Vitamin Shaklee TIADA SILICA GEL??

Betul..Vitamin Shaklee TIADA SILICA GEL..Itulah salah satu yang membezakan Shaklee dengan supplemen-supplemen yang lain yang berada dalam pasaran.

Bagi vitamin/supplement, fungsi silica gel adalah bagi mengelakkan pil tersebut dari dirosakkan oleh wap air yang mungkin terperangkap di dalam botol. Silica gel adalah sejenis ‘desiccant’ iaitu ia berfungsi untuk*"menyerap lembapan"*.

Sebab itulah ia berada dalam kotak2 kasut kulit bagi "mengelakkan pertumbuhan kulat". Dalam kotak barang elektrik, silica gel diletakkan juga untuk menghalang lembapan merosakkan alatan tersebut.

"Apa keistimewaan Shaklee? Shaklee dihasilkan dari bahan2 semulajadi, yang menjadikan ia sebagai vitamin natural yang tidak memberi kesan songsang pada tubuh. Satu perbezaan yang paling senang dilihat ialah ketiadaan bijian silica di dalam peket Shaklee, berbanding vitamin lain yang mengandungi silica untuk menyerap lembapan. Kenapa? Kerana bila vitamin-vitamin ini bertindakbalas dengan wap air (lembapan), ia akan berubah menjadi substance yang lain.

Buktinya, cuba eksprimen ini sendiri di rumah dengan meletakkan sebiji pil vitamin yang anda beli dari farmasi dan juga sebiji vitamin Shaklee di atas meja selama beberapa hari. Kemudian perhatikan perubahan kedua2 vitamin itu. Vitamin Shaklee masih mengekalkan keadaan asal (kecuali B-complex akan berbau sedikit tengik jika dibiarkan dalam suhu sederhana) sedangkan vitamin yang satu lagi akan bertukar hitam! Anda boleh cuba yer!!!

Anda juga boleh mengambil Vita Lea, hancurkan dan letakkan dalam mangkuk berisi air dan seikat sayur yang sudah hampir layu. Buat benda yang sama pada multivitamin dari farmasi. Anda akan dapat lihat sayur dalam larutan Vita Lea akan bertambah segar sedangkan sayur dalam bekas satu lagi bertambah layu.

APA YG TIDAK BOLEH ADA DLM PRODUK YANG SELAMAT?

PEWARNA

Artificial colours, mengapa perlu ada pewarna? Apa yang cuba disembunyikan melalui pewarna?
 
PERASA

Artificial flavors, ianya menjimatkan kos penghasilan vitamin berbanding dengan perasa asli.

PEMANIS SINTETIK

Mengapa perlu pemanis sedangkan kita tahu ianya tidak baik untuk kesihatan sedangkan kita mengamalkan makanan kesihatan untuk mengoptimumkan kesihatan?

VITAMIN E


Alpha penting untuk kita belajar mengapa ada sesetengah vitamin E yang kita amalkan tidak beri kesan yang betul pada kulit dan tubuh kita. Ini kerana “I” atau “dl” adalah vitamin sintetik manakala “d” adalah asli. Asalan pengeluar menggunakan sintetik kerana ianya lebih murah dan menjimatkan kos.
 
SILICA GEL

Sebenarnya silika gel adalah antara bahan yang tidak sepatutnya ada dalam makanan tambahan vitamin khususnya. Ini kerana apabila adanya kehadiran silika gel, vitamin itu adalah dalam golongan sintetik dan tidak asli.Jika anda berkemampuan untuk menggunakan sesuatu yang lebih baik, why not get a better one? Shaklee adalah asli, tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan tanpa silika gel. Pilihan di tangan kita…

Ramai yang telah mencuba dan sangat berpuashati. Anda bagaimana? Shaklee tidak mempunyai silica gel dalam mana2 produknya, kecuali produk untuk kanak-kanak kerana sekiranya kanak-kanak mengambil sendiri vitamin mereka, dikhuatiri mereka mengambilnya dengan tangan basah, jadi tak eloklah untuk pil vitamin tu (ini basah lencun bukan moist).

Tapi silica gel dalam Chewable Vitamin C dan VitaLea for Children ni memang unik. Ia tak sama macam silica gel yang biasa datang dalam botol supplement lain.
Jadi berhati-hatilah apabila anda membeli vitamin yang datang bersama silica gel. Carilah yang SELAMAT dan SEMULAJADI..

Shaklee Tak Halal?

Wah..tengok tajuk macam takut je kan? Betul ke produk Shaklee ni tak HALAL? Memang isu Halal ni sering menjadi bualan. Kadang-kadang timbul..kadang-kadang tenggelam..Nanti timbul balik isu halal haram ni pula bagi pengguna-pengguna yang baru nak kenal Shaklee ni. Dari semasa ke semasa isu ini akan menjadi bualan dan pertanyaan orang ramai. Jadi, di sini tugas saya sebagai pengedar Shaklee yang sah untuk membuat penjelasan kepada pembaca blog saya. Pendek kata, jangan melatah bila orang kata Shaklee tak HALAL sebab ada itu ini. Tapi, jadilah pengguna yang bijak, bertanya dan merujuk kepada orang-orang yang sepatutnya. Jadi, tak timbullah isu buang begitu sahaja vitamin-vitamin Shaklee tersebut. Siapa yang rugi?? Diri sendirilah..


Jika anda menyemak statu Halal melalui sms halal JAKIM yang diberikan memanglah nama Shaklee produk tidak tertera ini adalah kerana produk Shaklee adalah produk luar negara iaitu di United States of America. Jadi, JAKIM telah melantik badan luar negara untuk memantau status produk Shaklee ini. Badan Islam  luar negara yang dilantik oleh JAKIM ialah ISA iaitu badan pengeluar untuk sijil Halal di Amerika yang telah diiktiraf oleh JAKIM. Logo seperti gambarajah di bawah. Jadi, mana-mana produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia akan dipantau dan akan mendapat pengesahan daripada badan ISA ini dahulu termasuklah produk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Omega Guard, Lecithin dan juga Vita-E. 

Ada juga badan luar negara yang telah ditarik balik pengikhtirafan HALAL oleh JAKIM kerana tidak mematuhi syarat-syarat HALAL yang ditetapkan. Setakat ini Alhamdulillah ISA masih mendapat pengiktirafan dari JAKIM.

Untuk keterangan lebih lanjut, anda boleh rujuk link DI SINI untuk badan-badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

LOGO HALAL ISA

Berikut adalah sijil HALAL produk Shaklee 2014 dan yang terkini yang dikeluarkan dan diperbaharui setiap tahun. S

Sijil Halal Shaklee Terkini


Bagi sebarang persoalan dan pertanyaan serta untuk mendapatkan produk Shaklee yang HALAL boleh hubungi saya.

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Resepi Hati Masak Hitam

Jeng..jeng..jeng..sy nk berkongsi resepi Hati Masak Hitam yang selalu saya makan semasa berpantang dulu. Untuk pengetahuan semua, ni hati lembu yer..bukan ayam..hati mengandungi zat besi yang tinggi dan membantu ibu-ibu yang kehilangan banyak darah semasa bersalin untuk proses pemulihan semula. Tetapi janganlah makan banyak sangat pula yer..sebab ada juga pendapat yang kata tak elok makan. salah satu ikhtiar untuk meningkatkan semula HB darah selain mengamalkan supplemen Vitalea yang mengandungi iron formula (zat besi).. siapa yang tak lalu nak makan hati lembu ni bolehlah ambil Vitalea Shaklee yer..hehehe..

Jomlah kita tengok resepinya

Hati Lembu Masak Hitam

200gm hati lembu (direbus dan dihiris)
1 sudu besar lada hitam yg ditumbuk kasar
1 inci halia dihiris
2-3 biji bawang putih
1 labu bawang besar
2-3 sudu makan kicap
1 batang serai

Cara nak masaknya pula

Tumis halia, bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Masukkan serai, kicap, lada hitam dan juga hati lembu yang telah direbus tadi. Gaul sebati dan siap!!!..

Senang kan? Bolehlah tambah resepi ni dalam koleksi resepi pauan-puan semasa berpantang nanti. sedap di makan dengan nasi panas-panas..Nyum..nyum..lama tak makan..

Nanti kalau berkesempatan saya share lagi yer resepi untuk ibu-ibu dalam pantang yer..

Untuk mengetahui supplemen yang sesuai semasa berpantang boleh KLIK DISINI.

Jamu Atau Supplemen Untuk Berpantang?

Tentu para ibu di luar sana tertanya-tanya apakah set berpantang yang sesuai untuk diamalkan dan macam mana nak pilih yer sebab banyak sangat dah sekarang ni lambakan produk yang boleh ibu-ibu di luar sana. Ada yang berasaskan herba (tradisional) dan ada juga yang berasaskan keperluan nutrient dalam badan kita iaitu supplemen.

Persoalan sekarang yang mana lebih baik dan bagus???

Pendapat saya, semua jenama set berpantang di pasaran mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk penyembuhan luka setelah bersalin dan juga memberikan semula tenaga kepada si ibu setelah penat bertarung nyawa melahirkan anak. Tak ketinggalan juga yang perlu bersalin melalui pembedahan. Tapi, apakah perbezaan antara jamu (herba) dan juga supplemen?

Jamu menggunakan bahan-bahan mentah seperti herba dan sebagainya untuk diambil oleh ibu semasa berpantang. Jamu (herba) berkenaan akan memproses bahan tersebut di dalam badan kita untuk mendapatkan khasiatnya seperti vitamin, mineral dan sebagainya yang terkandung dalam jamu tersebut.

Supplemen pula telah di ekstrak untuk mendapatkan terus khasiat dan juga segala nutrient yang diperlukan oleh badan. Jadi, badan hanya perlu menyerap nutrient tersebut bagi mendapatkan khasitnya dengan memastikan pengambilan air yang secukupnya 

Kenapa anda perlukan Supplemen terutama Set Berpantang Shaklee?

Ibu-ibu mesti hendakkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jadi, segala khasiat yang diambil, si ibu mesti memikirkan anaknya juga akan mendapat khasiat yang sama juga melalui susu ibu. Jadi, bagi ibu-ibu yang bercadang untuk menyusukan anak secara eksklusif perlu mengambil berat tentang semuanya. Adakah set berpantang yang akan digunakan akan memberi effect kepada anak dan apakah si ibu boleh teruskan mengambil set berpantang tersebut jika anak menghidapi jaundis ataupun g6pd dan adakah boleh membantu dalam penyusuan ibu.

Kebanyakan bayi yang lahir sekarang ni akan mendapat jaundis. Bezanya sikit atau banyak sahaja. Dan apabila masalah ini berlaku, kebiasaannya doktor akan menasihatkan ibu-ibu supaya tidak mengambil sebarang jenis jamu (herba) sehinggalah bayi benar-benar sihat dan bebas dari jaundis. Ini akan memberi kesan kepada si ibu jika tidak mengambil sebarang supplemen untuk pemulihan daripada luka dan juga untuk kembalikan tenaga selepas bersalin. Secara tak lansung akan memberi kesan kepada penyusuan kerana bila badan menjadi tidak sihat dan letih, akan mempengaruhi juga dalam penghasilan susu ibu. Tambahan pula anak yang terkena jaundis memerlukan bekalan susu ibu untuk pemulihan yang cepat.

Begitu juga dengan kes anak yang menghidapi g6pd. Ibu tersebut tidak boleh mengambil terus jamu (herba) langsung sepanjang penyusuan.

Apakah supplemen yang sesuai untuk ibu-ibu dalam pantang?

1. Vitalea with Iron Formula (Multivitamin & Multimineral)
Vita-Lea diformulasikan dengan 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh badan. Memberikan tenaga dan kecergasan pada tubuh dan juga bagus untuk pertumbuhan sel-sel. Zat Besi yang terkandung bagus untuk penyusuan dan juga pada ibu bagi membantu dalam penghasilan sel darah merah dengan cepat akibat kehilangan banyak darah semasa melahirkan anak.

2. Sustained Released Vita C Plus
Vitamin C dapat membantu mengekalkan pertahanan antioksida badan secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah. Membantu dalam penyembuhan luka dengan cepat.

3. B Complex
B Complex Shaklee lengkap dengan 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik iaitu B1, B2, B3, B6, biotin dan juga asid folik yang bagus untuk keperluan kesihatan ibu-ibu dalam pantang. Boleh mengurangkan stress dan tekanan, sakit kepala dan mencegah daripada anemia dan bagus juga untuk membantu dalam penyusuan

4. ZincZink pula membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dengan cepat dan juga boleh mengatasi masalah rambut gugur disebabkan oleh proses kelahiran.

Selain daripada set basic di atas, para ibu boleh menambah ESP untuk memberikan tenaga segera kepada si ibu selepas bersalin. Boleh diminum terus selepas bersalin. ESP Shaklee adalah produk Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu. Selain itu anda boleh menambah Ostematrix untuk keperluan kalsium dalam badan. Ini penting bagi ibu-ibu yang susah untuk minum susu. Kalsium amat penting dalam penyusuan kerana 60% kandungan susu ibu adalah dari sumber kalsium. Selain itu boleh membantu dalam masalah sembelit bagi ibu-ibu yang sukar ke tandas selepas bersalin.


JAMU VS SUPPLEMEN



Testimoni Pengguna:








Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Panduan Kenaikan Berat Badan Bagi Ibu Hamil

Makan di saat kita hamil sering dikaitkan dengan memberi makan dan perlukan bekalan nutrisi untuk dua orang, iaitu kepada si ibu dan juga si anak. Disebabkan oleh faktor inilah yang menyebabkan wanita  yang hamil cenderung makan berlebihan pada saat hamil yang boleh mengakibatkan berat badan ibu hamil ini naik dengan begitu mendadak semasa kehamilan.

Menurut  WHO, wanita dengan indeks massa tubuh (IMT) sebelum hamil kurang dari 18,5 boleh menambah berat badan dari 12,5 hingga 18 kg selama kehamilan. Bagi wanita dengan IMT normal 18,5 hingga 22,9 dapat menambah 11,5 hingga 16 kg.

Bagi yang berlebihan berat badan dengan IMT 23 hingga 24,9 dapat menambah 6 hingga 11 kg. Sedangkan bagi wanita obesiti dengan IMT lebih dari 25 kg, maka berat badan yang boleh ditambah saat hamil maksima hanya 6 kg sahaja.

Menurut Dr. UF Bagazi, SpOG dari Brawijaya Woman & Children Hospital, berat badan yang bertambah lebih dari standard yang ditetapkan  akan mengalami masalah kesihatan semasa hamil, seperti diabetes mellitus,m gestasional dan preeklamsia. Bahkan berat badan ibu akan susah untuk diturunkan kembali pada tahap asal sebelum hamil atas sebab penambahan berat badan secara berlebihan semasa hamil.

"Maka bukan kuantiti makanan yang harus diperhatikan saat hamil, yang penting cukup zat dan juga nutrisi. Makanan yang paling baik ketika hamil adalah buah-buahan dan juga sayur-sayuran, disusuli juga dengan protein, karbohidrat dan juga lemak. 

Jika anda perlukan Supplemen / Vitamin sepanjang Kehamilan anda. Boleh Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

SET LENGKAP KEHAMILAN

Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

G6PD : Berpantang dan Set Penyusuan Shaklee

Apakah produk Berpantang dan juga Set Penyusuan yang sesuai bagi mereka yang mempunyai anak yang mempunyai penyakit G6PD? Sebelum itu mari kita tgk apa itu G6PD.

Apa itu G6PD?
G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah dari tali pusat. Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi secara keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa. Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. 

Gejala atau Tanda-tanda
Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundice) yang tinggi dengan cepat, akibat dari hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk :

Akibat dari kurang darah
  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada

Akibat dari hemolisis 
  • jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit,
  • warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.
  • Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.
  • Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Hemolisis akan berlaku jika beliau termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.


Ibu-ibu yang menyusu anak yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan atau ubat-ubatan yang memberi kesan negatif kepada anak anda yang mengalami G6PD.

Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku. Pastikan anda beritahu doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.

Bagi ibu-ibu yang berpantang dan mendapati anak anda mengalami penyakit G6PD ini, tentu rungsing apakah set berpantang yang sesuai untuk masalah ini. Jangan bimbang, vitamin Shaklee mempunyai rangkaian vitamin yang sesuai untuk masalah ini. 

Set Berpantang untuk Anak G6PD ini terdiri daripada Vitalea + BComplex + Vita C dan Zinc.

Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak pula boleh meneruskan pengambilan vitamin tersebut dan hanya tambah Ostematrix untuk alternatif sebagai milk booster untuk set penyusuan yang anak ada G6PD.

Testimoni customer


Tips atau Kaedah Didik Anak yang Nakal

Tips atau panduan ni amat berguna bagi kita sebagai ibu bapa. Saya jumpa tips dan panduan didik anak yang nakal di FB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah Saya panjangkan di sini pula untuk rujukan saya dan juga pengunjung blog saya. Terima Kasih atas perkongsian Dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

Pesan Nabi saw: Anak2 yg nakal atau degil semasa kecil, akan menjadi org dewasa yg bijaksana. So tukar paradigma kita ttg anak kita itu. Fikir & kata2 ibubapa / guru adalah DOA YG MAKBUL. Sabda Nabi SAW: Allah bertindak seperti mana yg di di sangkakan/ fikirkan oleh hambaNya.


Di antara perkara yg kita boleh lakukan utk bantu anak2 menjadi insan yg soleh:
  1. Sentiasa berdoa utk mendapat anak yg soleh. Doa itu senjata terpenting org yg beriman & Allah angkat hijab kpd doa ibubapa.
  2. Didik anak ttg solat & ibadah yg lain sejak kecil. Setelah beri ingatan & amaran, wajar rotan anak yg tak solat di umur 10 thn. Ramai ibubapa yg rotan anak atas berbagai kesalahan, tapi tak sampai 10% ibubapa yg rotan anak sbb tak solat!!!
  3. Biasakan anak mengamalkan sunnah2 harian - mkn & minum, amalan di bilik air, amalan berpakaian, tertib belajar, pergaulan, tertib tidur, dll. Pesan kpd anak lelaki utk elak kencing berdiri. Pesan kpd anak utk ISTIBRA' selepas kencing. Lelaki dgn berdehem 3 kali & perempuan dgn urut dari pusat ke bwh.
  4. Pastikan anak2 makan mlm sebelum maghrib spt yg Nabi saw sarankan supaya mudah belajar waktu mlm. Mkn malam lepas maghrib buat anak mudah letih & mengantuk bila belajar. Makanan hadam sekitar 1 - 1 1/2 jam selepas makan. So anak boleh belajar dgn berkesan & fokus jika belajar 11/2 jam selepas mkn mlm. Pastikan anak kurang makan daging merah, banyakkan daging putih spt ayam & ikan. Daging merah buat anak irritable & agresif. Pastikan mrk MAKAN BUAH2AN SBLM MAKAN NASI agar badan dpt serap Vit C yg ada dlm buah2an & lancarkan penghadaman. Vit C membantu tenangkan fikiran di samping jaga kulit. Mkn buah selepas mkn nasi adalah amalan yg sia2 sbb badan tak dpt serap nutrien dlm buah2an & ganggu proses penghadaman!
  5. Banyakkan memeluk & memuji anak2. Anak yg sering di peluk & di puji / belai akan tenang, kurang degil, rasa selamat & di sayangi & tak perlu nak buat nakal utk tarik perhatian ibubapa.
  6. Pesan kpd anak utk menghadap Qiblat semasa belajar / mengaji. Ini akan tingkatkan keberkatan dlm belajar.
  7. Beri anak supplemen yg dpt menguatkan minda, tenangkan fikiran & stabilkan emosi
  8. Cari peluang berjumpa guru2 anak di Sek tempat dia belajar. Minta nasihat & bimbingan ttg cara nak bantu anak belajar di rumah.
  9. Bacakan di kepala anak: Fatehah, ayar qursi dan surah al Insyirah utk rangsang otak & memori anak dan jadikan dia anak yg tenang, baik akhlak, rajin ke sek & pintar. Bacakan waktu mlm masa anak nak belajar atau waktu anak nak pergi ke sek atau bila2 masa yg sempat.
  10. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau orange. Ikut kajian, warna merah dan orange akan rangsang anak jadi agresif dan hyperaktif.
  11. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur & ikut sunnah Nabi.
  12. Pastikan rezeki yg ibubapa terima benar2 berkat dgn mengelakkan perkara haram & syubahat & keluarkan zakat pendapatan & zakat emas perak jika berkenaan. Rezeki yg kurang berkat juga jadi punca anak jadi agresif & extra nakal.
  13. Kenali kwn2 anak & ziarah ke rumah mrk utk berkenalan dgn ibubapa kwn2 anak.
  14. Doakan guru2, kwn2 anak & jiran kita agar cemerlang & soleh. In sya Allah akan di aminkan Malaikat & Malaikat akan doakan kita MENDAPAT APA YG KITA DOAKAN UTK ORG LAIN!
  15. Anak tak ingat apa yg ibubapa tuturkan, tapi anak mudah ingat apa yg ibubapa pamerkan. Justeru, ibubapa wajib pamerkan amalan & peribadi yg Allah redha.
  16. HARAMKAN SEMUA PERKATAAN NEGATIF (spt bodoh, jahat, degil, malas, bengong, goblok!) dlm rumahtangga. Kata2 ibubapa merupakan doa!
  17. Padam semua kata2 negatif yg pernah di sebut kpd anak2 dgn memohon maaf & memuji anak dgn jelas. Cthnya: Abah minta maaf sbb kata kamu bodoh. Sebenarnya anak abah ni pandai-- buat homework sblm abah suruh, solat sblm ibu berleter, layan adik dgn baik & tak herdik2. Ikut kajian psikologi: Satu pujian yg jelas akan MEMADAM 300 KUTUKAN YG LALU! Maha suci Allah SWT.
  18. Ibubapa takkan mampu MENGUBAH ANAK2! Tapi bila ibubapa berubah, Allah akan ubah anak2. Justeru, ibubapa overhaul diri secara bersepadu agar Allah ubah anak2 jadi hebat & cemerlang.
  19. Utk lembutkan hati anak, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir & berdehem dpn anak sblm menasihati anak yg agak "degil". In sya Allah mrk akan mudah dengar nasihat!
  20. Ibubapa JGN MENGHARAP ANAK2 BERUBAH, SBLM IBUBAPA BERUBAH DULU!
  21. Setelah melakukan yg terbaik mengikut kemampuan, KITA BERSERAH KPD ALLAH SWT.

Semoga kita sama-sama sebagai ibu bapa dapat mengikut panduan di atas. InsyaAllah..Bagi anda yang nak dapatkan supplemen untuk anak anda..saya cadangkan supplemen berikut yang bagus untuk menguatkan minda, serta dapat menenangkan fikiran dan menstabilkan emosi anak2 lengkap dengan nutrien yang diperlukan oleh badan mereka. Selain itu, bonus yang anak anda akan dpt ialah dapat meningkatkan imunisasi mereka, meredakan dari alahan, ashtma, eczema dan sebagainya.

VITAMIN UNTUK ANAK

Perlu ambil semua ke? Taklah bergantung pada budget anda serta keperluan. Nak dapatkan maklumat lanjut mengenai khasiat dan kebaikan supplemen2 tersebut yang sesuai untuk anak anda, boleh klik link yang berikut:





Untuk sebarang pertanyaan lanjut dan juga pembelian, boleh terus berhubung dengan saya seperti yang tertera ataupun boleh isi Order Form yang diberikan..



Pengambilan secara COD (cash on delivery) adalah di tempat-tempat berikut:

Giant Bt Caves, Shell Tmn Greenwood, Tmn Sri Gombak, Maju Junction KL

Menggunakan POSLAJU untuk seluruh Malaysia..


SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)

Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  


Cinch Energy Tea Mix

Lepas bersenam petang tadi teringin nak rasa Cinch Energy Tea Mix ni untuk mengambalikan kecergasan dan memberi tenaga pada badan. Saya memang jarang dan tak berapa gemar minum tea tp dengan Cinch Energy Tea Mix ni rasa perbezaanya pada rasa tea tersebut dan berpeluh-peluh lepas minum. Bagus untuk meningkatkan metabolisma bagi yang nak menurunkan berat badan ni.. ;-)

Jom tengok teh yang sedap lagi berkhasiat dan baik untuk kesihatan ni..Oppss lagi satu..merupakan teh yang terbaik di dunia sebab mempunyai semua jenis teh putih, hijau dan merah dalam satu stick..tak perlu nak minum banyak-banyak teh untuk mendapatkan kebaikan khasiat dari setiap satunya..Hanya 1 stick teh shaklee ni sahaja.



Apakah Perbezaan Cinch Energy Tea Mix dengan yang lain?
  • Selamat dan penggalak semulajadi
  • Ditambah dengan taurina - meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
  • Pilihan alternatif terbaik menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh
  • Tanpa gluten, tiada perisa tiruan, pewarna dan bahan pemanis

Apakah campuran bahan dalam Cinch Energu Tea Mix ni?

Matcha Green Tea Powder
Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan

Red Tea Extract
Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - pejuang kanser yang kuat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor daripada merebak

White Tea Extract
Juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau

Rooibos Red Tea Extract
Tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenol - antioksidan

Teh Merah, hijau dan Putih ni digunakan sejak zaman berzaman dalam perubatan Cina lagi untuk kegunaan:
  • Anti-mikrob
  • Imunostimulan
  • Anticarcinogenic
  • anti-inflammatory
  • perlindungan terhadap penyakit jantung
  • Anti oksidan – perlindungan dari kanser
  • Mengubati lukemia (laporan dari Mayo clinic)
  • Mengawal kerosakan DNA
  • Menurunkan paras kalori dan kolesterol
  • Detoxifiers
  • Stmulator tenaga &  kehilangan lemak


Harga RM120 (termasuk pos) - 28 sticks

Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:
SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Saya merupakan Pengedar Shaklee yang sah ber ID 906379. Penghantaran secara COD sekitar Gombak (Giant Bt Caves, Shell Tmn Greewood, Tmn Sri Gombak, Selayang Mall dan Maju Junction Kuala Lumpur)

Mengatasi Masalah Buasir Dengan Vitamin Shaklee

“Dulu sy mengalami buasir sejak mengandungkan anak pertama dan ia menjadi semakin kronik ketika melahirkan anak kedua dan ketiga (kembar). Sehingga terbawa2 lps bersalin. Setiap kali nak buang air besar smpai menangis2 dan darah keluar n kdg2 dlm situasi tertentu darah menitis laju. Bibik sy dulu mmg tahu keadaan sy sbb sy selalu menangis dlm toilet. Seksanya rs tika itu. Lps buang air plak, bdn terus rs lemah dan lenguh2 dr pinggang ke bawah. Sape yg biasa alami buasir pasti tahu situasi ini. Smpaikan Dr pakar kat Bintulu Medical Centre sarankan sy jalani pembedahan utk buasir ni. Tp sy bertahan sehinggalah sy amalkan vitamin2 Shaklee ini. Dengan izin Allah sekarang buasir sy tiada lg. Waktu mengandungkan Hanis pun xde berlaku sembelit. Lps bersalin pun senang je nak buang air besar. Sy rs bersyukur sgt. Hidup sy kini tdk lg dihantui fobia utk membuang air besar. Ini adalah salah satu kesan terbaik yg sy alami sejak amalkan vitamin2 Shaklee ini. Jika kwn2 yg ada alami keadaan spt sy, sy sarankan kwn2 mencuba vitamin utk buasir ini. InsyaAllah jika diamalkan dgn sebaiknya disamping menjaga pemakanan dan pengambilan air, buasir anda akan beransur2 pulih. – Pn Najihah Abdul Mutalib

Testimoni penghidap buasir yang berjaya menyelesaikan masalah buasir dengan mengamalkan vitamin Shaklee. Sebelum tu mari kita fahami apa itu buasir.

Apa itu Buasir?

Buasir atau dikenali sebagai hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Kewujudan tisu buasir adalah satu komponen normal dalam anatomi badan manusia. Ia bertindak sebagai ‘kusyen’ yang kaya dengan saluran darah di dubur dan menjadi ‘pelapik termampat’ untuk membenarkan dubur tertutup de­ngan ketat.

Buasir terjadi apabila seseorang mengalami masalah sembelit dengan cuba untuk meneran najis yang keras ketika membuang air besar Keadaan ini akan menyebabkan pembengkakan dan akhirnya akan terjulur keluar daripada keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis dan tersembur keluar.


Ada empat peringkat buasir iaitu:



Peringkat pertama membabitkan buasir yang mengalami pendarahan, tetapi ia tidak menonjol keluar.


Peringkat kedua berlaku apabila buasir menonjol keluar ketika buang air besar, tetapi masuk kembali dengan sendirinya.



Peringkat ketiga buasir keluar ketika atau selepas buang air besar dan hanya hilang (masuk kembali) apabila ditekan atau ditolak dari luar.



Peringkat keempat (kronik) apabila buasir sentiasa berada di luar hingga menyebabkan ketidakselesaan untuk melakukan aktiviti harian.


Apakah punca berlakunya Buasir ini?
  • Sembelit dan terlalu meneran ketika membuang air besar
  • Pekerjaan yang membabitkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.
  • Masalah berat badan atau Obesiti
  • Kehamilan dan juga semasa proses melahirkan anak dan di dalam pantang.
  • Faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan yang meningkatkan kecenderungan untuk mendapat buasir.
  • Kurang minum air dan pengambilan makanan yang kurang serat.
  • Kerap mengangkat barangan yang berat juga berisiko tinggi untuk mengalami buasir kerana tekanan dialami di bahagian dubur apabila melakukannya amat tinggi.

Bagaimana cara untuk Merawat Buasir dengan Vitamin Shaklee?


MASALAH SEMBELIT

OSTEMATRIX : Membantu anda dalam mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

ZINC COMPLEX : Menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Vitamin untuk Buasir di atas juga sesuai untuk ibu hamil yang mengalami masalah buasir akibat sembelit dan juga untuk ibu selepas bersalin.


Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad