Jatuh Cinta dengan Produk Shaklee

Entry kali ni saya ingin menceritakan serba sedikit bagaimana saya boleh jatuh cinta dengan produk Shaklee. Saya bukan sekadar jual produk Shaklee..tapi saya juga pengguna setia produk shaklee ni..hampir semua produk shaklee yang ada saya dah cuba makan. Khasiat serta kebaikannya saya dah rasai..Jadi saya ingin berkongsinya dengan anda di luar sana pula untuk mengetahui kebaikannya..

Pada mulanya saya hanya mencuba Vitalea iaitu Multivitamin dan Multimineral. Dah lama nak cuba Vitalea Shaklee ni sebab seingat saya produk ni sudah menjadi sebutan ramai akan kebaikannya dari masa saya kat universiti lagi. Dan masa tu katanya matan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir pun makan Vitalea ni. Jadi, saya memang teruja nak cuba. Lagi pula masa tu saya mengalami masalah letih-letih badan. Suri Rumah jangan ingat tak penat yer. Lagilah banyak nak buat kerja-kerja rumah, jaga anak lagi..

Kebetulan masa tu saya nampak kawan se universiti dengan saya dulu guna produk Shaklee ni untuk penyusuan. Dia psot kat FB dia. Tapi masa tu dia pun belum jadi ahli Shaklee lagi. Bermula pada situ saya tertarik semula nak cuba produk Shaklee ni. Selang beberapa minggu je rasanya lepas tu kawan saya ni daftar sebagai ahli Shaklee dan saya mula bertanya padanya. Jadi saya pun belilah Vitalea ni.

MULTIVITAMIN SHAKLEE
 Alhamdulillah..lepas cuba makan Vitalea ni rasa lah perubahan dalam diri saya. Tak adalah rasa penat sangat. Dengan sebotol vitalea saya dah mula jatuh cinta dengan produk Shaklee atas sebab keberkesanannya pada saya. Jadi, saya terfikir pula nak cuba ESP produk yang meletup-letup ni..Masa tu kawan saya ni sarankan jadilah ahli Shaklee untuk dapat lebih penjimatan. Tapi, saya belum terbuka lagi hati. Jadi, saya tambah amalkan ESP pula..Bulan seterusnya pada November 2012 saya mula daftar sebagai ahli Shaklee..yeay..kawan saya tu ummi Mai Md Saupi adalah upline saya sekarang..

Sampai sekaranglah saya memang pengguna tegar produk-produk Shaklee..Sekarang ni saya ingin membantu anda di luar sana pula dalam menjaga kesihatan. Sekarang bukan sekadar pengguna, saya juga menikmati income daripada jualan produk Shaklee ni..Alhamdulillah, walaupun saya ni suri rumah tapi saya mampu juga untuk menjana pendapatan. Dari makan sendiri dah mula dapat bonus, saya teruja pula untuk menjual produk shaklee ni dengan tujuan membantu orang lain dan berkongsi kebaikan di samping mendapat pendapatan sampingan.

Jadi, pendapat saya bila sekali anda dah cuba pasti anda akan jatuh cinta dengan produk Shaklee ni berkali-kali. Bagi sesiapa di luar sana yang ingin mencuba produk Shaklee dan mendapat lebih penjimatan, daftarlah sebagai ahli shaklee. Anda juga mampu untuk menambah pendapatan sampingan bersama-sama dengan saya..Saya sedia membantu anda..InsyaAllah..

Saya pengedar shaklee Gombak..Jom mendaftar bersama saya dalam team Shaklee saya..Tidak kira di mana anda berada Semenanjung Malaysia, sabah dan Sarawak..Saya sedia membimbing anda jika anda serius untuk menjalankan business Shaklee ni. InsyaAllah..

Hubungi saya jika anda benar-benar serius sahaja..
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan