Tiba-tiba macam teingin nak makan keropok lekor. Ikan dalam peti ais ada dah lama sikit ikan tu nak goreng pun macam tak sedap jadi terfikir nak buat keropok lekor. Keropok lekor ni special sikit tau sebab tak ada kandungan tepung. 100% ikan je..Sesuailah bagi sesiapa yang allergik tepung dan yang ingin berdiet tapi teringin nak makan keropok lekor.
Di sini saya terangkan resepi keropok lekor tanpa tepung secara step by step yer...
Mula-mula anda ambil isi ikan dan buanglah tulang-tulangnya yer. Boleh guna ikan kembong / pelaling..Saya buat dalam sekilo ikan ni..
Step kedua. Kisarkan ikan tersebut sehingga lumat. Boleh kisar guna food processor. Kalau tak ada guna blender kering pun boleh..asalkan lumat. Saya tambah sedikit bawang putih dalam 2 ulas..Saja nak bg rasa..Blend je sekali..tapi jangan letak seulas terus..Potonglah sikit kecil-kecil..
Step Ketiga. Dah selesai blend. Letak sedikit garam. Agak-agak jerlah..Jangan banyak-banyak pula nanti masin. Pastu letak serbuk lada hitam dan lada putih secukup rasa anda. Gaul-gaulkan sehingga semuanya sebati.
Step Keempat. Ambil sedikit isi ikan tersebut kemudian bentukkanlah menjadi panjang-panjang seperti keropok lekor tu. Letak kan minyak ditangan supaya isi ikan tersebut tak melekat pada tangan dan senang kerja-kerja membentuknya. Nak buat bulat-bulat pun boleh..Yang step ni lupa nak ambil gambar..
Step Kelima pula. Rebus air hingga mendidih. Kemudian masukkan garam sikit dan sedikit minyak dalam 2 titis untuk mengelakkan keropok lekor yang dah dibentukkan tu melekat antara satu sama lain. Bila keropok lekor tu dah timbul maksudnya sudah masak. Bolehlah angkat..
Step yang terakhir, potonglah menyerong keropok lekor tersebut dan goreng dalam minyak yang panas..Taraaaa...Sudah siap untuk dingap..Kalau tak goreng pun boleh..makan macam tu saja pun sedap lepas direbus.
Bagi yang nak masukkan tepung pula, boleh letakkan dalam 1/2 cawan tepung sagu atau tepung ubi selepas isi ikan tu di blend yer..Yang lain semua sama stepnya..Selamat mencuba resepi keropok lekor yang sedap dan mudah sahaja ni yer..:-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan