Petua Untuk dapat Anak Kembar

Ramai sebenarnya pasangan suami isteri yang mengidamkan untuk mendapat anak kembar ni sebenarnya. Saya juga teringin nak dapat anak kembar bila berjalan-jalan ke shopping complex terlihat pasangan kembar ni duduk dalam stroller..rasa cutenya lah..hehehe..Memang selalu mencuri pandangan siapa sahaja yang melihatnya.

Tapi, boleh ke kita dapat anak kembar kalau tiada keturunan kembar? Kawan saya ada sorang yang memang tiada keturunan tetapi dapat anak kembar. Alhamdulillah rezeki dia. Jadi, tak mustahil kalau itu dah memang rezeki kita untuk dapat anak kembar.

Jom kita tengok apa petua untuk dapatkan anak kembar ni..Mana tahu boleh usahakan..Saya dapat daripada Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung
 
1. GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga anda terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

2. UMUR
Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

3. BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. BERAT BADAN DAN KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. DIET
Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

6. PENGAMBILAN UBAT KESUBURAN
Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.

7. BANYAKKAN MAKAN UBI, KENTANG DAN SUSU
Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi. Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.

8. Doa untuk mendapatkan anak kembar :-
i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:
ii) Surah As-Syura ayat 50:

Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya. Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.

Jadi, bagi yang teringin untuk dapat anak kembar tu, boleh cuba petua di atas dan rajin-rajinlah berdoa..Semua itu rezeki daripada Allah. Mana tahu jika bersungguh kita beroleh rezeki tersebut. Kalau tak dapat kembar pun bersyukurlah pada apa yang ada. 


SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

4 Rahsia Bawang Putih Untuk Kecantikan

Kecantikan memang sangat sinonim dengan wanita. Tak kurang juga lelaki sekarang ini amat mementingkan kecantikan kulit mereka juga bagi meningkatkan keyakinan diri. Ramai yang tidak tahu bahawa bawang putih adalah salah satu bahan yang boleh mencantikkan kulit anda. Bagaimana? Mari kita tengok Rahsia Bawang Putih Untuk Kecantikan.

  • Ubat Jerawat Tradisional. Bawang putih merupakan remedi semulajadi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana ianya mengandungi antibakteria dan antiviral yang dapat membunuh bakteri dan sekaligus dapat mengurangi keradangan kulit. Anda hanya perlu kupas bawang putih tersebut. Ketuk atau hancurkan bawang putih itu supaya keluar airnya. Kemudian di sapu pada jerawat. Agak pedih tapi berkesan mengecutkan jerawat dan cepat sembuh.
  • Menghaluskan Kulit. Bawang putih juga mengandung komponen zat allicin yang mampu melembutkan tekstur kulit selain membunuh bakteria. Boleh dibuat sebagai masker di wajah anda.

  • Mencegah Penuaan. Khasiat bawang putih juga dikatakan boleh mencegah penuaan dengan mengurangkan garis-garis halus di wajah. Ini boleh dilakukan dengan memasukkan beberapa titis air bawang putih ke dalam krim pelembap wajah anda. Tapi awas ya..jika kulit anda berjerawat mungkin akan berasa pedih sedikit. Amalkan seminggu sekali. 
  • Menghilangkan Bintik-bintik Hitam dan Putih. Tumbuk bawang putih tersebut hingga agak-agak lumat lalu scrub kan pada wajahanda yang bermasalah tersebut.
Anda boleh cuba amalkan juga mengambil bawang putih dalam diet seharian anda kerana khasiat bawang putih memang diketahui umum sebagai antibiotik semulajadi sejak berkurun lama dulu. Bukan sekadar untuk kecantikan bahkan bawang putih amat bagus dari segi kesihatan. Kebaikan bawang putih dari segi kesihatan anda boleh KLIK DI SINI.

Bagi anda yang mengalami masalah kulit berjerawat dan sebagainya, boleh juga amalkan mengambil supplemen bawang putih kerana untuk dapatkan khasiat allicin yang semaksima mungkin kerana zat ini mudah hilang dan juga rosak.

Jadi, untuk dapatkan GARLIC dari Shaklee..Sebotol hanya RM47.50 yang mengandungi 60 tablet sebotol. Setiap 2 tablet mengandungi 1000mg ekstrack garlic tulen, menyamai dengan 2 ulas bawang putih segar. Pastinya keluaran Shaklee adalah dari bawang putih premium yang bebas dari racun perosak yang ditanam secara organik..


Pembelian secara online boleh KLIK button di bawah.
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=49cd70349fd46e2251b90c6009945469
 

Boleh hubungi saya terus juga untuk mendapatkan Garlic Shaklee ini seperti yang tertera di bawah. Cod sekitar kawasan Gombak.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad