Cara Mengatasi Diabetes / Kencing Manis Ketika Hamil

Diabetes ketika hamil memang menjadi kegusaran bagi ibu-ibu hamil. diabetes ketika hamil dikenali sebagai Gestational Diabetes Melitus (GDM) iaitu mempunyai paras glukosa dalam darah yang tinggi berbanding ibu hamil yang tiada masalah GDM ini.

Risiko untuk seseorang mendapat diabetes ketika hamil adalah tinggi bagi mereka yang memang telah mengalami masalah diabetes sebelum kehamilan lagi. Namun begitu masalah diabetes ketika hamil ini boleh menyerang sesiapa sahaja. Antara faktor yang berkemungkinan anda menghidap GDM ketika hamil ialah:
  • Latar Belakang keluarga yang menghidapi diabetes
  • Wanita yang berumur lebih 25 tahun
  • Obesiti atau berat badan yang berlebihan sebelum hamil
  • Pernah menghidapi GDM semasa kehamilan yang lalu
  • Jangkitan Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit
  • Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran
  • Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar antara 4kg ketika kelahiran terdahulu, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat
Bagaimana diabetes ketika hamil boleh berlaku? Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit disebabkan oleh pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta / uri (organ yang membekalkan zat pemakanan kepada bayi melalui tali pusat) . Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu pengeluaran insulin. Plasenta anda akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin. Semakin plasenta membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Lazimnya, organ pankreas akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap diabetes kemudian nanti.

Bilakah GDM ini akan dikesan?
Ujian dilakukan untuk diagnosis diabetis gestasi ini adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT) iaitu ujian gula darah diambil semasa berpuasa dan dua jam selepas minum air gula. Jika ibu hamil tersebut berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, mereka akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan dan selalunya berlaku kepada 1-14% peratus wanita hamil setiap tahun. Bacaan gula semasa puasa perlu kurang daripada 5.6 mmol/liter dan 7.8 mmol/liter selepas dua jam minum air gula. Ibu hamil perlu mengambil perhatian masalah GDM ini kerana jika tidak dirawat, GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi yang di kandung.

Simptom-Simptom Diabetes (GDM) Ketika Hamil?
Kebiasaannya diabetes ketika hamil ini tidak menunjukkan simptom-simptom tertentu tetapi ibu hamil boleh awasi dengan perubahan pada diri seperti:
  • Selalu berasa letih dan tidak bertenaga
  • Kerap membuang air kecil
  • Dahaga yang melampau
  • Penglihatan menjadi kabur
Jika simptom-simptom tersebut berlaku pada anda semasa hamil, anda perlu rujuk kepada doktor anda semasa membuat pemeriksaan kehamilan.

Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah diabetes ketika hamil?
Anda perlu mengawal diet dalam pemakanan anda seperti kurangkan makanan yang mempunyai karbohidrat yang tinggi seperti nasi dan roti putih. Ambil dalam sukatan yang betul dan bukan berlebihan kerana makanan tersebut mudah ditukar kepada gula apabila diproses dalam badan dan akan meningkatkan kadar gula dalam darah dengan cepat. Begitu juga makanan berkanji lain seperti mee, kuih dan lain-lain. Kurangkan juga minum minuman yang bergula dan bergas serta kuih muih yang manis-manis.

Agihkan masa makan anda kepada 5 kali sehari. Jadi, anda tidak akan makan banyak dalam sesuatu masa. Anda perlu makan sikit dan kerap agar tahap gula dalam darah tidak naik begitu mendadak.

Supplemen Shaklee untuk mengatasi Diabetes / Kencing Manis ketika Hamil?
Supplemen yang bagus untuk ibu hamil bagi mengatasi masalah diabetes ini ialah:

KENCING MANIS SEMASA MENGANDUNG

Vitalea with Iron Formula - Multivitamin dan Multimineral yang bagus ketika ibu hamil untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan ketika hamil. Iron formula di dalamya dapat membantu mengawal HB darah agar berada pada tahap yang normal. Mengawal penghasilan insulin dalam darah.

B-Complex with Asid Folic - Dapat menukarkan gula dalam darah kepada tenaga di samping bagus untuk mengelakkan masalah anemia, mengurangkan tekanan dan memastikan perkembangan bayi yang sihat.

ESP Energizing Soy Protein - Protein yang bagus diamalkan untuk ibu hamil bagi mengawal paras gula dalam darah.

Testimoni Diabetes / Kencing Manis Ketika Hamil dengan Set Shaklee:
 
Cara Mengatasi Diabetes Ketika Hamil

Bagi anda yang nak mendapatkan produk Diabetes Ketika Hamil ini tau produk Shaklee untuk ibu hamil yang lain, boleh hubungi saya seperti yang tertera di bawah. Penghantaran secara POSLAJU ke seluruh Malaysia dan juga boleh mendapatkan produk Shaklee ini secara terus di kawasan Gombak seperti Shell Taman Greenwood, Giant Batu Caves, LRT Taman Melati, LRT Gombak, UIA Gombak, Petron Sentul Pasar, Taman Sri Gombak dan lain-lain..Hubungi untuk temujanji.

Anda akan mendapat konsultansi secara PERCUMA selepas pembelian.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=0ed3f657a3ad5a1fa47d89ae2aaad6e4

Ingin ketahui Amalan Berpantang Ketika Hamil?? Ikuti Video di bawah..




 Keterangan lanjut hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

1 ulasan: