Kenapa WAJIB Daftar Ahli Shaklee dengan Team Saya? Part 2

Entry ni adalah sambungan daripada entry sebelum ni. Bagi yang tak jumpa entry tersebut atau belum berkesempatan untuk membacanya atau tak jumpa pun entry part 1 tu boleh ke LINK ni yer..Kena tahu kisah dari awal kan baru boleh baca sambungan dia..hehehe..

Oklah..seperti yang saya janjikan di entry lepas saya nak bercerita pula mengenai group moyang saya ni Master Lyna Noh & Master Zainul Anuar..Kenapa bertuahnya anda berada dalam group saya dan perlu daftar ahli shaklee dengan team saya? Sebab anda juga akan diserap masuk dalam group moyang saya ni yang telah di re-brand kan semula dengan nama iREACH Group..Sebelum ni iREACH ni dikenali sebagai Lady&Boss..

Master Lyna& Master Zainul

Semasa perjumpaan JOM HEBAT MEGA di Kuala Lumpur baru-baru ni pelancaran logo iREACH telah diperkenalkan kepada kami dan juga diterangkan apakah fungsi dan juga peranan iREACH ni sebenarnya. Adakah ia sekadar nama atau ada lagi yang menarik disebaliknya. iREACH Group ni kira macam support group untuk kita dalam mendalami ilmu mengenai produk Shaklee dan juga ilmu-ilmu mengenai marketing, motivasi dan sebagainya. Pendek kata macam-macam ada kat situ. Nak ngan tak nak jer..Best kan? untung kan dapat leader yang prihatin dengan anak, cucu, cicit piut, miut nya..

Logo iREACH
Tahu tak, setiap huruf yang diberikan mempunyai maksudnya yang tersendiri. Bukan sekadar cantik sahaja tapi ada makna yang tersirat disebaliknya dan perlu dihayati oleh setiap ahlinya untuk diterapkan dalam diri masing-masing.

- i : Saya/Aku/I
- R: Respect. Hormat menghormati
- E: Excel. Cemerlang
- A: Able. Serba-Boleh
- C: Care. Ambil Berat/Ambil Peduli
- H: Humble. walaupun hebat, sangat rendah diri

Di samping group tertutup di facebook, iREACH juga akan melancarkan web iREACH yang tersendiri tidak lama lagi. Web ini secara rasminya akan dilancarkan pada atau selepas National Conference yang akan diadakan pada bulan Jun 2014 nanti. Web ini bukan sahaja boleh diakses oleh kami sahaja tetapi juga oleh orang luar yang bukan ahli tetapi limit ajerlah yer..tak boleh lebih-lebih..nak lebih-lebih meh daftar ahli Shaklee ngan saya dulu. Anda akan dapat keistimewaan tu juga..Jangan risau.. :-D

Sedikit saya ceritakan mengenai perjalanan JOM HEBAT MEGA baru-baru ni. Program ni bukan sahaja dianjurkan di Kuala Lumpur, bahkan di Utara, pantai Timur, Selatan dan juga InsyaAllah di Borneo juga. Ramai family iREACH yang datang di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Mesti anda tidak percaya saya katakan program yang dianjurkan oleh group moyang kami ni kalau tengok lebih kepada Family Day je. Sebab apa saya kata macam tu? Sebab anda boleh bawa anak anda ke program tersebut juga. Tak perlu nak risau tiada orang nak jaga anak hari cuti kan? Bawa je..Business ni business keluarga. anak-anaklah sebenarnya penguat kepada semangat dan kejayaan kita. Jadi kenapa perlu kita tinggalkan diaorang di rumah kan? tak caya? haaa..tgklah gambar kat bawah tu..




Program ni diadakan bertujuan untuk memberikan semangat dan juga panduan kepada setiap daripada kami untuk menentukan matlamat dalam business Shaklee ni. Bagaimana untuk mengatasi rintangan, ranjau yang ada di depan mata. Bagimana untuk menyelesaikan masalah yang sebenarnya bukan masalah pun tetapi hanya ALASAN dalam diri dan juga bagaimana untuk mendapat sokongan daripada keluarga terutama suami atau isteri.

Slot disebelah petang juga best sebab speaker jemputannya Saudara Amin Idris. Kira slot motivasi lah.



haaa..Nampak tak tu HIDUP ADALAH SOAL PILIHAN..Jadi kita yang tentukan pilihan bagaimana yang kita nak. Kalau nak cari pendapatan sampingan untuk support keluarga meh daftar ahli Shaklee ngan saya cepat..hehehe..mana tahu rezeki anda dalam Shaklee ni yang bermula dengan suka-suka untuk cari pendapatan sampingan terus jatuh cinta dan terjebak sehingga menjadikan pendapatan utama anda. Ramai yang dah dapat buktikan mereka mampu hidup dan berhenti kerja semata-mata untuk serius dalam business Shaklee ni. Jadi, siapa kata dalam Shaklee tiada peluang untuk BERJAYA? Anda yang tentukan!!!

Masih befikir lagi? Tak perlu fikir lama-lama..Jom sertai Keluarga Besar kami dan bersama-sama mengorak langkah menentukan hala tuju anda dan tentukan pilihan hidup anda dengan mendaftar sebagai ahli shaklee dengan saya hari ini. Rebut peluang hari ini. 

Sebahagian Keluarga iREACH Group
Ingin menjadi sebahagian daripada kami? Hubungi saya SEGERA..

Antara Faedah Daftar Sebagai Ahli Shaklee boleh KLIK DI SINI

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Epal dan Kolesterol

Anda suka makan epal? Tak kisahlah epal hijau atau merah. Kebanyakan orang yang bediet sinonim dengan amalan memakan epal hijau untuk membantu menurunkan berat badan. Anda pernah dengar ungkapan ni "an apple a day keep the doctor away"? Tahukah anda khasiat disebalik sebiji epal yang antaranya mampu untuk memperbaiki paras kolesterol anda?

INFO EPAL MERAH 
Kandungan serat dalam epal merah sekitar 2 gram per 100 gram bahan. Epal merah mengandung serat yang larut dalam air, asam organik, dan kalium. Epal merah berkhasiat untuk menstabilkan tekanan darah. Kulitnya mengandung pektin (termasuk serat makanan yang larut dalam makanan) yang berfungsi sebagai pembersih racun dari dalam tubuh, menyerap kelebihan air dalam usus, memperlunak feses, membantu menghalangi karies gigi dan gusi), menurunkan kadar kolesterol, dan meningkatkan HDL (high density lipoprotein)

Quercetin dalam epal berperanan sebagai anti kanser karena dapat memberikan kesan perlindungan dalam melawan melawan. Quercetin juga boleh digunakan untuk melindungi oksidasi lemak sehingga dapat melindungi hati terhadap kerosakan oksidatif. Epal juga mengandungi catechin yang berfungsi untuk mencegah pembentukan tumor usus dan melambatkan serangan tumor, memperkuat ginjal, membantu menurunkan berat badan (kerana ia boleh mengurangi nafsu makan), menstabilkan gula darah, serat baik untuk terapi kecantikan.


INFO EPAL HIJAU
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.

Zat fitokimia di dalam epal akan berfungsi sebagai antioksida yg melawan kolesterol jahat (LDL, low density lipoprotein), yg berpotensi menyumbat pembuluh darah. Ini kerana antioksida yg terkandung di dalamnya akan mencegah kerosakan sel-sel atau jaringan pembuluh darah. Pada masa yg sama antioksida akan meningkatkan kolesterol baik (HDL – High Density Lipoprotein), yg bermanfaat utk mencegah penyakit jantung dan pembuluh darah. Tidak hanya itu, kandungan Pektin (Serat larut yg terkandung dalam buah-buahan dan sayuran), telah terbukti mampu menurunkan kadar kadar kolesterol di dalam darah.

Sebuah penelitian membuktikan dalam epal terdapat asid D-glucaric yg mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35%. Sebuah kajian di Finland tahun 1996 membuktikan zat fitokimia dapat mengelakkan seseorang terkena serangan penyakit. Selain itu, zat fitokimia yg terdapat pada kulit epal ini, menurut sebuah penelitian di Cornell University Amerika Syarikat, bermanfaat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43 peratus.

Epal juga mengandungi kandungan serat yg amat tinggi, iaitu sebanyak lima gram utk setiap biji buah epal yg berukuran sederhana besar. Jumlah ini adalah tinggi daripada kandungan kebanyakan produk berasakan bijirin. Serat ini bermanfaat utk melancarkan pencernaan dan menurunkan berat badan. 

Bagi anda yang mempunyai masalah sembelit, anda boleh mencuba mengisar sebiji epal dan juga sedari dan minumlah setiap pagi sebelum sarapan. Ia juga dapat mengeluarkan toksin secara semulajadi dari tubuh badan. Bahkan ia juga dapat meredakan masalah cirit birit.

Selain itu, menurut kajian, epal hijau dapat membantu tubuh wanita mempertahankan kadar estrogen pada saat menopouse. Gangguan penyakit saat menopouse seperti ancaman penyakit jantung atau kerapuhan tulang kerana rembesan hormon estrogen yg berkurangan boleh di cegah dengan zat yg terdapat dalam buah epal terutamanya epal hijau.


Jom kita berubah kepada hidup yang lebih sihat dan bebas daripada kolesterol. Perbaiki paras kolesterol anda hari ini dengan mengamalkan sebiji epal setiap pagi...

Untuk mengetahui produk shaklee yang boleh mengawal kolesterol anda?Hubungi:-

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Kepentingan Vitamin Untuk Ibu Hamil

Vitamin Ibu Hamil? Apa Kepentingan Vitamin Untuk Ibu Hamil? Perlu ke saya mengambilnya?

Siapa kata ibu hamil tidak perlu mengambil supplemen. Ada yang takut nak ambil supplemen sepanjang kehamilan kononnya takut baby jadi besar dan susah nak bersalin. Tanggapan tersebut salah, malah di klinik-klinik juga akan dibekalkan oleh doktor supplemen untuk kita makan sepanjang kehamilan. Bezanya, sama ada supplemen tersebut dari sumber semulajadi ataupun sintetik.


Jom kita baca pandangan seorang doktor pakar sakit puan iaitu Dr. Hamid Arshat tentang kepentingan vitamin untuk ibu hamil:
“Ramai wanita yang salah anggap multivitamin seperti obimin atau lain jenama yang diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting untuk kesihatan ibu dan untuk bina darah untuk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil-pil kalsium untuk bina tulang, folic untuk keperluan semua sel-sel baru untuk janin dan fish oil sebagai omega3 dan DHA untuk sel-sel otak bayi untuk jadi anak pintar.
Setelah bersalin TERUSKAN makan suplemen-suplemen tersebut untuk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta untuk susu ibu yang berkualiti. Saya cadangkan pil-pil tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita.”


Jadi, kenapa anda perlu ragu-ragu lagi untuk mengamalkan pengambilan supplemen sepanjang tempoh kehamilan? Supplemen-supplemen ini akan membantu anda melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh badan anda yang tidak sempat anda ambil dari pemakanan. Vitamin-vitamin ini penting untuk kesihatan ibu dan baby dalam kandungan. Badan anda akan merasakan perbezaan jika anda mengamalkan supplemen dengan tidak mengambilnya. Antaranya anda akan berasa cergas dan bertenaga sentiasa dan meringankan stress terutama bagi wanita yang bekerjaya. Rasailah dahulu baru anda akan rasa perbezaannya. InsyaAllah..

Antara Set Kehamilan Shaklee yang anda boleh amalkan ialah:


VITAMIN IBU HAMIL

Vitalea with Iron Formula (Multivitamin)
BComplex with Folic Asid
Vitamin C
Energizing Soy Protein (ESP)
Ostemarix (Kalsium)
Omega Guard (fish oil)

Tak perlu berfikir panjang. Hubungi saya SEGERA untuk mendapatkan supplemen ibu hamil ini.

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Senaman Semasa Hamil

Jangan tak tahu yer..semasa hamil pun boleh kita lakukan senaman untuk persiapan kita semasa kelahiran kelak..Bukanlah kena buat senaman yang teruk-teruk. Sekadar yang kita mampu sahaja. Kalau tak banyak bergerak sangat nanti akan menyukarkan proses kelahiran. Sekurang-kurangnya selalulah berjalan-jalan untuk meregangkan otot-otot kita sudah memadai.

Mengapakah senaman disyorkan semasa hamil?
Senaman menghasilkan pelbagai perkara baik bagi anda semasa mengandung. Ia membantu mempersiapkan anda untuk bersalin dengan memperkukuhkan otot-otot anda, membina ketahanan, serta memudahkan anda kembali semula ke bentuk badan asal sebaik sahaja bayi itu dilahirkan.


Mengekalkan kehidupan aktif semasa mengandung tidak semestinya bermakna anda bertujuan membakar kalori. Badan anda mengeluarkan hormon bergelar relaxin semasa mengandung yang melonggarkan sendi anda sebagai persediaan untuk bersalin, jadi anda perlu berhati-hati dengan pilihan senaman dan memberi perhatian kepada teknik senaman. Adalah penting untuk mencari senaman-senaman yang tidak akan mencederakan anda atau membahayakan bayi.

Senaman apakah yang terbaik bagi saya?
Senaman yang ideal akan mengepam jantung anda, membuat badan lebih mudah dilentur, menjaga berat badan daripada bertambah, dan menyediakan otot untuk bekerja keras semasa proses bersalin dan kelahiran - tanpa menyebabkan sebarang tekanan fizikal kepada anda atau bayi anda.

Pelbagai aktiviti seperti berlari dan angkat berat yang ringan tidak merbahaya pada peringkat awal, tetapi anda mungkin perlu mengubah rejim anda apabila anda lebih sarat mengandung. Lebih baik jika anda mengelakkan aktiviti-aktiviti yang boleh mendedahkan anda kepada risiko tergelincir dan terjatuh, seperti berbasikal, menggunakan sepatu roda, menunggang kuda dan bermain ski, walaupun pernah terjadi di mana orang-orang yang terlibat dalam sukan kompetitif seperti itu, akan terus berlatih walaupun sarat mengandung.

Senaman berikut adalah agak selamat untuk ibu-ibu hamil, walaupun ada di antaranya mungkin tidak sesuai buat anda dalam bulan-bulan terakhir kehamilan. Untuk keselamatan rujuklah kepada doktor anda sebelum memulakan salah satu aktiviti ini.

Berjalan
Sebagai salah satu senaman kardiovaskular terbaik untuk wanita hamil, berjalan mengekalkan kecergasan anda tanpa mencederakan lutut dan pergelangan kaki anda. Ia adalah selamat sepanjang sembilan bulan kehamilan dan mudah dimasukkan ke dalam jadual harian anda.

Renang 
Pakar-pakar kesihatan dan kecergasan menganggap renang sebagai senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita mengandung. Renang adalah ideal sebab ia menggerakkan kedua-dua kumpulan otot besar (lengan dan kaki), menyediakan manfaat kardiovaskular yang baik, dan membuatkan wanita hamil berasa badannya ringan walaupun badan telah berat akibat kehamilan.

Kelas senaman air 
Ramai wanita mendapati kelas senaman air semasa mengandung menyeronokkan. Bersenam sambil berdiri di dalam air adalah lembut buat sendi dan boleh membantu mengurangkan bengkak di kaki, yang merupakan perkara biasa lewat dalam kehamilan.

Walau bagaimanapun, adalah sukar untuk mencari kelas sebegini di Malaysia, jadi anda mungkin tiada pilihan selain berenang beberapa pusingan di kolam terdekat.

Yoga dan regangan 
Yoga dan regangan dapat membantu mengekalkan kekencangan otot dan membuat anda fleksibel tanpa apa-apa kesan buruk ke atas sendi anda.

Walau bagaimanapun, anda mungkin perlu menambah rejim yoga dengan berjalan beberapa kali seminggu untuk membolehkan jantung anda bekerja dengan baik.

Berhati-hatilah supaya tidak keterlaluan dalam membuat senaman regangan. Anda akan menjadi lebih lentur akibat kesan hormon relaxin, yang menyebabkan ligamen anda lebih elastik. Jangan terlalu lama mengekalkan mana-mana regangan atau cuba untuk membangunkan fleksibiliti anda secara keterlaluan.


Pilates 
Pilates adalah satu bentuk senaman yang menggabungkan latihan fleksibilti dan kekuatan dengan kesedaran tubuh badan, serta pernafasan dan relaksasi. Senaman ini berdasarkan pola gerakan tertentu yang dilakukan dengan perut dan otot lantai pelvis - dikenali dalam Pilates sebagai "teras stabil" atau asas. Otot ini juga dikenali sebagai otot penstabilan dalam. Sebab Pilates mensasarkan perut dan lantai otot pelvik dan sememangnya otot-otot ini boleh menjadi lemah semasa mengandung, senaman Pilates boleh menmanfaatkan.

Banyak senaman Pilates dilaksanakan dalam posisi "tangan dan lutut", dan ini adalah kedudukan yang ideal semasa mengandung. Ia membantu mengurangkan tekanan ke atas bahagian belakang dan pelvis anda pada peringkat akhir kehamilan anda dan boleh membantu meletakkan bayi anda ke dalam posisi baik untuk bersalin.


Senaman angkat berat 
Jika senaman angkat berat sudah menjadi sebahagian daripada senaman anda, tidak ada sebab untuk anda berhenti, walaupun anda perlu mengelakkan mengguna besi yang terlalu berat dan melakukan postur tertentu.

Jika anda mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu dan mempunyai teknik yang baik, senaman berat badan adalah cara yang baik untuk mengencangkan dan menguatkan otot-otot anda.

Elakkan panas badan yang keterlaluan juga keletihan, dan kurangkan aktiviti ini apabila kehamilan berlanjutan.


Tarian 
Jantung anda boleh dapat mengepam dengan baik jika anda menari menggunakan muzik latar kegemaran anda dalam keselesaan dan privasi ruang tamu anda, tetapi elakkan pergerakan yang memerlukan anda berlonjak, melompat, memutar atau menggoyangkan punggung anda. Teknik adalah penting. Elakkan pertukaran hala secara tiba-tiba.

Jika anda menyertai kelas tarian, anda boleh lupakan segala-segalanya buat sementara dengan muzik, di samping kekal cergas, dan bertemu dengan orang lain.

Aerobik berimpak rendah dan Fitball 
Satu perkara yang baik mengenai kelas aerobik adalah bahawa ia merupakan satu tempoh masa di mana anda tahu anda akan bersenaman dengan baik.

Jika anda menyertai kelas khusus untuk wanita hamil, anda boleh menikmati keakraban berdamping dengan orang-orang sama seperti anda, dan mendapat keyakinan bahawa setiap pergerakan terjamin selamat untuk anda dan bayi.

Sumber

Bagi anda yang ingin mendapatkan supplemen untuk ibu hamil, boleh dapatkan daripada saya untuk melengkapkan keperluan nutrisi dalam badan anda. Jika anda ingin mendapatkan Set Bersalin juga Shaklee ada sediakan untuk keperluan anda.

Jika ingin mengambil barang secara terus, boleh membuat temujanji seperti di COD yang diberikan ini. Saya merupakan pengedar Shaklee kawasan Gombak dan sekitarnya.

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Peringkat Pemakanan Anak dari 6 bulan ke 12 Bulan

Bila agaknya masa yang sesuai untuk anda memperkenalkan makanan pejak kepada anak anda? Masa terbaik untuk memberi anak makanan pejal bergantung kepada kesediaan anak itu sendiri. Bayi perlu mengambil makanan pejal apabila kalori yang mereka dapat daripada susu sudah tidak mencukupi. Anda sepatutnya memperkenalkan makanan pejal kepada anak anda secara berperingkat demi berperingkat dan dimulai seawal usia anak anda 6 bulan. 

Makanan yang dimasak dan disediakan sendiri di rumah adalah yang terbaik untuk anak anda kerana ia segar dan tidak menggunakan sebarang bahan pengawet atau perasa yang tidak sesuai untuk anak anda seawal 6 bulan hingga 12 bulan. Buah pinggang mereka tidak mampu lagi memproses seawal usia mereka tersebut dan akan mendatangkan bahaya mahupun pada jangkamasa pendek ataupun panjang.




6 bulan
Tekstur makanan : Puri yang halus.
Minuman: Susu ibu.
Makanan yang dicadangkan: Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam dan lobak merah.
Perlu dielakkan: Garam, gula, produk tenusu, telur dan kekacang.

8 bulan
Tekstur makanan: Puri yang sedikit kasar.
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5).
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan dan sayur-sayuran.
Perlu dielakkan: Garam, gula, susu lembu segar, organ dalaman haiwan, kekacang dan putih telur.

10 bulan
Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar.
Minuman: Susu ibu atau susu formula dan air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5).
Makanan yang dicadangkan: Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan ayam.
Perlu dielakkan: Garam, gula, putih telur, kerang-kerangan, kekacang dan cili.

12 bulan
Tekstur makanan: Makanan yang dilenyek kasar
Minuman: Susu ibu atau susu formula, air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan (1:5)
Makanan yang dicadangkan: Sayur-sayuran, buah-buahan, makanan berprotein dan bijirin.
Perlu dielakkan: Garam dan gula yang terlalu banyak, cili dan kerang-kerangan.

note: Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak anda. Berilah sekurang-kurangnya sehingga usia anak anda 6 bulan dan lebih baik teruskan sehingga 2 tahun. Berilah yang terbaik untuk anak anda.

Rahsia Di Sebalik Warna Buahan dan Sayuran

Warna bukan sahaja membezakan jenis buah-buahan tersebut mahupun sayur-sayuran. Bahkan di sebalik setiap warna tersebut tersembunyi rahsia di sebaliknya juga iaitu petunjuk kepada khasiat serta nutrisi yang terkandung di dalamnya. SubhanAllah..Hebat sungguh ciptaan Allah bukan?

Rahsia Di Sebalik Warna Merah
Antara buah-buahan yang berwarna merah adalah tomato, anggur, strawberry dan tembikai. Kandungan pigmen yang terdapat di dalamnya sangat bermanfaat untuk melawan dan mengurangkan pelbagai jenis risiko penyakit kanser dan juga jantung. Kesemua buah-buahan dari golongan ini mengandungi 'lycopene' yang tertumpu di kalenjar prostat bagi lelaki bagi mellindungi DNA. Ia juga mempunyai pelbagai khasiat antioksidan semulajadi untuk kesihatan badan

Rahsia Di Sebalik Warna Oren
Aprikot, lobak dan juga labu merupakan buahan yang berwarna oren. Biasanya buah dan sayuran berwarna oren ini mengandungi alpha dan juga beta karotena iaitu sejenis antioksida. Beta karotena secara semulajadi berubah menjadi vitamin A dalam badan kita. 

Rahsia Di Sebalik Warna Kuning
Buah-buahan yang berwarna kuning amat popular dikalangan kita kerana khasiatnnya yang sedia maklum bagus untuk kesihatan. Ia mengandungi vitamin C yang cukup baik untuk melindungi sel tubuh serta mengandungi 'potassium' yang sangat baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan pembentukan plak di arteri dan sebagainya. Sebagai contoh buah yang mengandungi khasiat ini dan berwarna kuning adalah mangga, pisang, jagung, limau dan lemon.

Rahsia Di Sebalik Warna Hijau
Sayur-sayuran yang berwarna hijau ini mengandungi 'sulforaphane', 'isothiocyanate' dan 'indoles' yang berupaya merangsang gen-gen di kawasan hati. Akibat ransangan ini, hati akan berupaya mengeluarkan enzim-enzim yang boleh menghancurkan kimia-kimia yang menyebabkan barah di dalam badan. Kandungan klorofil sangat berguna untuk perlindungan antioksidan. Semakin hijau warna yang terdapat pada sayuran tersebut semakin bagus. Teh hijau, brokoli dan bayam antara golongan sayuran yang berwarna hijau.

Rahsia Di Sebalik Warna Coklat
Makanan dari warna coklat seperti bijian, bijirin, kekacang bukan sahaja mengenyangkan malah boleh menolong dalam membuang racun dalam badan yang penyebab kepada penyakit. Bijirin yang kaya dengan vitamin B dapat meningkatkan kemampuan tubuh dalam mengubah kalori kepada tenaga.

Rahsia Di Sebalik Warna Putih
Warna putih banyak mengandungi 'flavonoid' yang dapat membantu menambahkan sel tubuh badan seperti susu. dapat membantu daya kerja jantung dengan lebih baik untuk perkembangan tubuh badan manusia. Antara buah dan sayuran yang terdapat dalam kategori ini adalah lobak putih, bawang putih dan juga tembikai susu.

Jika anda perlukan tambahan khasiat serta nutrisi, boleh dapatkan supplemen dari Shaklee yang mengandungi Khasiat-khasiat yang disebutkan tadi kerana vitamin shaklee adalah dari sumber semulajadi. Berdasarkan sumber sayur-sayuran dan juga buah-buahan.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk Shaklee, hubungi:

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Kenapa Wajib Daftar Ahli Shaklee dengan Team Saya? Part 1

Haaaaa..kenapa saya kata anda 'WAJIB' daftar ahli shaklee di bawah TEAM Shaklee saya? Sebab team Shaklee saya memang BEST, MELETOP dan paling penting AWESOME..wah..memuji team sendiri plak..yerlah siapa lagi nak puji kan??Rugi tau kalau x dapat join under team saya..Group Business saya diberi nama MMS..Apa itu MMS? Miracle Millionaire Shaklee (Keajaiban Jutawan Shaklee)..Apa yang AJAIB sangat tu? haaa..kena masuk dulu baru tahu..RAHSIA..

Selain daripada saya bergerak sendiri untuk mengendali Team saya sendiri, (yerlah dh jadi leader kenalah berdikari kan..takkan nak dok bwh ketiak mak lg) Saya juga dijaga oleh upline saya yang mempunyai Team yang lagi SUPERB..iaitu OMS (Oh My Shaklee) di bawah kelolaan upline saya yang kitaorang semua panggil dia Ummi Mai..Kitaorang dalam group OMS ni memang lagi lah besar..Sebab ada adik beradik (side line) yang lain..sepupu sepapat semualah..Ukhuwah antara kami semua macam kawan-kawan yang dah kenal lama..Erat sangat..Padahal kebanyakkannya kami kenal di alam maya sahaja. Ada yang pernah berjumpa sebab ikuti program-program offline..ada yang tak pernah berjumpa pun..tapi ikatan tu sungguh kuat. Mungkin sebab kami dikelolakan oleh seorang 'ummi' yang penuh dengan kasih sayang. Banyak tunjuk ajar serta panduan yang kami perolehi daripada beliau. Beliau tak pernah sekali lokek ilmu. Sentiasa berkongsi dengan kami semua demi melihat 'anak-anak' di bawannya berjaya seperti beliau juga. Kami tak pernah ditinggalkan 'berseorangan' kalau ada masalah. Malah kami antara 'adik beradik' yang lain pun sama-sama menolong antara suatu sama lain. Kami di didik oleh ummi Mai dengan "kalau kita sentiasa permudahkan urusan orang lain InsyaAllah, urusan kita akan dipermudahkan oleh Allah"..

Bersama Ummi Mai


Bersama Ummi Mai, Mama Wardah dan juga adik beradik yg lain
Haaa..best tak?best tak? tu baru saya sebut 2 group yang amat menyokong anda jika anda benar-benar serius dalam mencari pendapatan sampingan dalam perniagaan Shaklee ni dan berdaftar ahli shaklee dengan saya. Selain daripada tu group atas-atas lagi yang dapat sama-sama menolong anda untuk serius supaya tidak lalai dan leka dalam business Shaklee ni adalah group nenek saya iaitu Wardah Aina yang bernama Shaklee Star (SS) serta group moyang saya Siti Noriza yang bernama Dreams Become True Shaklee (DBTS). Moyang atas moyang saya pula di bawah kelolaan Master Azrin pula Our Shakle Family (OSF) dan moyang Master Hadhatina.

Bersama Ibu Siti Noriza
Sebahagian drpd Keluarga OSF Group

Sebenarnya, saya nak cerita lagi satu group moyang saya ni..Kira keturunan ke-6 lah saya ni dengan beliau..Iaitu group iReach oleh Master Lyna Noh dan juga Master Zainul.. Apa yang lagi..lagi..lagi..bestnya group ni? Maklumlah..dah keturunan ke-6 kan? Ada diaorang kisah ke kat engkau kan? Nanti saya ceritakan di entry seterusnya..Sebab dah panjang sangat kan? Jenuh nak membacanya..

Jadi, tak perlu pening-pening kepala anda untuk memikirkan dengan siapa anda perlu daftar sebagai ahli Shaklee dan dapat membimbing anda supaya dapat menjana income 4, 5 dan 6 angka. Terus sahaja hubungi saya dengan kadar SEGERA untuk merasai sendiri pengalaman yang SUPER DUPER BEST berada dalam TEAM BUSINESS SHAKLEE kelolaan saya yang juga dibantu dengan TEAM-TEAM UPLINE saya yang lain..Semua atas diri anda..Jika anda SERIUS, BERKEYAKINAN, PERCAYA PADA KEMAMPUAN SENDIRI, KOMITED, INGIN MENGUBAH NASIB KELUARGA...Andalah yang kami cari..

Q & A tentang Daftar Ahli Shaklee KLIK DI SINI

Jom Hubungi saya SEGERA..

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
Blog: vitaminonlineshop.blogspot.com

Saya merupakan Pengedar Shaklee kawasan Gombak, Sentul, UIA, Taman Sri Gombak dan sekitarnya. Jika anda berminat untuk daftar ahli Shaklee di bawah team saya, boleh hubungi saya dengan kadar SEGERA.  

Vitamin Antioksidan Shaklee

Sebelum saya bercerita lanjut mengenai Vitamin Antioksidan ini, jom kita fahami dulu apakah antioksidan sebenarnya???

Apa itu Antioksidan?
Antioksidan adalah kelompok vitamin, mineral, enzim yang membantu melindungi tubuh dari radikal bebas. Ketika di dalam tubuh terjadi proses normal, di mana oksigen digunakan untuk menyediakan bahan bakar sel, beberapa dari molekul oksigen kehilangan salah satu elektron. Ketika hal itu terjadi, molekul oksigen yang sebelumnya bersifat stabil itu berubah menjadi radikal bebas yang berbahaya. Molekul ini kemudian cuba untuk menstabilkan diri mereka sendiri dengan mencuri elektron dari molekul lain yang stabil, sehingga boleh merosakkannya dan mencipta lebih banyak lagi radikal bebas.





Radikal Bebas boleh berinteraksi dengan senyawa lain yang memiliki kesan yang dapat menimbulkan gangguan dalam tubuh secara signifikan (merubah proses normal misalnya: metabolisme, respirasi, reproduksi, dll). Banyak faktor yang dapat menyebabkan produksi radikal bebas, dalaman mahupun luaran. Sumber-sumber radikal bebas dari dalam tubuh, selain proses pengambilan oksigen, termasuk juga stres secara emosional dan latihan berat. Sumber luaran pula adalah daripada udara, asap rokok, asap kenderaan, pestisida, herbisida, pencemaran dari makanan, kemoterapi dan radiasi.


Radikal bebas dapat merosakkan membran sel serta merosak dan merubah DNA tubuh. Merubah zat kimia dalam tubuh dapat meningkatkan risiko terkena kanser serta merosakkan dan mematikan protein.

Apakah Vitamin Antioksidan Shaklee?

Vitamin Antioksidan Shaklee adalah Carotomax (Vitamin A), Vita-C dan juga Vita-E yang dikenali sebagai vitamin ACE..


SUPPLEMEN ANTIOKSIDAN

Perlukah kita mengamalkan Vitamin Antioksidan?
Ya, Perlu kerana sesetengah daripada kita memerlukan lebih antioksidan daripada apa yang kita boleh perolehi dari diet pemakanan kita. Sebagai contoh, perokok memerluka vitamin C kerana jika mereka menghisap sebatang rokok sehari, tubuh mereka mampu melupuskan kira-kira 50-100mg vitamin C..Itu baru sebatang yer..Apa lagi kita yang menghidu asap rokok..lagi bahaya kesannya dari perokok sebenarnya.

Antara faedah daripada pengambilan Vitamin Antioksidan ini?
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Merendahkan paras kolesterol.
  • Mengurangkan risiko atherosclerosis.
  • Membantu melindungi daripada penyakit jantung dan strok.
  • Mengurangkan risiko segala jenis kanser.
  • Bantu mengurangkan progres penyakit Alzheimer.
  • Melambatkan pertumbuhan tumor.
  • Membantu dalam kesihatan mata, elak masalah penglihatan.
  • Melindungi badan dari pencemaran alam sekitar.
  • dan banyak lagi
Tak salah kita mengamalkan Vitamin Antioksidan ini sedari awal sebab kita tidak tahu tahap ketahanan tubuh kita melawan radikal bebas yang masuk dalam badan kita. Mencegah lebih baik dari merawat kan?

Untuk keterangan lanjut mengenai produk hubungi:

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Saya merupakan Pengedar Kawasan Gombak dan sekitarnya (Taman Gombak, Giant Bt. Caves, Shell Taman Greenwood, UIA Gombak, Sri Gombak, Petron Sentul Pasar, Maju Junction (KL). Anda boleh membuat temujanji dengan saya untuk mengambil produk secara terus.

Tips Kurus Bersama Shaklee..Jom Kurus!!

"Susahnya nak KURUS. Dah cuba berdiet bagai tapi tetap tak kurus-kurus."

Dilema nak kurus ni selalu menghantui mereka-mereka yang selepas bersalin terutamnya iaitu golongan wanita lah dan juga mereka-mereka yang suka makan dan cepat naik berat badan dan juga beberapa faktor yang lain.

Di sini saya berikan serba sedikit TIPS KURUS yang boleh anda amalkan.

Minum AIR Sekurang-kurang 2-3 liter sehari
Air memang penting dalam kehidupan kita seharian. Air memainkan peranan penting tau untuk proses nak kurus ni sebab secara semulajadinya air membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh kita. Cubalah minum air sebelum anda mengambil makanan berat. Ini akan mengelakkan anda makan terlalu banyak.

SARAPAN PAGI penting!
Kenapa sarapan pagi penting sangat dalam membantu anda untuk kurus? Apabila anda ambil makanan pada waktu pagi, ia dapat menstabilkan hormon badan serta menstabilkan paras gula dalam darah sekaligus dapat meningkatkan metabolisma badan untuk membakar kalori. Mengikut satu kajian yang dibuat, mereka yang TIDAK mengambil sarapan pagi akan cenderung menjadi gemuk daripada mereka yang mengambil sarapan.

JANGAN BERLAPAR
Haa..jangan berlapar..Ada yang nak diet tapi biarkan perut lapar..salah cara ni. Anda akan makan banyak bila anda berasa lapar dan secara tak langsung metabolisma badan anda akan menjadi rendah. 

MAKAN SEDIKIT tapi KERAP
Susunlah jadual pemakanan anda 5 hingga 6 kali sehari. Makan sedikit tetapi kerap adalah baik untuk proses penurunan berat badan dan juga supaya tubuh anda tidak berasa lapar bagi meningkatkan metabolisma badan.

ELAKKAN Minuman BERGAS
Minuman bergas mempunyai kandungan gula yang tinggi sekitar 7-8 sudu besar. Jadi elakkan daripada meminum minuman bergas ini kerana bukan sahaja tidak elok untuk anda yang nak kurus tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Garam akan menggalakkan penakungan air dalam badan. Jadi elakkan mengambilnya dalam kuantiti yang banyak untuk mengelakkan anda daripada gemuk air.
MAKAN DENGAN PERLAHAN
Makan secara perlahan dapat membantu anda berasa kenyang kerana tubuh mengambil masa sekitar 20 minit untuk menghantar isyarat kepada otak menunjukkan anda kenyang. Kunyahlah kepada cebisan-cebisan yang kecil untuk membantu sistem penghadaman anda.

BUAH-BUAHAN dan SAYURAN
Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran kerana kandungan mineral, vitamin serta serat dalamnya baik untuk kesihatan anda.

BERSENAM
Tak perlu teruk-teruk ke gym untuk bersenam..Cukup sekadar berjalan cepat. Kalau kat ofis ada tangga ke rumah ke..bolehlah gunakan tangga berbanding lif setiap hari. Cara ini dapat membakar kalori anda. Seminggu 3 kali buatlah senaman ringkas di rumah 25-30 minit sehari.

PEMILIHAN MAKANAN
Pilihlah makanan yang kurang kalori seperti makanan yang direbus, dipanggang atau dikukus. Kurangkan makan makanan yang bergoreng.

Apa yang penting anda perlu tanamkan dalam minda anda KURUS untuk SIHAT. Biarlah lambat proses peurunan berat badan anda asalkan SELAMAT dan juga BERKESAN. Bila pemikiran anda beralih seperti itu, secara tak langsung corak hidup serta pemakanan anda akan berubah tanpa dipaksa dan akan kekal. Tak delah jadi diet yo yo dan sebagainya. 

huhuhuhu..macam mana nk makan makanan kegemaran ni? Teringinnya..Erm..anda boleh makan jangan takut..tentukanlah 1 hari untuk anda boleh makan makanan kegemaran anda tanpa mengira kalori yang masuk dalam badan anda iaitu 'cheat day' orang panggil. Tapi 1 hari je tau!! 6 hari lagi tu perlu kira kalorinya yer..janngan lah bedal tiap-tiap hari..Habislah diet korang nak kurus..

Ok di sini saya nak kongsikan tips kurus bersama Shaklee plak. Produk Shaklee ni makana tambahan yer iaitu supplemen aka vitamin..BUKAN UBAT KURUS yer..Produk Shaklee ni dapat membantu anda untuk kurus di samping menjaga kesihatan dalaman anda. 


TIPS KURUS BERSAMA SHAKLEE

GEMUK AIR - Anda perlukan Alfalfa 
GEMUK disebabkan Hormon yang TIDAK STABIL - Anda perlukan GLA Complex
GEMUK disebabkan METABOLISMA RENDAH - Anda perlukan BComplex & Cinch Tea
GEMUK disebabkan TOKSIN YANG BANYAK - Anda perlukan Alfalfa , DTX Complex & Herblax
GEMUK disebabkan NAFSU MAKAN - Anda perlukan Cinch Shake Mix
GEMUK disebabkan suka makan MAKANAN BERLEMAK - Anda perlukan Lecithin, Omega Guard & Alfalfa

TESTIMONI PENGGUNA - KLIK DI SINI
SET KURUS SHAKLEE - KLIK DI SINI

Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Punca badan Letih, Lesu dan Lemah dan Cara Atasinya

Tentu anda selalu berasa letih, lesu dan lemah selepas seharian bekerja ataupun selepas melakukan aktivit yang panjang seharian. Perkara ini adalah biasa dan normal kepada tubuh badan kita menandakan badan kita memberikan isyarat supaya berehat dan tidur secukupnya. Tetapi andainya masalah ini berlarutan walaupun telah mendapat rehat secukupnya, anda perlu tahu apakah penyebabnya dan jalan untuk atasi masalah letih, lesu dan lemah ni.

Sebelum itu kita lihat dulu apakah antara punca anda berasa letih, lemah dan lesu ini adalah kerana:

Kurang Tidur
Secara umumnya, orang dewasa memerlukan tidur yamg mencukupi dalam sekitar 7 hingga ke 8 jam. Anda perlu mendapatkan tidur yang secukupnya bagi mengelakkan keletihan sepanjang hari. Kurangnya waktu tidur juga boleh menjejaskan kesihatan anda.

Diet Pemakanan yang Tidak Seimbang
Diet dari pemakanan yang seimbang dapat membantu menjaga kadar gula dalam darah. Kekurangan paras gula dalam darah juga boleh menyebabkan anda berasa letih, lemah dan lesu. Pemakanan harus dijaga supaya cukup kandungan zat dan nutrisi bagi menjamin kesihatan yang baik.

Anemia
Anemia adalah berpunca daripada kekurangan zat besi. Penyebab utama keletihan bagi kaum wanita adalah anemia. Zat besi ini boleh berkurangan ketika wanita di dalam keadaan period / haid. Mengeluarkan darah semasa mensruasi boleh menyebabkan kekurangan zat besi

Stress
Stress juga punca kepada masalah letih, lesu dan lemah. Stress juga boleh mengakibatkan gangguan kepada masalah kesihatan anda seperti sakit kepala dan hilang selera makan.

Hypothyroidism
Tiroid adalah kelenjar kecil di pangkal leher anda. Organ ini berfungsi mengendalikan metabolisme tubuh dan mengatur kecepatan tubuh mengubah makanan menjadi tenaga. Ketika kelenjar ini tidak berfungsi dengan baik dan fungsi-fungsi metabolisme dalam tubuh berjalan dengan perlahan.

Pengambilan kafein secara berlebihan
Pengambilan kafein yang banyak boleh menyebabkan tekanan darah, denyut jantung meningkat, kejang dan sebagainya.

Diabetes
Penghidap diabetes umumnya memiliki kadar gula darah yang tinggi, tetapi gula dalam darah ini tetap berada dalam aliran darah dan tidak masuk ke dalam sel-sel sehingga tidak dapat diubah menjadi tenaga. Dan ini akan menyebabkan mereka kekurangan tenaga walaupun makan dengan kadar secukupnya.

Dehidrasi atau Kurang air
Keletihan boleh berlaku jika anda dehidrasi iaitu kekurangan air dalam badan. Anda perlu mengambil air secukupnya sekitar 2 hingga 3 liter sehari. Anda boleh mengetahui sama ada air yang anda ambil mencukupi atau tidak dengan melihat kepada air urin anda

Kehamilan
Kehamilan juga membawa kepada punca letih, lesu dan tidak bertenaga kerana ketidakseimbangan hormone ketika kehamilan.

Toksin dalam badan tinggi
Pengumpulan toksin di dalam badan juga boleh menyebabkan anda berasa letih, lemah dan lesu.

Pengambilan ubat-ubatan
Mengambil dos ubatan yang tinggi sehari-hari boleh menyebabkan badan anda berasa lemah, letih dan lesu juga.

Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah letih, lemah dan lesu ini dengan menggunakan produk Shaklee? Saya syorkan pada anda:

Vitalea with Iron Formula
Bcomplex with Folic Asid
Vitamin C
ESP
Performance
Alfalfa

Perlu ambil semua ke? Bergantung kepada permasalahan anda. Apakah punca kepada badan anda berasa letih, lesu dan lemah.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad