ibu yang ingin cuba Lecithin bagi membantu masalah anda, boleh hubungi saya seperti yang tertera di bawah atau terus membuat tempahan di link yang diberikan. Anda juga boleh dapatkan Lecithin ini secara COD di lokasi-lokasi berikut: kawasan Gombak, Taman Sri gombak, Taman Greenwood, Giant Batu Caves, Petron Sentul Pasar.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ff23707fd0625ccdfb4f42ddbaf1a649


SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan