Tanda-tanda Strok Haba dan Cara Pencegahan

Strok Haba atau dikenali sebagai "Heat Stroke" berlaku apabila sistem tubuh badan tidak dapat mengawal secara normal. Badan megalami kenaikan suhu mendadak selain turut mengalami kegagalan berpeluh. Suhu badan individu yang mengalami strok haba selalunya akan naik sehingga 41 darjah celcius atau lebih dalam masa 10 ke 15 minit. Jika strok haba tidak dapat dikawal, boleh menyebabkan kematian dan hilang keupayaan kekal.
 
Keadaan pemanasan global ini disebabkan oleh kejadian fenomena El Nino kuat yang sedang berlaku dan dijangka akan berterusan sehingga suku pertama tahun 2016. Keadaan ini dijangka boleh menyebabkan pengurangan jumlah hujan dan kenaikan suhu berbanding biasa.

Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya, cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan individu terbabit akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba.

Tanda-tanda awal strok haba:
  1. Sakit kepala berdenyut
  2. Mual
  3. Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
  4. Denyutan nadi yang pantas
  5. Otot lemah dan kejang
  6. Muntah/rasa hendak muntah (mual)
  7. Kulit kering dan kemerahan
  8. Sawan
  9. Pitam
  10. Tangan dan kaki menjadi sejuk 
Siapa yang berisiko untuk kena strok haba?
  • Kanak-kanak dan baby
  • Ibu hamil dan menyusu
  • Warga emas
  • Orang yang ada masalah kesihatan seperti sakit jantung, darah tinggi, masalah paru-paru
  • Orang yang jarang minum air


Cara rawat mangsa strok haba:
  • Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  • Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  • Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  • Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  • Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  • Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  • Rendam mangsa di dalam kolam air
  • Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  • Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

Cara pencegahan strok haba:
  • Menangguhkan atau menghadkan aktiviti lasak seperti berkayak, berbasikal, marathon, memanjat gunung dan lain-lain aktiviti semasa berlakunya gelombang haba ini sehinggalah keadaan kembali reda.
  • Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
  • Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum. Pakai pakaian yang ringan, cerah dan elakkan pakaian berwarna gelap, tebal dan ketat.
  • Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
  • Sebolehnya berada di dalam rumah atau bangunan. Tinggallah dalam rumah yang mempunyai pengudaraan yang cukup atau kelengkapan pendingin hawa sekiranya mampu.
  • Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa.
  • Ketahui tanda-tanda awal kelesuan haba, strok haba dan segera berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.
Paling penting pastikan badan anda tidak dehidrasi dengan banyak minum air dengan secara konsisten. Kurangkan minuman yang berkafein.

Anda juga boleh mengamalkan minuman isotonik untuk elakkan masalah dehidrasi. Satun-satunya minuman isotonik yang baik untuk kesihatan dan tidak mempunyai kandungan gas ialah PERFORMANCE DRINK SHAKLEE..
Your Trusted SID
906379 Anis
019-3132413

Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Vitamin Untuk Kesihatan Mata

Penglihatan yang sihat amat diperlukan oleh kita semua kerana rata-rata dalam kehidupan seharian kita banyak menggunakan fungsi mata untuk melaksanakan aktiviti harian kita. Betul kan?

Tapi, sedarkah kita apabila zaman semakin canggih dengan teknologi, kita sebenarnya telah memberikan beban yang sangat berat kepada mata kita. Sekarang ni, rata-rata setiap golongan masyarakat mesti ada satu handphone. Handphone sangat penting pada kita sekarang selain untuk berurusan perniagaan tetapi handphone juga adalah sebagai tempat kita mencari maklumat, bersosial, menonton cerita dan beriadah dengan bermain game juga..Jadi, dapatkah anda berenggang dengan handphone anda walau cuma 1 jam? Mesti akan gelisah bukan?

Mengikut kajian, hampir 1 daripada 3 orang dewasa (30%) menggunakan alatan elektronik 9+ jam dalam waktu siang. Kajian yang dibuat untuk 2000 orang dalam masa 25 saat, mereka memeriksa telefon sebanyak 32 kali sehari.

Kegunaan alatan elektronik ini tidak terhad kepada handphone semata, malah laptop, komputer di pejabat, televisyen juga memberikan banyak tekanan pada mata kerana penggunaan secara berterusan dan berlebihan ditambah dengan cahaya yang malap serta terdedah kepada silau peralatan elektronik itu sendiri memburukkan lagi keadaan.

Kesannya..beban kepada otot ciliari mata kita. Otot ciliari bekerja keras apabila kita memberi tumpuan pada jarak dekat. Penggunaan alatan elektronik sudah tentu menyebabkan mata kita akan berasa letih. Antara gejalanya ialah:

1. Mata merah, gatal atau kering disebabkan skrin yang terlalu terang
2. Mata akan berasa kabur disebabkan oleh skrin yang silau
3. Keleetihan melihat skrin terlalu lama
4. Sakit leher dan belakang akibat kedudukan postur badan yang tidak betul
5. Keletihan dan sakit kepala oleh kerana tekanan terhadap mata

Apakah penyakit yang berkaitan dengan mata?

1. Age-related Macular Degeneration (AMD)
Kerosakan yang kronik pada saraf retina mata yang memberikan kesan pada tengah penglihatan. Selalu berlaku pada mereka yang sudah tua lingkungan 60 dan ke atas.


2. Katarak
Katarak adalah kanta yang kabur yang memberi kesan pada penglihatan. Kebanyakan katarak berkait dengan penuaan. Katarak ini berkaitan dengan ketidakseimbangan protein dan cecair yang memberikan kerosakan pada kanta. Selalunya akan berlaku pada usia sekitar 40 - 50an ke atas.


3. Diabetic Retinopati
Keadaan komplikasi kencing manis, memberi kesan pada salur darah pada retina.


4. Glaukoma
Gloukoma adalah keadaan yang menyebabkan kerosakan keada saraf optik mata yang akan menjadi lebih teruk dari hari ke hari. Ia terjadi adalah disebabkan pendedahan kepada sinar UV secara langsung kepada mata dan boleh menyebabkan mata menjadi buta lama kelamaan.


Tip Untuk Penglihatan yang Sihat

1. Lindungi mata anda dengan kacamata hitam dan keselamatan
Lindungi mata anda daripada cahaya matahari yang boleh merosakkan dengan pemakaian kacamata hitam dan kacamata keselamatan jika anda membuat pekerjaan yang melibatkan bahan merbahaya.

2. Rehatkan Mata Anda
Elakkan daripada melihat peralatan elektronik jika cahaya tidak mencukupi. Jauhkan mata anda daripada alatan elektronik apabila mata anda semakin kering.

3. Diet yang sihat untuk mata
Nutrisi tertentu dapat membantu mengelakkan masalah mata yang teruk.

Jadi, untuk mendapatkan nutrisi yang seimbang untuk mata, rangkaian vitamin Shaklee mempunyai produk yang bermutu untuk kesihatan mata anda.

ESP
ESP merupakan protein yang sangat baik untuk kesihatan mata. Dalam ESP mempunyai 9 asid amino yang diperlukan oleh badan tetapi tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Malah taurina yang boleh dihasilkan oleh badan juga memerluka 9 asid amino ini untuk menghasilkannya. Kelebihan ESP ini memang tidak dapat disangkal lagi dengan kualiti yang tinggi kerana dipantau dari proses penanaman hinggalah pemprosesan dan penghasilan. Ia merupakan protein soya  non-GMO yang dihasilkan di bawah Program Pemeliharaan Identiti (IPP)

Vitalea
Vitalea merupakan multivitamin dan multimineral yang menampung lompong-lompong nutrien dalam badan kita yang tidak mencukupi daripada pengambilan makanan. Vitalea mempunyai vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan mata.


Omega Guard
Omega Guard adalah omega 3 iaitu EPA+DHA. DHA adalah sangat diperlukan oleh mata. Omega Guard Shaklee mempunyai kepekatan yang sangat tinggi dan melalui 3 kali peringkat proses penyulingan untuk menyingkirkan bendasing berbahaya seperti kuprum dan sebagainya. Selain itu ia amat bagus untuk jantung dan aliran darah.


Carotomax
Carotomax shaklee mengandungi 6 jenis karotenoid untuk perlindungan antioksida yang tiada tandingan yang dirumuskan dari sayur-sayuran dan buah-buahan semulajadi. 6 jenis karotenoid itu adalah Astaxanthin, Alpa Carotene, Beta Carotene, Lycopene, Lutein dan Zeaxanthin.

  • Astaxanthin - Mengurangkan keletihan dan keradangan. Efektif dalam mencegah atau merawat; Age-related macular degeneration (ARMD), Neuropati kencing manis, Edema makular Cyctoid, Arteri retina pusat dan oklusi vena, glaukoma, keradangan mata (retinitis, iritis, keratitis, scleritis)
  • Lycopene -Bantu membaiki masalah mata. Ini termasuk Age-related macular degeneration (ARMD), dimana ia mengakibatkan kerosakan pada retina yang mengurangkan daya penglihatan dan katarak atau kekaburan kanta dan mata.
  • Lutein dan Zeaxanthin - Bertindak sebagai pelindung semulajadi. Melindungi daripada penyakit mata kerana menyerap cahaya biru memasuki mata. Lutein bantu membina ketumpatan macula pigmen, faktor utama dalam kesihatan macula dan retina.
  • Alpa Carotene dan Beta Carotene - Untuk penglihatan malam, mata yang sihat dan menghalang degenerasi penglihatan

Vivix
Vivix merupakan minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan alami. Dari segi mata Vivix dapat membantu dalam memperbaiki saraf mata dan otak menjadikannya sihat serta dapat membantu menghalang daripada terjadinya glaukoma.

Jika anda mementingkan kesihatan mata dan ingin pastikan mata anda sentiasa sihat, amalkan tips penglihatan yang sihat tadi serta dapatkan nutrisi yang penting untuk mata anda.


Untuk pembelian terus secara online menggunakan kad debit atau kredit boleh klik di button yang disediakan di bawah:

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5a5a76e2f8b0aa27f2c2dec653ab35e7



Yuor Trusted SID
Anis 906379
019-3132413

Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

 

26 Tanda-tanda Awal Kanser Yang Perlu Ambil Tahu

Sekarang banyak kita terdengar kes-kes kanser sama ada di kalangan sanak saudara, orang sekeliling kita ataupun di media massa. Antara kanser yang paling kerap kita dengar adalah kanser payudara, kanser prostat, kanser rahim dan sebagainya. 

Kanser merupakan salah satu penyakit yang amat digeruni oleh rata-rata masyarakat kerana ia boleh membawa maut. Kebanyakan pula yang mengetahui mereka menghidapi kanser sudah berada di tahap kritikal yang mana agak sukar untuk merawatnya.

Sebenarnya ada terjadi tanda-tanda awal penyakit kanser ni yang kita tidak sedari atau perasan sebenarnya. Kita hanya menganggap sakit biasa. Ambil ubat, makan ubat dan baik. Selalu itulah yang terjadi pada kita kan?

Berikut adalah 26 tanda-tanda awal Kanser yang perlu kita ambil tahu bagi memudahkan rawatan. Kredit kepada FB: PAKAR SAKIT PUAN.


1. Sakit perut atau senak perut. Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulang kali mendapat atau mengalami sakit perut tanpa sebab.

2. Sakit seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas mungkin tanda kanser pankreas

3. Perut kejang dan sakit perut berterusan. Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukemia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah.

4. "Asid Perut" kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit. Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu.

5. Kehilangan berat badan. Anda seorang yang tidak aktif tetapi jika berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan. Ketahuilah bahawa ini adalah petanda awal kanser kolon.

6. Jaundis atau demam kuning. Barah pankreas, satu lagi salah satu 'pembunuh senyap' sering ditemui apabila seseorang menghidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah.

7. Berdehit atau sesak nafas. Sesak nafas, sakit dada atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru.

8. Batuk yang kronik atau sakit dada. Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronkitis yang teruk.

9. Kerap demam atau terkena jangkitan. Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan atau keupayaan melawan jangkitan kuman.

10. Kesukaran menelan. Ia sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak. Kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga.

11. Bengkak muka. Sesetengah pesakit kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.

12. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan lehar, ketiak atau pangkal paha (ketulan). Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada peher, ketiak atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.

13. Lebam teruk atau pendarahan yang tidak berhenti. Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan.

14. Sembelit, cirit-birit dan perubahan dalam najis boleh menjadi tanda-tanda kanser. Seperti dengan banyak gejala lain, cara untuk memberitahu jika ini adalah perkara yang membimbangkan ialah jika ia berlaku pada lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas seperti flu atau keracunan makanan. Mereka yang didiagnosis menghidap kanser kolon sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas. Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya.

15. Sukar membuang air kecil. Tanda-tanda awak kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing. Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti. 
16. Rasa sakit atau pedih semasa membuang air kecil. Gejala ini juga boleh menunjukkan jangkitan saluran kencing atau penyakit kelamin. Gejala yang sama juga boleh menunjukkan keradangan atau jangkitan pada prostat atau hiperplasia benign prostatic.

17. Kencing berdarah dan darah dalam air mani. Adalah tanda bahaya kanser prostat.

18. Masalah ereksi. Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga tanda anda mnghidap kanser prostat.

19. Sakit pada pangkal paha, pinggul atau abdomen. Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, paha atau bahagian paling rendah di belakang. Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki.

20. Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya. Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara. Sakit belakang pinggang dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen atas dan belakang dalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pankreas.

21. Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita tahu bahawa tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering. Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit - melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus dan periksa kulit dengan teliti di seluruh tubuh untuk mengesan pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau bintik.

21. Perubahan pada kuku. Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh manjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit. Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah boleh menjadi tanda kanser paru-paru.
22. Gastroesophageal penyakit refluks (GERD) - satu keadaan di mana asid perut naik ke dalam esofagus, menyebabkan pedih hulu hati dan rasa berasid di tekak - boleh mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai esofagus Barrett, yang boleh menjadi penyebab kanser esophageal.
23. Lemah dan letih. Sering merasa lemah, tak larat, letih adalah gejala bagi kebanyakan penyakit kanser yang tidak disedari sama sekali. Jadi jika anda berasa letih tanpa sebab sehingga susah hendak tidur, segeralah berjumpa doktor. 
24. Pendarahan rektum atau darah dalam najis. "Saya fikir ia buasir" adalah satu kenyataan yang paling biasa doktor mendengar apabila mendiagnosis kanser kolorektal.

25. Bengkak buah zakar. Ketulan yang menunjukkan kanser testis tidak langsung menyakitkan. Ia juga biasa bagi testis membesar atau membengkak.

26. Puting payudara yang bersisik atau dan mengeluarkan cairan. Lelaki juga boleh mendapat kanser payudara. Mereka mengalami satu keadaan yang dipanggil gynecomastia, ada ketulan benigna di kawasan puting. Kanser payudara biasanya dikesan sebagai ketulan, tetapi jika ia merebak ke dalam, ia juga boleh menyebabkan sakit dada. Tanda-tanda lain kanser payudara termasuk tompok-tompok merah, bersisik, atau kulit lekuk atau perubahan pada puting seperti membelok masuk atau kebocoran bendalir.

 Jadi, jika anda mempunyai tanda-tanda seperti yang disenaraikan di atas, segeralah berjumpa dengan doktor.

Bagaimana untuk kita elakkan daripda penyakit kanser ni? Jaga pemakanan anda dan juga jauhi persekitaran yang banyak terdedah kepada bahan kimia..

Anda juga boleh mencegah dengan melindungi diri anda dari radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser ni. Terutama memang mereka yang tak boleh elak daripada terdedah daripada bahan kimia ini iaitu dengan mengambil vitamin yang mengandungi tinggi antioksidan seperti vitamin A, C, E dan yang mempunyai resveratrol dan poliphenol.

di Shaklee, kami mempunyai rangkai vitamin antioksidan yang TERBAIK yang menjalani kajian bertahun-tahun dan terbukti akan keberkesanannya dapat mencegah kanser dan membantu dalam rawatan kanser serta baik untuk kesihatan keseluruhan iaitu produk VIVIX..

Testimoni VIVIX dan KANSER KLIK DI SINI.

Selain itu untuk pencegahan boleh amalkan vitamin ACE berikut:


Pembelian secara online boleh klik button yang disediakan di bawah.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=53be01f4f05aebe9d0c69268ac1999ce


Your Trusted SID,
Anis 906379
019-3132413



Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad