Kenapa saya Pilih Produk Shaklee??

Lambakan produk kesihatan dan juga kecantikan yang berada di pasaran menjadikan kita kadang-kadang terpedaya dengan iklan yang diwar-warkan dan dijanjikan. Tetapi sedarkah kita bahawa ada di antara produk-produk tersebut tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan sekaligus membahayakan kesihatan?

Berikut adalah petikan akhbar yang saya ambil dari facebook Kementerian Kesihatan Malaysia




Sebabnya produk Shaklee ni dah berada di Malaysia hampir 50 tahun. dan memang tahu akan Keberkesanannya sejak dari dulu lagi. Lagi pula, semua produk Shaklee telah menjalani ujian klinikal. Jadi, saya rasa tak ragu-ragu nak menggunakannya. Yang penting, bahan yang digunakan adalah bersumberkan dari bahan Semulajadi yang bagus untuk kesihatan kita.

Shaklee juga mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga diakui HALAL..Jadi, nasihat saya jadilah pengguna yang bijak. Jangan mudah terpedaya dengan iklan-iklan yang meruntun jiwa anda tu tapi kaji dulu yer sebelum membelinya.

Sekian, pesan khidmat masyarakat dari saya..hehehe..

Nak tahu mengenai produk Shaklee dan ingin membuat tempahan? Jangan segan-segan hubungi saya yer..

Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Tips Mudah Hamil dan Punca Sukar Hamil

Jika anda merancang untuk hamil tidak kiralah anak pertama ke, kedua ke ketiga dan sebagainya, anda boleh menjadikan tips mudah hamil ini sebagai amalan serta panduan untuk meningkatkan kesuburan dan hamil dengan mudah dan cepat. Ada pasangan yang dikurniakan rezeki cepat hamil da nada yang sebaliknya. Paling penting anda tidak mudah putus asa dan berusaha kearah itu.


Faham mengenai system reproduksi anda berfungsi dan mengetahui bagaimana kehamilan itu terjadi. Kehamilan boleh berlaku apabila hubungan suami isteri terjadi dan sperma masuk berenang ke dalam rahim dan berjumpa dengan ovum (telur) di saluran peranakan (salur fallopian). Telur ini akan dikeluarkan setiap pertengahan bulan oleh ovary jika haid anda teratur dan tidak mempunyai masalah berkaitan dengan rahim anda.



Waktu Subur. Jika anda betul-betul merancang kehamilan, ambil tahulah mengenai hari subur anda. Anda boleh menandakan di kalender sepanjang kitaran haid anda sehingga haid anda datang semula untuk mengetahui kitaran haid anda normal ataupun tidak dan teratur ataupun tidak. Jika haid anda teratur, anda dapat menjangkakan bila waktu subur anda dengan bahagikannya kepada 2. Contoh kitaran haid anda 28 hari, jadi hari subur anda dijangka pada hari ke-14, 15, 16 atau 17. Inilah pentingnya anda mencatatkan kitaran haid anda. Jika haid anda tidak teratur, agak sukar untuk membuat pengiraan. Anda perlu mengetahui sekurang-kurangnya 6 bulan kitaran period anda. Dalam tempoh tersebut, anda perlu cari kitaran yang terpanjang dan kitaran yang terpendek. Contoh Kitaran terpanjang 36 - 11 =  25 dan kitaran terpendek 23 – 18 = 5. Jadi anggarannya bermula dari hari ke 5 hingga ke 25. Namun begitu, anda dinasihatkan untuk mengambil supplemen untuk memperbaiki paras hormon badan anda supaya kitaran haid anda menjadi teratur.

Selain daripada pengiraan waktu subur dan juga kenal pasti melalui lendiran yang keluar dari faraj ataupun peningkatan suhu badan, anda boleh mendapatkan Kit Ujian Kesuburan (OPK) yang ada dijual di farmasi untuk menentukan hari subur anda dengan lebih tepat lagi.

Berjumpalah dengan doktor. Sekiranya anda telah mendirikan rumahtangga sudah mencapai usia setahun, jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut. Masalah wanita seperti cycst, fibroid dan endometriosis adalah antara penyakit yang menyebabkan seorang wanita itu sukar hamil selain masalah salur fallopian yang tersumbat yang menghalang daripada telur keluar. Jika ia dapat dikesan dari awal, senang untuk anda mendapat rawatan sewajarnya mengikut permasalahan anda. Bukan sahaja anda sebagai wanita perlu menjalani pemeriksaan tapi suami anda juga. Bukan semua punca sukar hamil adalah daripada wanita semata-mata yer.

Berat Badan ideal. Bagi anda yang merancang ingin cepat hamil, factor berat badan juga memainkan peranan yang penting. Terlalu gemuk dan juga terlalu kurus adalah punca kepada anda sukar hamil juga. Ketahui berat badan ideal anda. Berat badan yang ideal adalah sekitar 20-25 sahaja.

Hubungan Suami Isteri. Lakukanlah hubungan seks sekerap yang mungkin terutama pada hari-hari subur bagi meninggikan lagi potensi untuk anda hamil dengan cepat. Pastikan posisi yang tepat yang memudahkan anda hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Selepas berhubungan pastikan anda meletakkan bantal di bawah punggung selama 30 minit untuk memastikan tiada lelehan sperma keluar ataupun membiarkan zakar suami berada dalam faraj anda selama 15 minit selepas ejakulasi.

Kesuburan suami. Kesuburan suami juga amat penting bagi memudahkan anda cepat hamil. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal. Jalani gaya hidup yang sihat dengan mengamalkan makanan yang seimbang, bersenam dan tidak merokok serta tidak minum minuman keras. Jika suami anda ada masalah dalam seks seperti ejakulasi pra-matang dan sebagainya, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengatasinya. Masalah ini juga punca kepada anda sukar hamil. Lebih lanjut Klik Di SINI.

Mengamalkan supplemen. Anda suami isteri disarankan untuk mengamalkan pengambilan multivitamin dan juga asid folik. Bagi suami anda tambahan supplemen zinc bagi meningkatkan pengeluaran sperma dan bagi mengatasi masalah air mani cair

Bersenam. Bersenam bagus untuk menghilangkan stress dan persediann bagi anda untuk menghadapi kehamilan dan proses melahirkan nanti di samping untuk menukarkan kepada gaya hidup yang lebih sihat.
Amalkan pemakanan yang seimbang. Jika anda mengalami masalah ovulasi yang berkaitan dengan masalah PCOS yang menyebabkan anda sukar hamil, anda perlu menitik beratkan tentang pengambilan makanan yang seimbang dan mengawal pemakanan anda. Kurangkan makanan yang berlemak, makanan segera dan manis dan cuba jaga kalori yang masuk di dalam badan anda. Kebanyakan wanita yang mengalami PCOS berjaya menstabilkan haid mereka setelah mengawal diet pemakanan mereka.

Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

Kurangkan tekanan (stress). Tahukah anda salah satu punca kepada sukar untuk hamil adalah kerana anda berada dalam keadaaan tertekan. Tertekan juga dikaitkan dengan masalah kesuburan. Lakukanlah aktiviti yang anda gemari untuk mengurangkan stress dan juga cuba kawal stress anda supaya tidak memudaratkan kesihatan. Lebih lanjut KLIK DI SINI.

Jauhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan.

Bagi anda yang merancang untuk hamil dan cepat hamil, jangan susah hati, ikuti tips yang diberikan di atas. Jika anda perlukan supplemen untuk membantu mengatasi masalah sukar hamil, anda boleh dapatkan Set Kesuburan Shaklee daripada saya, pengedar Shaklee sah anda. Jika anda membuat pembelian dengan saya, saya akan berikan kepada anda panduan cara pemakanan dan konsultasi secara berterusan kepada anda secara PERCUMA.


Testimoni Pengguna menggunakan Set Kesuburan Shaklee:



Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Rahsia dan Kebaikan Ais

Minggu lepas semasa saya membaca news feed di facebook..tiba-tiba saya terjumpa sebuah artikel yang membicarakan mengenai kebaikan ais. Ais pun ada kebaikan? Itulah, kadang-kadang kita hanya mendengar orang kata yang tak elok sahaja mengenai ais kan. Cuba kita cari kebaikan disebaliknya pula.

Rahsia dan Kebaikan Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarnya ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

Banyak juga kan kebaikan ais ni. Tahu tak mak saya pernah bagitau semasa dia dalam pantang dulu, mak mertuanya iaitu tok bagi mak minum air ais dalam pantang. Dia kata bagus. Apalagi mak pun minumlah. Tapi, saya tak pernah lah pula cuba masa dalam pantang dulu..hehehe..


SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

22 Tips Mendidik Anak

Tips Mendidik Anak ni saya tak ingat saya jumpa dari blog mana. Tapi saya nak kongsikan di sini tips-tips mendidik anak tersebut untuk renungan kita bersama. Apapun saya ucapkan terima kasih pada blog tersebut walaupun saya dah lupa dari mana sebab dah lama sangat dalam simpanan saya.
  1. Jangan pukul anak dari lutut keatas
  2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.
  3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak                                                                                                           ...Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
  4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
  5. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
  6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
  7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
  8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga.
  10. Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
  12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
  13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
  14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
  15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
  18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
  20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
"Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Perlukan supplemen yang terbaik untuk anak anda? Hubungi saya untuk keterangan lanjut..

VITAMIN UNTUK PELAJAR PINTAR


Antara Kesilapan Mendidik Anak oleh Dato' Hassan Mohd Ali



SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Petua dan Cara Hilangkan Panau

Panau walaupun tidaklah didengari sebagai penyakit serius tetapi agak merimaskan juga pada penghidapnya walaupun panau ni taklah gatal. (Tapi ada yang kata macam sakit-sakit sikit. Bila tersentuh macam ngilu gitu.) Manakan tidak habis badan atau muka menjadi bintik-bintik putih atau pink. Hilang keyakinan diri bila berhadapan dengan orang terutama kalau kena di bahagian muka.

Apa sebenarnya punca panau ni?

Apakah penyakit panau?

Panau adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis Malassezia ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.

Bagaimanakah rupa penyakit panau?

Bahagian-bahagian badan yang biasa dijangkiti panau selalunya kaya dengan sebum seperti bahagian dada, belakang badan, lengan dan leher. Pesakit-pesakit mempunyai tompok-tompok pucat (putih, merah jambu) atau gelap (perang, hitam) dengan permukaan yang berdebu halus. Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan kadang-kala bercantum menyebabkan permukaan yang terlibat lebih  luas. Sesetengah pesakit berasa gatal pada bahagian yang terlibat. Ada juga pesakit-pesakit yang kurang senang dengan tompok-tompok yang ketara pada kulit.

Siapa yang selalu mendapat panau?

Panau boleh berlaku pada semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, ia lebih kerap berlaku di kalangan remaja dan belia. Pesakit yang kekurangan zat makanan atau mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppressant kerap mendapat panau. Begitu juga dengan pesakit hyperhidrosis atau peluh yang berlebihan.

Adakah panau itu berjangkit?
Tidak. Ramai orang dewasa mempunyai kulat ini pada badan mereka tanpa mendatangkan apa-apa masalah.
Panau pula kerap berlaku di kawasan tropika dengan insiden setinggi 40%.


Bagaimana untuk merawat panau?
Selain daripada mendapat rawatan daripada doktor, saya syorkan kepada anda supplemen yang boleh membantu anda dalam merawat masalah panau ni aitu Garlic.

HILANGKAN PANAU


GARLIC ni merupakan antibiotik semulajadi. Jadi, amalkan supplemen garlic ni untuk mengatasi masalah panau yang disebabkan oleh kulat tersebut. Selain tu banyak khasiat bawang putih ni untuk diamalkan. Boleh KLIK DI SINI untuk info lanjut. Harga pun taklah mahal sangat pun hanya RM47.50 60 biji.

Selain daripada Garlic, saya boleh cadangkan kepada anda Vitamin C untuk penghasilan kolagen pada kulit di samping fungsi Vitamin C ni untuk menguatkan sistem imun dalam badan kita dan juga antioksidan. Harga hanya RM 92.50 untuk 180biji.



Selain itu anda boleh cuba petua ni juga untuk hilangkan panau dengan sapu di bahagian luaran di kawasan panau tersebut. Ambil bawang putih, dikupas kulitnya dan dibelah dua. Kemudian sapukan terus pada bahagian panau tersebut. Anda akan rasa kesan seperti pedih sedikit dan kemerahan. Seeloknya diamalkan selepas mandi. InsyaAllah, ia akan beransur hilang dengan bantuan supplemen dalaman juga.

Adakah penyakit panau ini akan berulang?

Kadar penyakit panau ini akan berulang semula adalah pada kadar 60%. Jadi, anda perlulah menyiapkan perisai dalaman anda untuk mengatasi masalah ini.

Jadi, jika anda perlukan supplemen tersebut untuk mengatasi masalah panau anda, hubungi saya SEGERA. Untuk pengambilan barang secara COD, saya adalah Pengedar Shaklee Kawasan Gombak. Anda boleh membuat temujanji di kawasan-kawasan seperti Sri gombak, Giant Batu Caves, Shell Taman Greenwood, Petron, Sentul Pasar atau di Maju Junction KL (hanya pada hari bekerja). Kawasan-kawasan lain saya akan menggunakan perkhidmatan POSLAJU.



SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Kit Ujian Kesuburan (OPK) dan Set Kesuburan Shaklee

Kit Ujian Kesuburan (OPK) adalah alat yang digunakan untuk menentukan 'hari subur' kita iaitu hari ovulasi. Haaa...sekarang ni bukan sahaja kita boleh buat ujian kehamilan tapi kesuburan juga. Setengah daripada kita susah nak kira waktu subur mereka disebabkan masalah kitaran haid dan juga prosedur-prosedur lain yang perlu dibuat seperti periksa suhu badan setiap hari, periksa cecair kesuburan dan lain-lain. Agak merumitkan juga untuk melakukannya.



Dengan Kit Ujian Kesuburan ini dapat membantu anda dengan mudah mencari hari subur anda. Kit Ujian Kesuburan ini agak popular sekarang bagi wanita yang sedang mencuba untuk hamil terutama mereka yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.

Bagi yang tidak tahu lagi apakah itu Kit Ujian Kesuburan (OPK) ini, jom kita dalami apakah sebenarnya OPK ini.

Apakah Kit Ujian Kesuburan  atau Ovulation Predictor Kits (OPK)?

Ovulation predictor kits (OPK) ialah alat untuk menguji waktu subur wanita. Alat ini membantu wanita mengesan hari ovulasi dengan tepat (99.6%). Alat ini akan membantu anda menentukan tahap lonjakan hormone LH. Ianya alat untuk meningkatkan lagi peluang kehamilan dengan mengetahui waktu subur kita. Walau bagaimanapun, kit ini adalah sebahagian daripada cara atau usaha sahaja. Untuk berjaya hamil melibatkan faktor-faktor lain juga ye.

Kit Ujian Kesburan (OPK)

 Apa itu hormon LH?

Luteinizing Hormon (LH) adalah hormon yang berfungsi mengeluarkan ovum dari ovari. Pada hari subur, kandungan LH berada dalam tahap tertinggi. Hari kesuburan berlangsung satu hari dan kadang kala berpanjangan selama tiga hari. Ianya berlainan antara satu wanita dengan wanita lain.

Bilakah hari sesuai memulakan ujian kesuburan, OPK?

Dapatkan panjang purata kitaran haid bagi 3 bulan terakhir. Kitaran haid dikira dari hari pertama haid sehingga hari terakhir sebelum haid bermula semula. Kemudian tolakkan 17 hari dari panjang kitaran haid. Contoh: 28-17 = 11, jadi mulakan ujian kesuburan pada hari ke-11 dan teruskan selama enam hari berikutnya sehingga OPK menunjukkan tanda positif iaitu 2 line yang terang. Jika pudar ulang semula 24 jam kemudian pada waktu yang sama. Ambil yang paling terang selepas menguji selama 7 hari. Sekiranya ujian OPK positif, 12-36 jam berikutnya telur akan dikeluarkan dan tahap kesuburan adalah maksima.

Jika haid tidak teratur, bolehkah OPK digunakan?

Mengesan hari subur adalah penting bagi mereka yang mempunyai kitaran haid yang pendek dan tidak tetap. Waktu subur bagi mereka yang mempunyai haid yang tidak teratur boleh berlaku pada sehari selepas bersih dari pendarahan haid.
  
Jika kitaran haid tidak teratur, anda harus menggunakan tarikh kitaran terpendek anda dalam tempoh 6 bulan yang lalu sebagai masa permulaan. Contohnya kitaran haid terpendek anda 24 hari. Manakala kitaran terpanjang adalah 37 hari dalam tempoh 6 bulan yang lalu. Anda harus menggunakan tarikh kitaran terpendek anda iaitu 24 hari dan mula menguji OPK 7 hari selepas hari pertama haid pendarahan anda (LMP).

Penggunaan OPK mungkin banyak untuk kitaran haid yang tidak teratur sehingga 10-20 ujian untuk mengelakkan terlepas tarikh ovulasi.

Cara Penggunaan OPK 

Para pengguna haruslah membaca arahan pada plastik OPK. Cara terbaik untuk melakukan ujian ialah antara 10am hingga 8.00pm. Ini kerana LH pada hari itu telah sedia untuk diuji menggunakan air kencing pada waktu itu.

Jangan melakukan ujian itu sebaik saja bangun dari tidur kerana mungkian dia akan terlepas hari pertama. Cuba kurangkan air yang diminum 2 jam sebelum ujian kerana ianya akan mencairkan air kencing, sekaligus menyebabkan kesukaran untuk mengesan hormon LH.

Mudah sahaja nak menggunakan OPK ini, sama seperti alat pregnancy test kit. Hanya celup dalam urine/air kencing. Kemudian perhatikan keputusan, jika terdapat ada 2 jalur terang, itu bermakna anda sedang berovulasi dan sekiranya 1 jalur sahaja yang kelihatan, itu bermakna waktu tersebut tidak subur

Jika 2 jalur keluar tetapi 1 lagi pudar, kemungkinan lagi 72 jam akan berlaku hari ovulasi anda. Namun begitu, anda digalakkan melakukan persenyawaan bersama suami pada waktu ini kerana sperma yang sihat mampu hidup lama dalam rahim iaitu selama 4-5 hari walaupun telur wanita hanya hidup selama 24 jam atau 36 jam.

Jika ujian pertama gagal dan mahu lakukannya semula pada hari yang berlainan, ujilah pada waktu yang sama.

Rekodkan Ujian Kesburan Anda

 Bagaimana nak dapatkan OPK ni? 

Di farmasi-farmasi ada menjual OPK ni. Di facebook dan mudah.my juga ada dijual. Harganya agak murah berbanding dengan di farmasi di luar sana.



Berikut adalah testimoni daripada seorang pengguna Set Kesuburan Shaklee dan juga menggunakan kaedah OPK ini untuk menentukan hari subur beliau. Pada mulanya Puan Fara hanya mengambil GLA dan Alfalfa untuk masalah senggugut dan keputihan. Alhamdulillah setelah masalah tersebut hilang baru Puan Fara mengambil Set Kesuburan bagi membantu cepat hamil. Alhamdulillah sekarang Puan Fara tengah hamil permata hati yang ditunggu-tunggu selama setahun lebih selepas berkahwin.

Mari ikuti kisah Puan Fara (Ara)..

Antara supplement yang ara dan suami consume semestinya lah SHAKLEE 100%..tiada supplemnt lain selain shaklee..dan syukur Cik P ara tak pernah miss..regular la setiap bulan dengan cycle 32days.. tapi Ara ada sengugut yang sangat teruk..so ara amalkan GLA Complex shaklee 2biji sehari setiap hari..sebulan lepas tu Cik P datang ting tong...memang tak dinafikan GLA menganggu juga Cik P ara tapi hanya untuk sebulan je..masa tu cycle jd 38days..fuh..masa tue dah rasa cam pregnant..tp test xde naik double line pon..tup2 lepas tu Cik P datang..frusttt giler..hehhee...tapi Alhamdulilah bulan tu beransur sengugut Ara dan bulan seterusnya cycle kembali asal dan alhamdulilah sengugut terus hilang !! Ajaibnye rasa... 

Selain itu Ara ada keputihan yang agak teruk..so bila konsisten dengan ALFALFA SHAKLEE 2 bulan hilang keputihan tu..then baru lah Ara konsisten dengan set kesuburan dan ikut cara makan set kesuburan. so tips nya di sini, kita perlu selesaikan satu2 masalah dalaman kita dahulu baru lah kita fokus kepada hamil.. Iya, ara faham perasaan anda semua, Ara juga seperti anda juga..nak cahaya mata secepat yang boleh kan..tapi percayalah sabar dan selesaikan masalah satu persatu2 dan konsisten..insyaallah KUN FA YA KUN..rezeki pasti berpihak pada kita juga.

Kemudian, Ara cuba gunakan OPK ( Ovulation  Predictor Kit ) , benda alah ni Ara guna untuk kaji bila masa subur Ara..sebab nya kita orang perempuan ni bertelur hanya sekali dalam sebulan mean, Ovum kita dilepaskan sehari sahaja dan bertahan hanya 36jam sahaja..so time ni lah kena BD ( baby dancing ) or make love dengan hubby..hehe...supaya dapatlah spem n ovum bertemu...:)

Ara start buat test ni masa cd15 iaitu dikira dari hari pertama kita period di panggil cd1( Cycle day 1 )..so disebabkan cycle Cik P Ara 32days..ara bahagi 2 ( 32 / 2 = 16 ) so sepatutnya ara start buat masa cd16 tapi dah tak penyabar ara buat masa cd15..lg pulak sebagai langkah2 berjaga2..mana lah tahu kan Ara subur awal ke bulan tu..hehe...so dr gambar kat atas tu cd15 nampak line kabur sangat2..so besok nye ara buat lagi..pon kabur jugak..then repeat lagi cd17 dah npk line makin terang dan finally....cd18double line naik sama terang..so ape tunggu lagi bd lah..hehhe....then petua yang ara buat lagi untuk TTC ni.., lepas bd angkat kaki dan sandarkan ke dinding...lapik bantal bawah punggung..memang ara buat pun..wlau kelakar tapi berbaloi kan...:) ops, lupa....nk buat test cari subur ni kena buat dr kol 8pagi - 8mlm SHJ..

Tanggal 17 april 2014, hati ni tak tentu arah..nak jugak test upt..sebabnya rasa sengal2 pinggang macam nk sengugut tue berhari2 terasa...ckp dalam hati " aku ni nk sengugut balik ke..teruk sangat sakit ni " so, xmyabar punya pasal ara test jugak petang tu..dan alhmdulilah double line terang sgt ..masa tu pukul 5pm..Bila dah test kat rumah mestilah nak kepastian kan dari doktor..eh betul ke aku ni pregnant..haa...so, khamis minggu hadapan nye Ara g buat buku pink..hehehe xde nak g klinik swasta pon..direct terus buat buku pink...so lepas dah selesai n doc scan..rasa nak menangis bila doc cakap dah nampak kantung..masa ni dah 5w 5d..alhmdulilah..syukur nikmat MU AALLAH..ALLAHUAKBAR...Aku bersyukur akhirnya permintaan hambaMU ini dikabulkan..

Lain2 pemakanan yg kitaorang makan, susu kambing + madu dan memang dalam sebulan tu hubby suka betul makan kambing bakar..so rasanya ia membantu juga,,,kan kambing sunnah nabi...dan ini semua rezeki dari ALLAH..sebagai hambaNYA kita wajib terus berusaha dan meminta dariNYA.. 

Bagi anda yang ingin mendapatkan Set Kesuburan Shaklee boleh menghubungi saya yer. Konsultansi akan diberikan secara PERCUMA kepada anda dan juga panduan dan cara perkiraan hari subur untuk membantu anda mudah hamil dan juga cara penggunaan Kit Ujian Kesuburan (OPK) ini.

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
Blog: vitaminonlineshop.blogspot.com

Cara Merawat Keputihan Dengan Produk Shaklee

Rata-rata kaum wanita pasti pernah ada ada merasai masalah keputihan. Keputihan sebenarnya adalah sesuatu yang normal bagi para wanita jika ia tidak menimbulkan kegatalan, bertukar warna ataupun berbau.

Namun begitu jika masalah keputihan ini tidak dirawat sedari awal lagi, kemungkinan ia akan menimbulkan masalah di kemudian hari seperti masalah kesuburan. Jadi bagaimana cara untuk merawat keputihan ini? Anda perlu pastikan tahap keputihan anda dan amalkan supplemen untuk merawat masalah keputihan ini dengan produk Shaklee seperti:
  • Garlic - Antibiotik semulajadi, anti kulat dan membantu meningkatkan imun sistem badan. Mempunyai kandungan sebanyak 60 tablet yang berharga RM47.50. mengandungi bahan putih semulajadi yang terkenal sebagai antibiotik semulajadi badan.
  • Alfalfa Complex - Alfalfa adalah herba yang kaya dengan klorofil serta vitamin serta mineral yang lain. Bersifat anti kulat dalam merawat masalah keputihan. Harga sebotol yang mempunyai kandungan 330 biji tablet adalah RM53.75.
  • GLA Complex - Menghalang kulat daripada merebak dan sumber omega 6 dapat menstabilkan hormon dalam badan dan juga membantu masalah haid tidak teratur. Juga mengandungi vitamin E yang bagus untuk masalah kulit. Harga sebotol hanya RM91.25 dan mengandungi 60 biji softgel.
Jangan biarkan masalah keputihan menyebabkan aktiviti harian anda terganggu dan tidak selesa. Rawatlah masalah keputihan anda dari sekarang sebelum ia merebak dan menjadi lebih teruk di masa akan datang yang boleh menggangu kepada masalah kesuburan.

Jika anda ingin mendapatkan produk ini atau bertanyakan lebih lanjut produk mana yang sesuai untuk masalah anda, boleh hubungi saya segera. Jika ingin mendapatkan barang secara terus, saya merupakan pengedar Shaklee Gombak, Batu Caves, Sri Gombak, UIA Gombak dan kawasan sekitarnya Sentul dan Kula Lumpur (Maju Junction). Anda boleh hubungi saya untuk temujanji. Kawasan yang lain saya boleh poskan untuk anda dengan menggunakan perkhidmatan POSLAJU.



SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
Blog: vitaminonlineshop.blogspot.com