Resepi Keropok Lekor Tanpa Tepung Step By Step

Tiba-tiba macam teingin nak makan keropok lekor. Ikan dalam peti ais ada dah lama sikit ikan tu nak goreng pun macam tak sedap jadi terfikir nak buat keropok lekor. Keropok lekor ni special sikit tau sebab tak ada kandungan tepung. 100% ikan je..Sesuailah bagi sesiapa yang allergik tepung dan yang ingin berdiet tapi teringin nak makan keropok lekor.

Di sini saya terangkan resepi keropok lekor tanpa tepung secara step by step yer...

Mula-mula anda ambil isi ikan dan buanglah tulang-tulangnya yer. Boleh guna ikan kembong / pelaling..Saya buat dalam sekilo ikan ni..


Step kedua. Kisarkan ikan tersebut sehingga lumat. Boleh kisar guna food processor. Kalau tak ada guna blender kering pun boleh..asalkan lumat. Saya tambah sedikit bawang putih dalam 2 ulas..Saja nak bg rasa..Blend je sekali..tapi jangan letak seulas terus..Potonglah sikit kecil-kecil..

Step Ketiga. Dah selesai blend. Letak sedikit garam. Agak-agak jerlah..Jangan banyak-banyak pula nanti masin. Pastu letak serbuk lada hitam dan lada putih secukup rasa anda. Gaul-gaulkan sehingga semuanya sebati.

Step Keempat. Ambil sedikit isi ikan tersebut kemudian bentukkanlah menjadi panjang-panjang seperti keropok lekor tu. Letak kan minyak ditangan supaya isi ikan tersebut tak melekat pada tangan dan senang kerja-kerja membentuknya. Nak buat bulat-bulat pun boleh..Yang step ni lupa nak ambil gambar..

Step Kelima pula. Rebus air hingga mendidih. Kemudian masukkan garam sikit dan sedikit minyak dalam 2 titis untuk mengelakkan keropok lekor yang dah dibentukkan tu melekat antara satu sama lain. Bila keropok lekor tu dah timbul maksudnya sudah masak. Bolehlah angkat..

Step yang terakhir, potonglah menyerong keropok lekor tersebut dan goreng dalam minyak yang panas..Taraaaa...Sudah siap untuk dingap..Kalau tak goreng pun boleh..makan macam tu saja pun sedap lepas direbus.

RESEPI KEROPOK LEKOR STEP BY STEP

Bagi yang nak masukkan tepung pula, boleh letakkan dalam 1/2 cawan tepung sagu atau tepung ubi selepas isi ikan tu di blend yer..Yang lain semua sama stepnya..Selamat mencuba resepi keropok lekor yang sedap dan mudah sahaja ni yer..:-)

Jenis-Jenis Jerawat dan Rawatan dengan Produk Shaklee

Anda mengalami masalah Jerawat? Tetapi tak tahu sebenarnya anda mengalami jerawat yang mana sama ada biasa atau serius atau juga kronik? Anda perlu tahu masalah jerawat anda yang mana satu supaya senang untuk anda merawatnya. Begitu juga pentingnya anda perlu tahu adakah jerawat itu resdung? Untuk tahu perbezaan Jerawat dan Resdung boleh KLIK DI SINI yer..

Oklah. Jom kita tengok jenis-jenis jerawat yang boleh dihidapi oleh golongan penghidap jerawat:

1. Acne Vulgaris (Jerawat Biasa)

Whiteheads - belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.

Blackheads - belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di manabahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.
Papules - radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan awal kuman.

Pustules - radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.

2. Acne Vulgaris (Jerawat Serius)


Nodul - bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun jerawat batu.

Sista (cyst) - timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.

3. Acne Rosacea (Jerawat Kronik)

Rosacea sering dianggap sebagai salah satu jenis jerawat tapi sebenarnya tidak dan cara merawatnya juga tidak sama seperti merawat jerawat. Ia tidak mempunyai blackhead dan hanya merupakan benjolan merah yang bernanah. Kebarangkalian untuk menghidapi penyakit ini adalah wanita-wanita yang berusia 25 tahun keatas sahaja.

4. Pyodermafaciale folliculitis

Sejenis penyakit kulit yang sering disalah anggap sebagai sejenis jerawat namun ianya hanyalah penyakit kulit yang berlaku akibat jangkitan bakteria pada kulit muka. Rawatannya juga tidak sama dengan rawatan bagi masalah jerawat. 


Bila dah kenalpasti jerawat anda dari kalangan ketagori yang mana..Bolehlah anda merawatnya..Produk Shaklee juga ada supplemen yang boleh membantu mengatasi masalah jerawat anda tersebut..

Di bawah ni testimoni pengguna Shaklee yang berjaya merawat masalah jerawatnya.

Jadi, untuk anda yang ingin mencuba Set Jerawat dari Shaklee boleh hubungi saya untuk pembelian. Saya Pengedar Gombak, Batu Caves, Taman Sri Gombak dan sekitarnya. Boleh dapatkan produk Shaklee secara terus dari saya juga. Yang tinggal berjauhan saya boleh poskan termasuk Sabah dan Sarawak.

Testimoni Pengguna Shaklee hilangkan masalah jerawat setelah tersiksa selama 7 tahun akibat memakai produk yang salah..

 



SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Perbezaan Jerawat dan Resdung

Ramai yang tidak tahu sebenarnya adakah jerawat itu berpunca daripada resdung juga. Di sini saya nak kongsikan perbezaan jerawat dan resdung. Adakah ia adalah sama atau tidak?

Jerawat (Acne):
  • Sejenis penyakit kulit yang kronik.
  • Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.
  • Terjadi di dalam lapisan kulit.
  • Boleh tumbuh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
  • Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.
Resdung (Sinusitis)
  • Radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung
  • Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
  • Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata
  • Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
  • Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
  • Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain. 
Sumber


Jadi, jelaslah di sini bahawa jerawat dan resdung adalah berbeza. Kebanyakkan orang juga sering menganggap bahawa penyakit jerawat adalah berpunca daripada resdung. Sebenarnya ianya tidak benar. Jadi, jika anda ingin mendapatkan rawatan, anda perlu merawat keduanya jika anda mengalami masalah jerawat dan resdung.

Cadangan Produk Shaklee untuk masalah Jerawat dan kenali Punca Jerawat dan cari mengatasinya boleh KLIK DI SINI

Cadangan Produk Shaklee untuk masalah Resdung boleh KLIK DI SINI



SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
COD: Kawasan Gombak, Giant Batu Caves, UIA Gombak, Taman Sri Gombak, Sentul Pasar, Maju Junction KL