Rahsia Kuku dan Kesihatan

KUKU -  Kuku terhasil dari sejenis protein iaitu keratin, mudah mengalami masalah, lemah dan pecah atau tumbuh perlahan walaupun kuku adalah tisu terkuat dalam tubuh.

Kuku yang tidak sihat boleh mengundang kepada masalah jangkitan yang akan menyebabkan kerosakan kuku. Kekurangan zat, terdedah kepada bahan kimia, kesan sampingan penyakit, kerap melakukan rawatan kuku juga mengundang kepada masalah kuku.


Ada yang kata kalau nak tahu kita ni sihat atau tak lihat pada kuku kita. Tahap kesihatan kuku seseorang juga dikatakan mempengaruhi kesihatan seseorang. Rahsia di sebalik kuku ini sebenarnya boleh merungkaikan masalah kesihatan anda.

Selalu kita hanya perasan ada bintik putih di atas kuku kita kan? Itu menandakan kita kekurangan nutrien yang berunsurkan zinc. Nak tahu lagi apakah rahsia di sebalik kuku yang berkaitan kesihatan? Jom sama-sama baca. Tapi, anda perlu mendapatkan pemeriksaan selanjutnya untuk pengesahan yer..

Kuku yang Sihat.

Kuku yang sihat warnanya seakan-akan merah jambu sebagai pantulan alirah darah di bawah kuku.

Kuku yang pucat (Pale Nails).

Kuku yang sangat pucat kadang-kadang dikaitkan dengan penuaan. Tapi mereka juga boleh merupakan tanda penyakit serius seperti:

§  Anemia
§  Kongestif gagal jantung
§  Diabetes
§  Penyakit hati
§  Gizi Buruk

Kuku putih (White Nails).

Jika kuku sebahagian besar putih dengan pinggiran lebih gelap, ini dapat menunjukkan masalah hati, seperti hepatitis. Dalam gambar ini, anda boleh melihat jari-jari juga kuning, tanda lain dari masalah hati.

Kuku Kuning (Yellow Nails)

Salah satu penyebab paling biasa kuku yang berwarna kuning adalah disebabkan jangkitan kulat. Sebagai memburukkan lagi jangkitan, kuku mungkin menarik kembali, dan mungkin kuku menebal dan runtuh.Dalam kes yang jarang berlaku, kuku kuning dapat menunjukkan keadaan yang lebih serius seperti penyakit tiroid teruk atau psoriasis

Kuku kebiruan (bluish Nails).

Kuku dengan warna kebiruan boleh bererti tubuh tidak mendapat oksigen yang cukup. Ini boleh menunjukkan adanya jangkitan di paru-paru, seperti radang paru-paru.

Kuku yang berdesir (Rippled Nails).

Jika permukaan kuku yang bergelombang atau diadu, ini mungkin merupakan tanda awal dari psoriasis atau artritis inflamasi. Psoriasis adalah suatu keadaan kulit yang bermula pada kuku 10% dari masa.

Kuku yang retak dan terbelah (Crack and split Nails).

Kering, kuku rapuh yang sering retak atau terbelah telah dikaitkan dengan penyakit tiroid. Retak atau pemisahan digabungkan dengan warna kekuningan lebih mungkin kerana jangkitan kulat.

Kuku bengkak di pinggiran kulit (Puffy Nail fold).

Jika kulit di sekitar kuku tampak merah dan bengkak, ini dikenali sebagai peradangan lipatan kuku. Ini mungkin hasil dari lupus atau tissue disorder.

Garis hitam dibawah kuku (Dark lines beneath the Nails).

Garis hitam di bawah kuku harus diselidiki secepat mungkin. Mereka kadang-kadang disebabkan oleh melanoma, jenis yang paling berbahaya dari kanser kulit.

Mengigit kuku (gnawed Nails).

Menggigit kuku anda mungkin tidak lebih dari kebiasaan atau tabiat lama, namun dalam beberapa kes ini adalah tanda kegelisahan terus-menerus yang perlu rawatan. Menggigit kuku dikaitkan dengan gangguan obsesif-kompulsif. Jika anda tidak boleh berhenti, berbincanglah dengan doktor anda.

Sumber

Untuk mendapatkan kuku yang sihat dan terjaga faktor nutrien juga perlu diambil berat seperti yang dihuraikan di atas antara sebab-sebab kuku tidak sihat. Dapatkan protein dan juga zat yang cukup untuk badan anda.

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
                                           FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
IG: vitamin_online_shop
COD: Taman Sri Gombak, Batu Caves, UIA GOMBAK, SENTUL, Maju Junction KL,
SEKITAR GOMBAK, BATU  CAVES.

Your Trusted SID
Anis 906379
019-3132413

Khasiat Polifenol Untuk Kesihatan

Sebelum kita mengetahui lebih lanjut mengenai Khasiat Polifenol untuk Kesihatan, mari kita fahami dulu apakah itu Polifenol.

Polifenol adalah kelompok zat kimia yang ditemukan pada tumbuhan. Zat ini memiliki tanda khas yakni memiliki banyak gugus fenol dalam molekulnya. Polifenol berperanan dalam memberi warna pada suatu tumbuhan seperti warna daun saat musim gugur.
Pada beberapa penelitian disebutkan bahawa kelompok polifenol memiliki peranan sebagai antioksidan yang baik untuk kesihatan. Antioksidan polifenol dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan pembuluh darah dan juga kanser. Terdapat penelitian yang menyimpulkan polifenol dapat mengurangi risiko penyakit Alzheimer.
Polifenol dapat ditemukan pada kekacang, teh hijau, teh putih, anggur merah, anggur putih, minyak zaitun, coklat hitam dan delima.
Kadar polifenol yang lebih tinggi dapat ditemukan pada kulit buah seperti pada anggur dan epal.
Jenis polifenol yang paling sering ditemukan pada tanaman adalah flavonoid, asid fenolat, catechin, anthocyanin, isoflavon, quercetin, dan resveratrol.

Khasiat Polifenol Untuk Kesihatan
Beberapa polifenol penting seperti flavon, flavonoid, resveratrol, dan isoflavon diketahui memiliki sifat antioksidan.
  • Polifenol sebahagian besarnya merupakan antioksidan kerana mampu menutrealkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel di dalam tubuh
  • Polifenol boleh melambatkan proses penuaan kerana radikal bebas sering dikaitkan dengan kerosakan sel. Sebagai antioksidan yang kuat ia mampu menghalangnya.
  • Polifenol efektif memperkuatkan system kekebalan tubuh iaitu dapat meningkatkan system imunisai dari serangan penyakit
  • Polifenol dapt meningkatkan kesihatan jantung dan juga penyakit kardiovaskular.
  • Polifenol jenis resveratrol mempunyai sifat anti kanser
Sumber 


Antara produk Shaklee yang mempunyai Khasit Polifenol dan juga Resvetrol ialah VIVIX. Vivix memnag terkenal sebagai salah satu supplemen yang boleh menolong dalam menjaga kesihatan secara kesuluruhan. Ia dapat membantu dalam menurunkan paras gula dalam darah, menjaga kesihatan jantung, anti penuaan, membantu dalam mencegah kesan dan lain-lain lagi.

VIVIX SHAKLEE

Info Lanjut mengenai VIVIX boleh KLIK DI SINI..

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Tips Menghadapi Cuaca Panas

Cuaca di Malaysia sekarang memang amat panas disebabkan pertukaran monsun. Keadaan cuaca yang terlampau panas dan kemarau di beberapa tempat ini mengundang kepada tekanan kepada tubuh manusia dengan kesan kepada kesihatan seperti demam, batuk, sakit kepala, pening dan juga cuaca panas yang terlampau ini juga boleh terdedah kepada maut akibat daripada strok haba. Apa itu Stroke Haba lihat keterangan di carta yang disertakan di bawah artikel ini.

Apakah pencegahan dan juga tips untuk menghadapi cuaca panas sekarang? Ikuti langkah berikut untuk pencegahan awal.

Minum air - Minum air secukupnya sekurang-kurangnya 3 liter sehari bagi menghadapi situasi ini. Pastikan anda tidak mengambil air yang bergas dan juga berkafein terlalu banyak kerana boleh meningkatkan hidrasi badan anda. Minum air jus dari buahan-buahan juga boleh menyegarkan badan. Minum juga air yang berisotonik bagi menggantikan garam dan mineral yang hilang dari badan akibat berpeluh.

Berada di dalam Bangunan - Pastikan anda tidak terdedah terlampau lama di bawah cuaca panas. Kalau boleh hadkanlah aktiviti di luar rumah. Pastikan pengudaran cukup di rumah anda. Pasang kipas /  econ dan berehat secukupnya

Pakaian - Pakailah pakaian yang boleh menyerap peluh dan dari warna-warna yang terang bagi membantu memantulkan cahaya matahari

Krim Pelindung - Gunalah krim pelindung matahari bagi mengelakkan daripada kulit terbakar]

Kenderaan - Jangan tinggalkan anak anda di dalam kenderaan

Mandi - Jika berasa terlalu panas, mandilah dengan kerap untuk menurunkan suhu panas dan buka kipas untuk menyejukkan badan anda

Payung / Topi - Gunalah payung atau topi ketika anda berada di luar

Berikut adalah Tips Menghadapi Cuaca Panas dari Kementerian Kesihatan Malaysia

Tips Pencegahan


Tips Pencegahan

Apa itu Strok Haba?

Cuaca Panas

Minuman isotonik yang boleh anda dapati daripada produk Shaklee Ialah PERFORMANCE..

MENCEGAH DARI CUACA PANAS

Kebaikan minuman Performance ini adalah..
  • Meningkatkan daya Ketahanan Badan - menggantikan air yang hilang dengan cepat
  • Membekal tenaga dan Daya Ketahanan Fizikal - mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh. Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride
  • Mencegah Penyahhidratan - mengurangkan kehausan, melembapkan kulit
  • Mengekalkan Paras Gula - terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah
Jaga kesihatan anda dalam cuaca sekarang. Mencegah lebih baik daripada merawat..

Keterangan lanjut mengenai produk dan juga tempahan boleh hubungi seperti yng tertera di bawah. Saya Pengedar Sah Gombak. Cash on delivery di kawasan Gombak, Bt Caves, UIA, Maju junction (KL). 

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Khasiat Teh Hijau untuk Kesihatan

Anda pernah dengar mengenai TEH HIJAU? Rasanya teh hijau ni popular di kalangan orang-orang yang nak diet ataupun kurus je. Ramai juga yang tidak menggemarinya mungkin disebabkan rasa dan juga baunya yang sedikit kuat dari teh biasa.


Teh Hijau ni berasal daripada negara China. sudah tentulah ia amat popular dikalangan orang China. Kenapa yer kita perlukan teh hijau sebagai salah satu pemakanan dalam diet seharian kita? Teh hijau memiliki kandungan nutrien yang terbaik dan bermanfaat untuk kesihatan malah juga kecantikan kita. Antara khasiat teh hijau ini ialah:

Mencegah dan melambatkan pertumbuhan KanserMenurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Selain itu, sejak 20 tahun lalu telah dilakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin dipercayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.

Memanjangkan hayat - Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah sakit jantung, strok dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal. Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya.

Menurunkan tekanan darah - Penyebab utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal adalah ACE inhibitor. Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Menurunkan berat badan - Teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan. Itulah yang menyebabkan teh hijau ini terkenal bagi golongan yang hendak kurus dan berdiet.

Mencegah penyakit gigi - Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Tindakan anti bakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.

Mencegah keracunan makanan - Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum teh hijau yang pekat untuk merawat. Teh hijau ni merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.

Kulit - Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup. Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit. Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

Kecergasan Memori- Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.


Selain itu apakah khasiat dan juga manfaat teh hijau kepada kita? 
  • Menurunkan kadar keseimbangan gula dalam darah
  • Menurunkan kadar kolesterol dalam darah
  • Anti-aging
Memang banyak khasiat teh hijau. Jadi, jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee yang mengandungi teh hijau ini, anda boleh dapatinya dalam Cinch Energy Tea Mix dan juga CoQHelath. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai dua produk ini sila klik link yang diberikan yer.

Teh Hijau
Cinch Energy Tea Mix

Teh Hijau, Green Tea
CoQHealth Plus


Untuk pertanyaan dan tempahan serta COD sekitar Gombak, Batu Caves, UIA dan sebagainya hubungi:

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Air Mani Cair?

Tentu ramai yang tertanya-tanya adakah air mani yang cair ini punca kepada ketidaksuburan seorang lelaki? Bagaimanakah yang dikatakan air mani yang 'cair' ini?

Istilah air mani ‘cair’ atau ‘pekat’ yang digunakan oleh sebahagian kita mungkin disalahertikan. Sebenarnya cair atau pekat ini merujuk kepada kandungan sperma di dalamnya bukannya keadaan fizikal atau pandangan kasar air mani itu. Bukan pula boleh dinilai disebabkan mudahnya air mani tersebut keluar dari faraj selepas hubungan intim bersama suami. Sperma pula hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop, bukannya mata kasar. Anda hanya boleh tentukan sama ada air mani ini 'cair' atau 'pekat' dengan membuat beberapa ujian dengan doktor dan juga pemeriksaan dari makmal.


Mari kita baca soalan yang dikemukan kepada Dr Zubaidi mengenai masalah ini.

“Salam doctor, saya ingin bertanya. Kami telah berkahwin selama 5 tahun dan belum mempunyai zuriat. Baru-baru ini suami saya telah melakukan pemeriksaan air mani di sebuah klinik dan doctor memberitahu air mani beliau cair. Pada hal setahun yang lalu pemeriksaan air mani beliau normal. Walau bagaimana pun saya perasan bahawa air mani suami saya mudah keluar dari faraj selepas persetubuhan. Pertanyaan saya ialah jika air mani suami saya cair, ada ubat tak bagi menyembuhkan beliau? Mohon pencerahan. Terima kasih”

Wa alaikum mus salam.

Mungkin terma yang sesuai digunakan oleh doctor itu ialah “oligozoospermia”, iaitu merujuk kepada kepekatan air mani dengan kepekatan yang rendah. Dalam bahasa mudahnya mungkin disebut sebagai air mani yang cair.

Ologosperma akan menyebabkan seorang suami akan mengalami masalah kesuburan, selalunya mengambil masa yang agak lama untuk menghamilkan isteri. 

Kecairan air mani ini bermakna suami puan mengalami bilangan sperma yang kurang berkualiti (sama ada bentuk atau pergerakannya)dalam air mani. 

Air mani yang cair bukan bermakna air mani yang mudah mengalir semula keluar dari faraj selepas hubungan seksual bersama suami.

Air mani yang cair hanya dapat didiagnosa dengan pemeriksaan air mani yang dilakukan dalam makmal.

Secara amnya diagnose “air mani yang cair” atau “oligozoospermia” haruslah adalah berdasarkan pada dua kali pemeriksaan air mani. 

Tidak adil atau tepat jika diagnose itu dilakukan hanya sekali, kerana ada kalanya ia hanya kesilapan makmal.

Secara amnya bilangan sperma yang kurang daripada 15 juta sperma dalam satu ml dianggap rendah dan mengalami kecairan.

Berikut adalah cara menentukan tahap kesuburan lelaki, berdasarkan air mani dalam satu ml.

Ringan: kepekatan sperma 10-20000000 / ml
Sederhana : kepekatan sperma 5-10000000 / ml
Teruk: kepekatan kurang daripada 5 juta sperma / ml


(Rujuk: Padubidri; Daftary (2011). Shaw's Textbook of Gynaecology,p. 204)

Jika masalah kecairan air mani di peringkat rendah, maka ia lebih mudah dirawat, berbanding dengan masalah kecairan yang teruk.

Jadi saya menasihatkan suami puan lakukan semula pemeriksaan air mani, jika meragui keputusan yang dikeluarkan dari makmal.


========================================================================

Bagi anda yang ingin berikhtiar dengan menggunakan supplemen, Vitamin Online Shop mengesyorkan menggunakan supplemen zinc bagi membantu anda mengatasi masalah ini.

Info lanjut mengenai Zinc Complex Shaklee boleh KLIK DI SINI..






Apakah Vitamin lain yang sesuai untuk kesihatan lelaki? KLIK DI SINI

Tips Meningkatkan Kesuburan Lelaki? KLIK DI SINI

TESTIMONI







SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
                                           FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
IG: vitamin_online_shop
COD: Taman Sri Gombak, Batu Caves, UIA GOMBAK, SENTUL, Maju Junction KL,
SEKITAR GOMBAK, BATU  CAVES.

Your Trusted SID
Anis 906379
019-3132413