Punca Jerawat dan Cara Mengatasi Jerawat

Jerawat adalah suatu keadaan di mana pori-pori kulit tersumbat disebabkan minyak secara amnya sehingga menimbulkan kantung nanah yang meradang. Jerawat adalah penyakit kulit yang dihadapi oleh ramai orang. Kligmann, seorang peneliti masalah jerawat ternama di dunia berpendapat,"Tak ada satu orang pun di dunia yang melewati masa hidupnya tanpa sebuah jerawat di kulitnya." Kemungkinan penyebabnya adalah perubahan hormon yang merangsang kelenjar minyak di kulit. Perubahan hormon yang lain yang menjadi punca jerawat juga adalah ketika menstruasi,kehamilan, penggunaan pil-pil dan juga stres.

Kenapa Masalah Jerawat saya Semakin Menjadi-jadi dan Tidak Surut? Banyak faktor kemungkinan Jerawat anda semakin merebak. Jom kita tengok satu-satu apakah puncanya..
  1. Kurang Minum Air - Air merupakan elemen yang penting dalam badan kita. Air membantu dalam penyingkiran sisa-sisa toksin di dalam badan kita. Jika kita kekurangan air, sisa toksin ini tidak dapat dikeluarkan melalui perkumuhan, jadinya ia akan timbul di kulit kita sebagai jerawat. Tips untuk menjaga kecantikan kulit anda ialah pengambilan air yang mencukupi. Air memang sangat penting. Anda perlu minum sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari.
  2. Alahan Makanan - Ada di kalangan kita yang mengalami alhan kepada makanan seperti seafood dan juga makanan pedas dan juga berminyak. Alahan-alahan ini akan menyebabkan berlakunya jerawat. Jadi, anda perlu mengurangkan makan makanan tersebut atau anda boleh mencari alternatif dengan mengambil supplemen yang dapat mengurangkan alahan anda.
  3. Masalah Sembelit - Masalah sembelit akan menyebabkan sisa toksin berkumpul lebih lama di dalam badan anda dan akan menyebabkan peredaran darah tidak lancar. Toksin ini akan tersekat dan akan dikeluarkan di wajah. Jadi, jika anda mengalami masalah sembelit, anda perlu mencari alternatif supaya masalah sembelit ini dapat diatasi kerana lebih lama sisa toksin ini tersimpan lebih lama jugalah jerawat anda tidak akan pulih.
  4. Tidur - Tidur yang tidak mencukupi juga akan menyebabkan jerawat mula tumbuh. Pastikan anda tidur dan mendapat rehat yang secukupnya sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari.
  5. Suka Memicit Jerawat - Anda perlu menghentikan tabiat memicit jerawat menggunakn kuku atau jari. Memicit jerawat ini akan menyebabkan bakteria merebak ke kawasan lain dan juga akan menimbulkan kesan parut hitam di kulit.
  6. Hormon - Masalah hormon yang tidak seimbang punca kepada masalah berlakunya jerawat juga. Ini adalah kerana kelenjar sabaceous mengeluarkan banyak sebum dan mengakibatkan liang roma anda menjadi tersumbat.
  7. Toksin Pada Hati - Jika masalah jerawat anda sukar untuk sembuh bermakna darah anda kotor yang berpunca daripada hati yang bertoksin. Untuk kaedah ini, anda perlu mengambil supplemen untuk membersihkan hati anda dari sisa toksin.
  8. Stress - Stress adalah salah satu punca jerawat senang tumbuh di kulit anda. Anda perlu mengawal stress anda untuk mengelakkan tumbuhnya jerawat.
  9. Produk Penjagaan Muka yang Tidak Sesuai - Anda perlu memilih produk penjagaan muka yang sesuai untuk kulit anda. Produk penjagaan muka yang mengandungi banyak bahan kimia boleh menyebabkan muka anda berjerawat dan juga selalu bertukar-tukar produk juga boleh menjadi punca kepada masalah jerawat ini.
  10. Mengabaikan Penjagaan Muka - Mengabaikan penjagaan muka seperti tidak mencuci muka selepas bersolek dan tidak memakai toner dan juga pelembap juga boleh menjadi punca kepada masalah jerawat juga.
Senarai di atas adalah antara punca tumbuhnya jerawat di muka anda. Anda perlu tahu yang mana satukah punca sebenar jerawat anda tidak pernah hilang. Ambillah supplemen yang bersesuaian juga untuk menjaga kecantikan kulit anda bagi menaikkan keyakinan diri anda untuk berhadapan dengan orang ramai.

Antara supplemen / vitamin yang boleh saya syorkan untuk mengatasi masalah jerawat anda ialah:-

Vitalea - Dapat menstabilkan metabolisma gula untuk mencegah dari tumbuhnya jerawat
Vitamin C - Untuk pembinaan kolagen
B-Complex - Kekurangan Vitamin B6 adalah punca kepada masalah jerawat. BComplex juga dapat mengatasi masalah stress
GLA - Memulihkan kulit yang rosak
Vitamin E - Menghilangkan parut
Zinc - Menyembuhkan luka jerawat dan juga meningkat imunisasi
Garlic - Sebagai antibiotik bagi mereka yang mengalami masalah jerawat yang agak teruk

Perlu ke saya ambil kesemuanya? Taklah..anda boleh menghubungi saya dan saya akan memberikan cadangan vitamin yang sesuai untuk masalah jerawat anda.

Tingkatkan Keyakinan Diri dengan BEBAS Dari Masalah Jerawat.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
                                           FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
IG: vitamin_online_shop
COD: Taman Sri Gombak, Batu Caves, UIA GOMBAK, SENTUL, Maju Junction KL,
SEKITAR GOMBAK, BATU  CAVES.

Your Trusted SID
Anis 906379
019-3132413

Penawar Batuk dan Sakit Tekak

Musim yang tak menentu kat negara kita sekarang banyak mendedahkan kita kepada pelbagai jenis penyakit seperti demam, selsema dantidak kurang juga batuk. Batuk ni boleh terjadi disebabkan kita mengalami demam dan selsema dan ada juga yang mengalaminya disebabkan bermula dengan sakit tekak sahaja disebabkan cuaca yang terlampau panas. 
Batuk akan menjadi berlarutan sekiranya kita tidak merawatnya dengan segera dan juga akan mendatangkan kemudaratan bagi sesetengah orang kerana boleh menyebabkan jangkitan virus dalam badan jika tidak diatasi dari awal dan dengan segera.

Antara Petua yang saya tahu untuk merawat dan mengatasi batuk dan sakit tekak hasil dari petua orang tua-tua dan carian di google ialah:
  1. Kicap + Limau Kasturi - Perah limau nipis di atas sudu kemudian titiskan sahaja beberapa titik kicap ke atasnya dan minum
  2. Madu + Lemon - Perah separuh lemon ke dalam gelas kemudian dicampur dengan 1 sudu madu
  3. Madu + Lemon + Halia - Lemon dan halia dihiris nipis. Letakkan dalam balang dan dicampurkan dengan madu. Biarkan dalam peti ais dahulu sebelum meminumnya.
  4. Madu - 1 sudu madu dibancuh dengan air suam
  5. Timun - Boleh dibuat jus atau dimakan begitu sahaja

Selain itu penawar untuk batuk dan sakit tekak ni ialah dengan memakan vitamin / supplemen vitamin c. Vitamin C ni merupakan antioksidan dan juga dapat meningkatkan sistem imun badan kita. Vitamin C juga boleh mengurangkan gejala seperti selsema, flu dan juga demam.

VITAMIN C

Jika batuk anda berterusan juga tanpa henti, saya cadangkan anda mengambil supplemen Nutriferon untuk menghalang daripada jangkitan virus dan juga supplemen Garlic. Garlic / Bawang putih sememangnya terkenal sebagai antibiotik semulajadi yang sangat berkesan.

VITAMIN UNTUK BATUK

Jadi, jangan biarkan diri anda terseksa dengan gejala batuk yang tak sudah tu. Carilah alternatif untuk merawatnya sebelum ianya menjadi lebih parah dan melarat kepada gejala yang lain pula. 

Untuk pertanyaan mengenai produk dan juga tempahan, hubungi:

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Kenapa Anda Perlu Pilih Shaklee? Q&A Produk Shaklee

Lambakan supplemen yang berada di pasaran sekarang menyukarkan anda untuk membuat pilihan. Ada yang dijual di kedai-kedai jamu, farmasi dan tidak kuranf\g juga dari pasaran network marketing dan juga jualan lansung.

Tetapi supplemen yang mana yang harus anda dan saya pilih?  Supplemen mana yang patut anda dan saya pilih yang tidak akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan dan supplemen mana yang anda dan saya harus pilih yang betul-betul SELAMAT, SEMULAJADI dan juga BERKESAN?

Antara sebab kenapa saya dan anda perlu pilih Shaklee dan Keistimewaan Shaklee:

Sentiasa SELAMAT
  • Lebih 83 000 ujian kualiti setiap tahun
  • Menjalankan lebih 350 ujian ke atas bahan-bahan botani yang baru
  • Jaminan dan kesucian
  • 100% kepuasan dijamin 
Sentiasa BERKESAN
  • Sebanyak USD 300 juta dilaburkan dalam R&D
  • 100 Kajian Klinikal diterbitkan
  • 55 paten
  • 54 pingat emas olimpik yang dimenangi oleh atlet yang mengguna produk Shaklee
  • Landmark study
Sentiasa MESRA ALAM
  • Tiada Perisa Tiruan
  • Tiada Pemanis Tiruan
  • Tiada Ujian Atas Haiwan
  • Tiada Bahan Kimia
  • Pembungkusan adalah bebas bisphenol-A, phthalates dan dakwat toksid
50th Anniversary Landmark Studies menunjukkan pengguna supplement Shaklee dalam jangka masa panjang memiliki kesihatan yang lebih baik dari mereka yang hanya mengambil multivitamin dan yang tidak mengambil supplement sama sekali.

Q&A Shaklee & Kenapa Anda Perlu Pilih Shaklee?

Apa itu Shaklee?
Shaklee merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan supplemen Semulajadi dan mesra alam untuk kesihatan atas label Shaklee. KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut mengenai Shaklee.

Adakah Shaklee HALAL?
Ya, semestinya Shaklee telah mendapat peiktirafan HALAL JAKIM dari badan yang dilantik JAKIM iaitu ISA..Info Lanjut KLIK DI SINI.

Mahal ke Produk Shaklee ni?
Tak lah semahal mana pun Produk Shaklee ni sebenarnya. Lagipun benda yang SEMULAJADI dan Organik memanglah Harganya lebih sedikit berbanding yang sintetik tetapi harga produk Shaklee masih di tahap mampu milik.

Berapa lama penggunaan sebotol Produk Shaklee ni?
Bergantung kepada jenis vitamin tersebut. Contohnya B Complex. Harga B Complex adalah RM53.75 dan mempunyai 120 biji. Penggunaan untuk 4 bulan. Jika dikira anda hanya membelanjakan RM13.44 sahaja sebulan. Murahkan?

Adakah Produk Shaklee mempunyai Kesan Sampingan?
Produk Shaklee tidak mempunyai kesan sampingan pada anda untuk jangka masa panjang dan juga pendek. Cumanya produk Shaklee ni akan ada Healing Crisis bagi sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan dan juga mengandungi toksid yang banyak di dalam badan. Tetapi ia bukan kesan sampingan yer..Healing crisis ini akan beransur hilang setelah sel-sel dalaman kita yang rosak dibaiki semula dan tumbuh yang baru.

Adakah Shaklee mempunyai Kelulusan KKM
Ya, sudah tentunya Shaklee mempunyai kelulusan KKM. Ada dinyatakan no KKM di setiap label produk shaklee.

Adakah Produk Shaklee sesuai untuk semua golongan?
Ya, produk shaklee sesuai untuk semua peringkat golongan dari seawal 1 tahun. Bagi yang mengalami penyakit seperti Thalasemia, SLE dan sebagainya anda perlu memberitahu pengedar anda tentang masalah kesihatan anda kerana tidak semua vitamin / supplemen shaklee yang sesuai untuk anda.

Apa lagi produk shaklee yang ditawarkan?
Shaklee bukan sahaja mempunyai supplemen bahkan mempunyai produk penjagaan muka luaran dan juga pembersih rumah serta penapis air



Anda perlukan supplemen shaklee? Saya adalah pengedar shaklee kawasan gombak dan sekitarnya dan juga penghantaran melalui pos juga boleh dilakukan..Hubungi saya untuk pertanyaan dan pembelian produk..

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Kenapa Kita Perlukan Vitamin C

Banyak kajian yang dibuat ke atas Vitamin C untuk merawat dan mencegah  pelbagai masalah kesihatan berbanding vitamin yang lain

Berdasarkan kajian, Vitamin c merupakan antioksidan utama yang boleh menyelamatkan tubuh kita daripada radikal bebas. Vitamin C juga dapat meningkatkan imuniti tubuh badan kita dan sangat diperlukan untuk kecantikan kulit dan juga gusi yang sihat dan sebagainya. Ia juga penting untuk menjaga vitamin2 seperti vitamin B, A dan E.

Mamalia selain manusia mempunyai enzim dalam hati mereka yang boleh menukarkan glukos kepada vitamin C. Tetapi manusia tidak mempunyai keupayaan tersebut.

Kenapa Kita Perlukan Vitamin C?
Untuk fungsi asas tubuh dan juga melindungi dari masalah kekurangan Vitamin C
Menguatkan system imuniti tubuh dan juga meneutralkan radikal bebas dalam badan
Vitamin C merupakan vitamin larut air, jadi kita memerlukannya dalam kadar mencukupi setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksid kepada tubuh kita

Apakah sumber Vitamin C yang terbaik?
Buah Oren merupakan sumber Vitamin C yang terbaik. Tetapi bagi memastikan kandungan vitamin c yang kita ambil dari buah oren tersebut tidak hilang, kita perlukan buah yang segar dan juga baru dipetik. Semakin lama proses untuk kita nak dapatkan buah oren tersebut, semakin berkurang kandungan vitamin c di dalamnya.

Antara Kebaikan Vitamin C (Kredit to Mummy Lyna)

  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
Nak dapatkan Vitamin C yang Selamat dan Semulajadi? Hubungi saya untuk dapatkan Vitamin C Shaklee yang telah menjalani ujian klinikal dan juga mempunyai formula sustained released di dalamnya. Nak tahu apa itu Suatained Released? Boleh KLIKDI SINI yer..

Untuk keterangan lanjut mengenai produk dan juga pembelian, hubungi:

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Vitalea Shaklee Multivitamin & Multimineral TERBAIK

Tahukah Anda Multivitamin dan Multimineral yang PERTAMA dicipta di dunia adalah pada tahun 1915 iaitu Vitalea Shaklee yang pada masa itu dikenali sebagai 'Vitalized Minerals' yang dicipta oleh Dr. Forrest C. Shaklee. Kemudian perkataan itu diasingkan kepada sebutan 'Vita-Min'. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.

Multivitamin Pertama pada 1915

Antara Fakta yang perlu anda tahu mengenai Vitalea shaklee adalah:

  • Setiap tablet mengandungi Vitalea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayura-sayuran dan juga buah-buahan, 12 vitamin dan 7 mineral yang penting untuk badan.
  • Tablet Vita-Lea disaluti dengan serbuk nutrisi iaitu spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-Tab".
  • Vitalea merupakan tablet multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.
  • Mineral yang terkandung dalam Vita-Lea mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
  • Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. 
  • Vitalea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Antara Manfaat Utama dan juga Kebaikan Vitalea adalah:
  • Penambahan Tenaga Segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
  • Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tyroid.
  • Melindungi Organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
Untuk mengetahui Fakta Nutrisi Vitalea KLIK DI SINI

Produk Kombinasi Untuk Kesihatan Optimum dengan Vitalea KLIK DI SINI

Perlukah Vitamin Untuk Kesihatan? KLIK DI SINI



Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Tambah Berat Badan Dengan Shaklee

Makan banyak tapi tetap kurus? Kalau secara teorinya makan banyak badan akan bertambah berat. Mungkinkah ada masalah kesihatan disebaliknya? Tahukah anda kurangnya berat badan ini adalah berpunca daripada beberapa faktor. Faktor tersebut mungkin daripada faktor genatik ataupun kurangnya nutrisi dalam badan.
TAMBAH BERAT BADAN DENGAN SHAKLEE

Kurus sangat pun tak cantik kan? Tidak gemuk dan tidak kurus adalah berat yang idea dan menjadi idaman semua di samping kesihatan yang baik. Bagaimana cara untuk anda tambah berat badan? Anda perlu tahu kriteria-kriteria berikut:

Protein
Protein adalah satu mineral yang bagus untuk anda menambahkan berat badan. Protein digunakan untuk membentuk otot dan juga struktur organ dalaman yang lain dan juga menjaga sistem imun tubuh. Jika dalam makanan anda perlu cari daging yang segar bagi menjamin protein yang ada di dalamnya tidak berkurangan.

Karbohidrat
Karbohidrat merupakan sumber tenaga bagi kita. Pengambilan karbohidrat juga boleh membantu anda untuk tambah berat badan. Lebihkan pengambilan makanan yang mengandungi unsur tersebut.

Mineral
Tubuh memerlukan beberapa jenis mineral penting seperti zat besi, kalsium, fosfor, iodin natrium, kalium untuk membantu menjaga kepadatan tulang dan gigi serta membentuk hemoglobin yang ada pada darah dan mengatur kelancaran kerja pada otot.

Lemak
Lemak juga memainkan peranan yang penting dalam menjaga fungsi saraf, kulit dan juga kesihatan rambut. Lemak yang baik adalah lemak yang mengandungi omega 3 dan juga omega 6.

Air
Minuman yang mengandungi kafein dan juga minuman karbohidrat tidak bagus untuk kesihatan anda. Banyakkan mengambil air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Pengambilan air yang mencukupi dapat membantu tubuh anda menyingkirkan toksin dalam badan.

Bersenam
Tidak kira anda gemuk atau kurus. Bersenam adalah bagus untuk kesihatan anda bagi menjaga fungsi organ dalaman agar kekal sihat.

Dengan mengikuti tips-tips berikut anda boleh mengatasi masalah untuk tambah berat badan anda. Apa yang Shaklee tawarkan untuk anda mendapat berat badan idaman anda?

Vitalea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan juga mineral penting yang diperlukan oleh badan. Pengambilan setiap hari mampu membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik, mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu, mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi, Biotin dan asid pantotenik membantu untuk memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh.



BComplex merupakan keperluan asas untuk dalam diet yang sihat. Vitamin B Complex Shaklee mengandungi 8 jenis vitamin Blengkap yang membantu dalam menjaga kesihatan. Kandungan Vitamin B12 dalamya membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah. Vitamin B Complex ini juga mempunyai kebaikan sebagai anti stress.



Meal Shakes adalah sumber protein yang bagus untuk tubuh anda di samping mengandungi vitamin dan juga mineral tambahan. Meal shakes menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan untuk tumbesaran dan juga perlindungan. Asid amino tersebut merangkumi asid amino perlu dan juga tidak perlu.



Apa yang penting dalam anda berusaha untuk menambahkan berat badan adalah mengetahui keperluan kalori tubuh anda dan lebihkan kalori untuk penambahan berat badan yang lebih efisyen. Bukan hanya semata-mata makan banyak sahaja tetapi anda perlu pastikan makanan yang anda ambil memenuhi semua nutrien yang diperlukan oleh badan agar seimbang. Bukan kauntiti makanan yang diperlukan tetapi kualiti makanan yang perlu diutamakan. Tambah Berat Badan secara sihat memerlukan masa dan secara perlahan-lahan dan konsisten. InsyaAllah anda pasti berjaya..

Testimoni tambah berat badan dengan produk Shaklee. Antara mereka yang telah BERJAYA..

Testimoni Puan Enny

Enny mula ambil set ni pertengahan bulan Ogos..dan alhamdulillah kini ( 29 September) berat Enny dah pun naik 3.5kg. 

Sebelum ni, sememmangnya Enny kuat makan. Drpd zaman anak dara lagi, tapi tang nak naik berat badan memang tersangatlah payahnye.

Ni pulak, Enny duduk di tgkat 3 ..fully BF anak..so, memang mendadak la berat badan turun mase puasa aritu. Bila keletihan bekerja menguasai, Enny jadi mudah stress.

Alhamdulillah, sejak amalkan supplemen ni, Enny kini lebih bertenaga dan relax. Mampu turun naik tangga setiap hari sambil sekaligus dukung baby yg pd ketika ni almost 9kg didepan (babywear dgn SSC), beg laptop dibelakang dgn buku2..beg utk hantar susu dgn mknan anak, beg utk mengepam dan lain2 barang. Alhamdulillah..kini Enny sihat dan cergas serta ceria.

Sekarang ni, misi tambah berat badan diteruskan....



Gaint Weight



Jika anda membuat pembelian dari Vitamin Online Shop, anda akan diberikan panduan bagaimana untuk mengambil vitamin tersebut juga panduan makan untuk menaikkan berat badan. Konsultasi ini diberikan secara PERCUMA, EKSKLUSIF kepada pelanggan yang membeli dengan saya SAHAJA.

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Apa Itu Benzoyl Peroksida

Ada yang pernah dengar perkataan Benzoyl Peroksida ni ada yang tak pernah dengar. Tahukan anda bahawasanya Benzoyl Peroksida ini digunakan untuk meutihkan tepung. Haaa mesti tak tahu kan? Pegi check tepung gandum yang anda beli. Syarikat yang menggunakan bahan ini wajib mengishtiharkannya pada produk mereka. Cuma tanggungjawap kita sekarang untuk belek dan juga sama anda nak beli atau tidak..

Menggunakan bahan  Benzoyl Peroksida ni dalam jangka masa yang lama boleh menjejaskan kesihatan anda.

Apa itu Benzoyl Peroksida? Saya ambil dr sumber DI SINI..

  • sejenis bahan peluntur/pemutih dan agen pembasmi kuman yang terdapat dalam bahan pencuci am.
  • juga bahan utama dalam merawat jerawat (acne) – bunuh kuman penyebab jerawat.
  • secara kimia, terdiri dari 2 kumpulan benzoyl yang disatukan dengan ikatan peroksida.
  • digunakan ketika pemprosen tepung (terutamanya tepung gandum) kerana ia mempercepatkan proses penyingkiran gluten dari biji gandum.
  • kajian pada tahun 1977 – 76% subjek yang diuji mendapat sensitif (sensitized) terhadap benzoyl perokside (Leyden and Kligman).
  • kajian pada tahun 1981 menyimpulkan potensi kesan carcinogenic (agen kanser) oleh benzoyl peroxide, dan menasihatkan agar penggunaannya haruslah dikawal (Slaga et al.)
Dalam pemakanan kita seharian, kita perlulah mengambil berat juga apa makanan yang kita makan dan adakah ia baik untuk kesihatan kita terutama dalam jangka masa yang panjang. Pilihlah makanan yang 'sihat' dan elakkan makanan yang mengandungi bahan kimia yang akan menjejaskan kesihatan kita dalam tempoh masa yang panjang. Anda yang menentukannya..

Performance Shaklee (Pure Hydration Drink)

Apa itu Performance (Pure Hydration Drink) ni yer? Performance Shaklee ni adalah minuman untuk kecergasan badan bagi mencegah penyahidratan badan. 

Siapa yang perlukan Performance Drink Shaklee?
  1. Atlet sukan atau mereka yang aktif bersukan
  2. Orang yang mengalami masalah gout kerana golongan ini memerlukan air yang banyak di dalam badan
  3. Mereka yang Berpuasa
  4. Ibu-ibu yang menyusukan anak.
  5. Mereka yang banyak bekerja di tengah panas
  6. Untuk para jemaah Haji dan Umrah
  7. Mereka yang selalu keletihan
  8. Alternatif kepada mereka yang mengidap demam denggi
  9. Bagi mereka yang sebelum dan selepas pembedahan
  10. Mengalami cirit birit
Jom kita tengok sejarah Performance Drink ni..

Pertama kali dihasilkan pada 1980-an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (human-powered flight programme). Performance merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika syarikat. Melalui perkasaan produk Performance dari Shaklee, penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang terjauh iaitu 72 batu dan rekod ini masih bertahan hingga kini.

Performance ini juga telah direka khusus untuk para angkasawan NASA, Amerika Syarikat. Para atlet bertaraf antarabangsa dan pengembara terkemuka memilih Performance sebagai pilihan utama mereka. Kerana, minuman ini telah banyak membantu mereka dalam mencipta rekod dunia baik dalam dunia sukan mahupun aktiviti pengembaraan.

Ujian klinikal membuktikan rumusan eksklusif OptiCarb yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi bendalir dalam tubuh. Berbanding dengan minuman sukan yang lain, Performance mempunyai lebih 67% otot glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan tenaga dari 3 jenis karbohidrat dengan segera.

PERFORMANCE SPORT DRINK

Apakah Kebaikan Performance Drink ni??

Meningkatkan Daya Ketahanan Badan - Memberikan tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal, meningkatkan daya tahan otot dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederakan tubuh.

Membekal Tenaga & Daya Ketahanan Fizikal - Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh. Ia mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride. Produk ini turut dirumus eksklusif untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetapkan kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian.

Mencegah Penyahhidratan - Mengurangkan kehausan, mencegah penyahhidratan, melembabkan kulit dan kelihatan muda.

Mengekalkan Paras Gula - Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula darah yang penting bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot..



Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Penawar Demam Denggi

Minggu lepas sejarah dalam family adik saya terkena demam denggi. Mula-mula ingatkan demam biasa. Hampir seminggu juga dia demam tapi biasalah lelaki susahlah nak ke klinik ni. Akhirnya, dia akur juga ke hospital kerana mengalami sakit kepala sehingga katanya tak boleh nak tidur. Check darah platlet darahnya telah turun ke paras 100. Dia dibenarkan pulang malam tu tapi keesokan pagi perlu check semula. Apa lagi esok paginya teruslah kena warded sebab platlet dah turun sampai 90.
Kami adik beradik teruslah mencari apakah penawar demam denggi ni. Yerlah doktor pun kata setakat ni tak ada lagi penawar untuk demam denggi ni. Diaorang hanya masukkan air dan suruh minum air banyak-banyak je. Cari dan cari kami jumpa tentang Sup Ketam boleh menjadi penawar bagi demam denggi. Apa lagi carilah ketam untuk dibuat sup.
Selain tu saya bagi adik saya makan Nutriferon Shaklee dan juga Performance Drink. Kenapa saya bagi 2 supplemen tersebut? Sebagai ikhtiar untuk mencari penawar demam denggi adik saya ni. Nutriferon ni terkenal sebagai interferon semulajadi. Interferon ni mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan system imun badan dan juga melindungi daripada virus, mikrob dan sebagainya. Denggi kan sejenis virus, jadi apa salahnya ikhtiar dengan Nutriferon ni. Kemudian Performance Drink ni pula adalah minuman untuk meningkatkan daya ketahanan badan. Ia mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh dan juga mencegah penyahhidratan. Maklumlah orang yang kena demam denggi ni kan memerlukan air yang banyak. Kalau nak minum air 100 plus banyak-banyak tak elok juga untuk perut sebab bergas dan bila kita minum banyak-banyak akan rasa kesan tak best kat lidah..kan?kan?kan?..Dahlah masa tu tak lalu nak makan. Takut kena gastrik pula.. Jadi, Performance Drink ni adalah alternatifnya.
Nak tahu lebih lanjut mengenai Nutriferon dan Performance Drink? Boleh Klik di link yer..
Alhamdulillah, adik saya hanya ditahan di wad cuma 3 hari 2 malam sahaja. Cuma sekarang ni saya minta dia teruskan makan 2 supplemen tersebut untuk memastikan badan dia betul-betul pulih dan sihat kerana jika kita pernah terkena demam denggi risiko untuk penyakit ini berulang lagi ada. Jadi, buat pencegahan awal.


Panjang lebar saya bercerita ni. Nak juga tahu kan serba sedikit mengenai denggi ni kan..Jom kita tengok untuk pengetahuan bersama.
Apa itu Demam Denggi?
RAWATAN DEMAM DENGGIDemam denggi ialah sejenis penyakit bawaan nyamuk yang menjadi masalah utama kesihatan awam antarabangsa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Jenis demam denggi yang lebih merbahaya ialah demam denggi berdarah. Ia merupakan punca utama kematian kanak-kanak di kebanyakan negara hari ini. Demam denggi dibawa oleh nyamuk Aedes kepada manusia melalui gigitannya.
Bagaimanakah penyakit ini merebak?
Demam denggi didapati berlaku di kawasan bandar dan sekitarnya di negara-negara rantau tropika. Sesiapa sahaja yang digigit nyamuk yang membawa kuman virus denggi menghadapi risiko yang lebih tinggi mendapat denggi. Demam denggi menyerupai demam selsema dan ciri klinikalnya berbeza-beza mengikut umur pesakit.
Pemindahan penyakit:
·      Virus denggi dipindahkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.
·      Nyamuk berupaya menyebarkan penyakit berkenaan dalam jangka masa 8 - 12 hari selepas menghisap darah
     manusia (perumah).
·        Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus tersebut ke generasi seterusnya melalui pemindahan transovarial (melalui ovari).
·        Manusia masih merupakan perumah gandaan utama bagi virus denggi walaupun terdapat kajian menunjukkan di beberapa bahagian tertentu di dunia, monyet boleh dijangkiti dan menjadi sumber virus bagi nyamuk yang belum dijangkiti.
·    Virus denggi dari perumah pertama (mangsa pertama) hanya dapat menjangkiti/dipindahkan ke perumah kedua 18 jam sebelum suhu badan meningkat dan sekurang-kurangnya 3 hari selepas timbulnya gejala penyakit.
Bagaimanakah terjadinya demam denggi?
Vektor demam denggi adalah nyamuk Aedes betina.
Nyamuk yang telah dijangkiti membawa virus denggi di dalam badannya. Virus ini kemudiannya dipindahkan kepada manusia semasa proses menghisap darah. Sebaik sahaja seseorang itu digigit, virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darahnya, maka bermulalah penyakit ini.
Apakah penyebab demam denggi?
Penyakit demam denggi berpunca dari 4 jenis virus denggi yang dipindahkan kepada manusia melalui nyamuk Aedes yang telah dijangkiti.
Pada asasnya terdapat 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4. Semua nyamuk Aedes berupaya bertindak sebagai vektor virus denggi sebelum memindahkannya kepada manusia. Walau bagaimanapun, vektor utama virus ini ialah nyamuk Aedes Aegypti. Vektor lain adalah seperti nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan vektor virus denggi di kawasan bandar.
Apakah faktor yang meningkatkan risiko denggi?
Pada asasnya, mereka yang tinggal di kawasan endemik denggi dan terdedah kepada nyamuk Aedes menghadapi risiko dijangkiti demam ini.
Kumpulan yang berisiko tinggi mendapat penyakit denggi ialah:
·         Penduduk dan pelawat kawasan endemik denggi.
·      Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah. Penyakit ini menjadi lebih teruk dan sering membawa kematian kepada kumpulan ini.
Apakah gejala denggi?
Demam denggi ialah sejenis penyakit arboviral yang kompleks merangkumi demam denggi, demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi.
Demam Denggi
·         Ciri-ciri klinikal demam denggi berubah-ubah mengikut umur pesakit:
·    Bayi dan kanak-kanak mungkin mengalami demam yang sukar dibeza-bezakan beserta dengan kemunculan ruam.
·         Orang dewasa dan kanak-kanak yang lebih tua mungkin mengalami sama ada sindrom demam yang tidak serius ataupun demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, ruam dan sakit di belakang mata, otot dan sendi.
·         Pendarahan kulit adalah fenomena lazim.
·         Kadar kematian amat rendah.
·         Penyakit ini lazimnya bermula dengan peningkatan suhu badan yang mendadak, diikuti gejala-gejala lain yang tidak khusus seperti merah muka dan lain-lain gejala demam denggi yang tidak spesifik.
·     Rasa tidak selesa di bahagian ulu hati (epigastrik), sensitif di bahagian rusuk kanan dan sakit di bahagian abdomen merupakan fenomena biasa demam denggi berdarah.
·        Demam selalunya berterusan selama 2-7 hari dan suhu badan boleh meningkat setinggi 40-41oC dan mungkin diikuti dengan kekejangan dan pendarahan.
·     Dalam kes-kes yang sederhana teruk, selalunya semua tanda dan gejala penyakit hilang selepas demam sembuh.
·   Pesakit biasanya sembuh secara spontan atau selepas diberi terapi cecair dan elektrolit (ion berasingan seperti natrium, klorida, potasium, bikarbonat dan lain-lain)
Sindrom Renjatan Denggi
Bagi kes-kes yang serius, keadaan pesakit merosot dengan mendadak selepas demam beberapa hari. Tanda-tanda kegagalan peredaran darah dapat dilihat:
Kulit pesakit menjadi dingin, lebam dan padat dengan darah terkumpul, sianosis sirkumoral (circumoral cyanosis) dan pesakit merasa tidak selesa. Seterusnya, melarat ke tahap renjatan yang kritikal.
Renjatan dicirikan oleh denyutan nadi yang lemah dan cepat, tekanan darah rendah (hipotensi)(keadaan ini menurun secara tidak normal), kulit menjadi dingin serta lembap dan terasa tidak selesa. Pesakit yang mengalami renjatan adalah dalam keadaan bahaya dan boleh mengancam nyawa jika rawatan bersesuaian tidak diberikan segera. Jangka masa renjatan adalah pendek. Pesakit mungkin meninggal dunia dalam tempoh 12 - 24 jam atau sembuh dengan cepat selepas diberi terapi antirenjatan.
Apakah komplikasi yang mungkin timbul?
Komplikasi demam denggi ialah :
  • ·         Demam Denggi Berdarah.
  • ·         Sindrom Renjatan Denggi.

Apakah ujian-ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyakit ini?
Pemeriksaan darah digunakan untuk membantu dalam diagnosis demam denggi. Kiraan sel platlet yang rendah (trombositopenia) dan kepekatan hematokrit (hemokonsentrasi) yang tinggi lazimnya dikesan
Ujian serologi menawarkan kaedah yang paling cepat dan ringkas untuk mengesahkan diagnosis klinikal demam denggi. Pengasingan virus merupakan kaedah diagnosis yang paling boleh dipercayai.
Apakah rawatan yang diberi untuk demam denggi?
Tiada rawatan khusus untuk demam denggi.
Dalam kes demam denggi dengan atau tanpa renjatan, cecair yang diberi secara oral sudah memadai untuk menggantikan kehilangan cecair badan akibat demam kuat, anoreksia dan muntah-muntah.
Ubat antipiretik mungkin boleh digunakan untuk meredakan demam. Walau bagaimanapun, salisilat (sebatian yang mengandungi analgesik untuk melegakan kesakitan, antipyresis - mengurangkan demam dengan menurunkan suhu badan dan aktiviti anti keradangan seperti aspirin) perlu dielakkan kerana ia diketahui boleh menyebabkan pendarahan. Pesakit perlu diawasi dengan rapi bagi mengesan tanda-tanda awal renjatan.
Untuk pesakit-pesakit sindrom renjatan denggi, penggantian awal dan segera plasma yang hilang dengan plasma, penambah plasma dan/atau larutan elektrolit dan cecair akan menghasilkan kesan yang menggalakkan.
Rawatan bukan farmakologi
Rawatan termasuk:
  • ·         Meningkatkan pengambilan cecair.
  • ·         Meningkatkan bekalan oksigen.

Pesakit demam denggi perlu berehat dan minum lebih banyak air untuk segera sembuh. Pesakit yang mengalami renjatan ketika demam perlu diberi cecair secara intravena (melalui salur darah vena). Oksigen juga perlu diberikan. Untuk pesakit demam denggi berdarah, penggantian cecair badan yang hilang mungkin mampu menyelamatkan nyawanya. Bagi sesetengah kes, pemindahan darah perlu dilakukan bagi mengawal pendarahan.
Rawatan farmakologi
Tiada ubat khusus bagi merawat demam denggi. Rawatan adalah untuk menghilangkan gejala yang timbul.
Bagaimana cara untuk mencegah denggi?
Berikut adalah langkah-langkah pencegahan utama:
  • ·         Perlindungan dari gigitan nyamuk.
  • ·         Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
  • ·         Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
  • ·         Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.
Info daripada :Unit Vektor, JKNPK

Mari kita dengar penerangan Nutritionist Shaklee mengenai demam denggi ini dan produk Shaklee yang dapat membantu anda mengatasi demam denggi ini.

 


Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad