Ayam Golek Nara Seafood sudah Berpindah

Ayam Golek Nara Seafood atau dikenali sebagai ayam golek 5 bintang Nara ni memang terkenal juga. Sebab apa saya kata macam tu sebab Jalan-jalan cari makan dah terjah dah restoran ni..

Suami saya dulu masa dia belajar kat UM pernah lah datang makan ayam golek nara ni katanya. Saya pun pernah lah makan sekali sebelum restoran ayam golek nara ni berpindah. Dulu restoranya dekat tepi jalan dekat Flat Angkasa. Tapi sekarang ni telah berpindah ke lokasi baru pula. 

Kalau nak cari lokasi di mana ayam golek nara ni berpindah..cari stesen KTM Pantai Dalam. Kalau stesen KTM tu sebelah kiri anda..Dari situ anda terus je jalan sampai ke hujung jalan dan restoran ayam golek nara ni pula ada di sebelah kanan..Memang hujung sekali..

 
Banyak juga menu-menu yang disediakan di sini..Tapi kebanyakannya berasaskan ayam golek lah..Nama pun restoran ayam golek kan...Western food pun ada tapi rasanya jual malam. Saya ngan family datang waktu tengah hari..Bahagian western masa tu masih tutup..

Kami order mengikut set di dalam menu yang disediakan. Set 1 lah pilihan kitaorang untuk 3 orang makan..Meh lah jamu mata tengok menu apa yang ada dalam Set 1 ni..Tomyam, Kangkung Goreng Belacan, Telur dadar dan ayam golek nara seekor.

Paha dah hilang sebab anak dah ambik sebelum sempat tangkap gambar..hahaha..sian dia lapar..

Rasanya?Oklah ayam golek ni..sedap..kalau suami saya suka makan maknanya sedaplah..hehehe..
Oklah..semoga anda jumpa tempatnya yer dan Selamat Berhujung Minggu..

Sihat Tanpa Ubat

Kesihatan yang baik amat penting untuk kita. Yerlah kalau sakit-sakit macam mana kita nak beribadat dengan sempurna dan bekerja untuk mencari rezeki kan? Jadi, kita wajib bersyukur dengan pemberian kesihatan oleh Allah kepada kita. Tapi ni'mat kesihatan yang Allah berikan wajiblah kita syukuri dan menjaga kesihatan kita sebaiknya.



Apa yang dimaksudkan Sihat Tanpa Ubat? Maksudnya kita perlu menjaga kesihatan kita dengan lebih baik supaya badan kita boleh membina imuniti supaya tidak mudah diserang dengan penyakit-penyakit yang ringan seperti selsema, batuk, demam dan sebagainya. Apabila sakit sikit-sikit pun tak perlulah nak bergantung pada ubat sebab badan kita cukup kuat untuk melawannya. Tapi kalau sakit yang benar-benar serius tu perlu rujuk kepada doktor lah yer..


Cara untuk kita menjaga kesihatan tu pulak adalah melalui pemakanan yang seimbang, melakukan aktiviti fizikal supaya badan kita kekal cergas, melakukan amalan rohani dengan sebaiknya dan mengamalkan pengambilan supplemen untuk menampung lubang-lubang nutrisi yang tak mencukupi dalam diet seharian kita.


Bagaimana kita nak meningkatkan sistem kekebalan tubuh ni? Selain menjaga pemakanan yang sihat, kita boleh mengukuhkan sistem imuniti badan kita dengan pengambilan supplemen. Tapi, supplemen yang kita ambil tu perlulah kita perhatikan juga supaya datang dari sumber semulajadi dan bukan daripada bahan sintetik juga. Kan nak sihat tanpa ubat. Jadi harus tahu juga sumber-sumbernya ya..


Jadi, pilihan di tangan anda. Adakah anda suka merawat dari mencegah atau mencegah dari merawat?

Jom sama-sama kita sihat tanpa ubat!!! #drugfree #sihattanpaubat



SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Masalah Bau Badan Punca Hubungan Dingin

Ramai di kalangan kita tidak menyedari bahawa hubungan yang dingin bagi sesetengah pasangan baik lelaki mahupun perempuan adalah disebabkan berpunca daripada masalah bau badan yang tidak menyenangkan. Bau badan boleh menyebabkan hubungan intim mengalami kegagalan dan jika tidak di atasi atau ditangani dengan segera, boleh menyebabkan keretakan dalam rumah tangga.

                                                 "Rapatkan Keintiman Suami Isteri"
 
Peluh sebenarnya tidak berbau tetapi disebabkan tindakbalas dengan bakteria, ia akan mengeluarkan bau badan yang kurang menyenangkan. Selain berpunca daripada bakteria, bau badan ini juga dikaitkan dengan pengumpulan toksid di dalam badan akibat daripada proses pencernaan yang tidak sempurna.

Faktor pemakanan juga menjadi punca kepada masalah bau badan ini. Terlalu kerap makan makanan yang berempah menyumbang kepada masalah bau badan ini.

Selain itu, masalah kesihatan juga menjadi punca juga kepada masalah bau badan. Ini dapat dikenalpasti jika anda tidak pernah mengalami masalah bau badan sebelum ini. Mungkin anda mengalami masalah hati, tiroid, kencing manis dan juga masalah ginjal.

Petua menghilangkan bau badan secara tradisional

1. Boleh amalkan minum air sireh. Cara ini dikatakan boleh membantu mengatasi masalah bau badan. ambil beberapa helai daun sireh dan direbus. Minumlah air rebusan tersebut. Amalkan sekerap mungkin.

2. Salah satu punca masalah bau badan adalah disebabkan pengumpulan toksid dalam badan. Anda boleh mengamalkan air detox untuk membantu anda melancarkan sistem pencernaan dan juga membuang toksid-toksid yang berkumpul dalam badan

Cara mengatasi masalah bau badan
  1. Mandilah sekerap yang mungkin
  2. Pakai sabun yang sesuai untuk badan anda
  3. Kurangkan makan makanan yang berempah
  4. Jaga kebersihan luaran dan dalaman badan anda juga pakaian
  5. Pakai pakaian yang mudah menyerap peluh
  6. Pakai deoderant anti-perspirant bagi mengatasi masalah bau ketiak
Supplemen yang boleh anda amalkan selain mengamalkan petua-petua di atas ialah:-
 ALFALFA sHAKLEE
Alfalfa adalah rumusan herba yang berfungsi sebagai penyahtoksin dalam badan. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia membantu dalam mengatasi masalah bau badan.

Info lanjut mengenai Alfalfa Shaklee KLIK DI SINI 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b8d1200c2569eb9ce9c29e1698dbc84e




SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

COD area kawasan Gombak, Giant Batu Caves, Taman Sri Gombak, UIA Gombak, Taman Greenwood. Ingin berdaftar sebagai ahli shaklee boleh juga hubungi saya seperti nombor yang tertera. 

Kesan Kekurangan Omega-3 Pada Kesihatan

Ramai yang tidak tahu dan menyedari bahawa punca sesetengah penyakit atau masalah kesihatan yang kita hadapi adalah kesan daripada kekurangan Omega-3 dalam badan.

Bagaimanakah cara untuk kita mengetahui bahawa badan kita kekurangan Asid LemakOmega-3 ni?

Masalah Kulit, rambut dan kuku

Tanpa kita sedari kulit kasar dan juga kering adalah antara kesan menunjukkan kita kekurangan Omega-3 ni. Selain itu mempunyai masalah rambut yang kasar serta kuku yang rapuh.

Gejala mata kering, eczema pada kulit juga dikaitkan dengan kekurangan Omega-3.

  Fokus dan Pemerhatian

Asid lemak Omega 3, terutamanya asid docosahexaenoic (DHA), adalah sangat penting untuk kesihatan otak yang optimum.

Apabila otak mengalami kekurangan omega 3, komunikasi antara neuron (sel-sel yang memproses dan menghantar maklumat) adalah sangat lambat.

Adakah anda pernah rasa fikiran anda sering menerawang, tidak fokus pada sesuatu? Atau anda sukar memberi tumpuan kepada tugas-tugas yang penting? Atau adakah anda pernah diberitahu bahawa anda menunjukkan gejala ADD / ADHD?

Jika jawapannya YA.. Anda mengalami kekurangan Omega-3

Masalah Berkaitan Mood

Sama seperti perhatian dan juga tumpuan kepada masalah, gejala berkaitan hati seperti beremosi, cepat marah dan sering dalam keadaan murung adalah berkaitan erat dengan kesihatan otak.

Masalah Tenaga

Penyelidikan Saintifik mendakwa bahawa Sindrom Keletihan yang Kronik (CFS), berkaitan dengan kekurangan Omega-3 di dalam badan. Meningkatkan tahap pengambilan Omega-3 dalam diet seharian dapat membantu masalah ini.
Jadi, jangan ambil ringan jika anda sering mengalami keletihan atau kelesuan.


Masalah Tidur

Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa jika anda mengalami masalahsleep apnea’ atau sering terbangun semasa tidur malam, anda mungkin mengalami kekurangan omega-3 dalam badan.
‘Sleep apnea’ yang tidak dirawat boleh membawa masalah darah tinggi, sakit jantung, angin ahmar, glaukoma dan sebagainya.

Sakit Sendi dan Artritis

Sakit sendi dan artritis adalah disebabkan keradangan sendi. Ahli-ahli sains bersetuju bahawa tahap Omega-3 yang rendah dalam badan di samping pengambilan Omega-6 yang tinggi boleh menyebabkan keradangan dalam badan yang menyebabkan berlakunya banyak masalah kesihatan termasuklah sakit-sakit sendi dan radang sendi.

• Masalah Reproduktif

Seperti yang kita sedia maklum, Omega 3 adalah sangat penting untuk wanita mengandung dan juga untuk perkembangan bayi dalam kandungan, malah ia juga penting bagi lelaki yang cuba untuk menambah zuriat.
Asid lemak Omega 3 membentuk sebahagian besar membran sel sperma. Sperma perlu kuat dan sihat untuk mencapai sel telur.

Jika anda mengalami masalah untuk hamil, sama ada suami atau isteri mungkin kekurangan omega 3 dalam badan.

Daripada Kesan-kesan kekurangan Omega 3 di atas, kemungkinan besar setiap seorang daripada kita mempunyai salah satu daripada masalah-masalah yang disenaraikan di atas..

Kajian juga menunjukkan bahawa sehingga 99% daripada kita adalah kritikal mempunyai masalah kekurangan asid lemak Omega 3 dalam badan. Kebanyakan pakar perubatan dan ahli sains juga percaya bahawa ini adalah disebabkan oleh diet yang kurang ideal dalam pemakanan seharian.

Sumber Omega-3 dari pemakanan yang boleh kita dapati seperti ikan salmon, walnut, minyak zaitun dan lain-lain. Selain itu anda boleh mendapatkan supplemen Omega 3 untuk menampung mencukupkan kekurangan omega 3 dalam badan anda. 

Saya cadangkan Omega Guard Shaklee yang semestinya telah menjalankan ujian klinikal yang selamat untuk diamalkan. Untuk mengetahui TIPS memilih minyak ikan terbaik boleh KLIK DI SINI.

Kenali Omega Guard Shaklee? KLIK DI SINI 

Omega Guard Shaklee
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9f16563436a5d946e37538eb164ee775

Untuk keterangan lanjut, penghantaran, COD atau ingin berdaftar sebagai ahli Shaklee, boleh hubungi di:



SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
Pages: Vitamin Online Shop