Hyperthyroid & Hypothyroid : Supplemen Shaklee Untuk Thyroid

Jom kita kenali apa itu thyroid..


Fakta tentang tiroid yang kita patut tahu :

Tiroid adalah kelenjar endoktrin yang terletak dibawah halkum, berbentuk seperti kupu-kupu yang melekap dicorong atau tenggorok pernafasan (trachea) Fungsinya ialah untuk mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3). Hormon-hormon ini mengawal metabolise (pengeluaran tenaga) manusia. Lazimnya tiroid akan dikaitkan apabila ada biji dibahagian tenggorok. Biasanya biji ini tidak membahayakan, tetapi apabila ia bercampur dengan simptom seperti bertukar suara menjadi serak, susah hendak menelan dan bernafas, seseorang itu harus menjalani pemeriksaan lanjutan dan doktor akan membuat pemeriksaan sama ada ketumbuhan berkenaan adalah ketumbuhan biasa yang tidak membahayakan atau kanser.



Apabila Tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, Ia boleh memberi kesan terhadap setiap aspek kesihatan- terutamanya terhadap berat, kemurungan dan tahap tenaga.

Penyakit Tiroid Terbahagi kepada dua jenis:-
i) Hipertiroidisme/Tirotosikosis
ii) Hipotiroidisme

Hipertiroidisme
HYPERTHYROID: Simptom dan Top Natural Suplemen Untuk Rawatan

HYPERTHYROID , adalah satu keadaan perubatan dimana kalenjar tiroid menjadi terlalu aktif, ini menyebabkan hormone tiroid (tiroksin atau triiodothyronine) dihasilkan berlebihan dan menyebabkan thyrotoxicosis. Antara penyebab penyakit ini ialah:

Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya pesakit tiroid akan akan mengeluarkan hormon yang berlebihan pada setiap sel tiroidnya.

Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh menjadi elok sendiri

Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan.

Antara Tanda-tanda org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipertiroidisme":-

  • Bengkak di leher
  • Cirit Birit
  • Degupan Jantung bertambah, sentiasa berdebar2
  • Gementar dan gelisah, terketar2
  • Haid tdk teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Angin yang tidak menentu
  • Kejang Otot
  • Osteoporosis
  • Pengeluaran peluh yang banyak
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut tidak kuat
  • Sukar bernafas, Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walau selera naik
  • Lemah

Hipotiroidism
merupakan keadaan tiriod yang sering berlaku dan biasa berlaku terhadap wanita. Ianya disebabkan oleh penghasilan hormon tiroid yang tidak mencukupi. Sekiranya ia tidak dirawat ia boleh menyebabkan peningkatan risiko untuk mendapat kegemukan (Obesiti), penyakit jantung dan kemurungan

Antara Tanda-tanda org yang menghidapi Tiroid jenis "Hipotiroidism":-

  • Kesukaran untuk menurunkan berat badan. Walau melakukan berbagai jenis senaman,
  • Penambahan berat badan. Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet.
  • Kemurungan atau kegelisahan
  • Cepat berasa letih
  • Faktor Genetik
  • Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period
  • Masalah sembelit yang teruk
  • Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus. Manakala kulit menjadi kasar dan berkuping
  • Sakit otot dan sendi. Masalah capal dan tendonitis.

Siapakah yang berisiko mendapat Tiroid

  • Perempuan
  • Mempunyai sejarah keluarga (Genetik)
  • Mengidap sakit pituitari atau endokrin yang lain
  • Usia lebih dari 60 tahun. Boleh juga berlaku pada org yang lebih muda  lewat 30-an
  • Orang yang kuat merokok.

Panduan supplemen Shaklee yang TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit thyroid KLIK DI SINI

Ingin dapatkan supplemen Shaklee untuk masalah thyroid? Hubungi:

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  


Testimoni Mealshakes & Omega Guard Untuk Kanak-Kanak

Anda mesti dah tahu akan kebaikan dan khasiat yang terkandung dalam Mealshakes Shaklee dan juga Omega Guard ni kan? Dua vitamin ni amatlah sesuai untuk kesihatan anak anda terutama yang selalu demam dan selsema tu.. al maklumlah persekitaran sekarang tidaklah seperti dulu terutama yang tinggal di bandar-bandar..berjangkit di nursery lagi. Jadi anak anda perlukan perlindungan untuk sistem pertahanan badan dia..

Tak nak cerita panjang jom kita tgk testimoni berikut..






InFo Mealshakes KLIK DI SINI

Info Omega Guard KLIK DI SINI

http://vitaminonlineshop.blogspot.com/p/blog-page_10.html





Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
Blog: vitaminonlineshop.blogspot.com

Menyusukan Anak Ketika Demam

BOLEHKAN MENYUSUKAN ANAK KETIKA IBU DEMAM?

Persoalan yang sering terjadi pada ibu-ibu yang menyusukan anak. Ilmu yang perlu diketahui oleh semua ibu-ibu yang menyusukan anak. Saya ambil petikan ni dr facebook dr.Zubaidi.com.
Sebagai manusia, kita sering mengalami demam. Cuma ada kalanya kita tidak perasan yang kita mengalami demam, kerana demam yang rendah selalunya akan sembuh tanpa diberikan ubat.

Demam dapat diukur dengan menggunakan alat thermometer. Fever selalu didefinasikan sebagai peningkatan suhu badan melebihi suhu badan yang normal, iaitu 36.5–37.5 °C (98–100 °F).

Secara am apabila seseorang itu mengalami kenaikan suhu, beliau akan mengalami rasa sejuk walaupun suhu badan meningkat.

Apabila peningkatan suhu semakin tinggi, beliau akan merasakan rasa merasa panas dan ‘tidak sihat’.

Ramai yang agak keliru dan risau dengan kemudharatan yang mungkin dialami oleh anak yang disusui oleh ibu yang sedang mengalami demam. Secara logik pemikiran, seorang ibu yang sedang sakit dan demam akan menyebarkan penyakitnya kepada anak yang disusui. Namun ini tidak benar.

Banyak pendapat-pendapat dari pakar perubatan, bahawa penyususan susu ibu harus diteruskan walaupun seorang itu sedang mengalami demam. Apabila seorang ibu sedang ‘demam biasa’ seperti selsema, sakit tekak, batuk, mereka digalakkan untuk terus menyusukan anak mereka. Ia tidak memudharatkan anak yang disusui.

Cuma apabila mendapatkan rawatan, harus memberitahu doktor bahawa dia sedang menyusukan anak, agar doktor akan memastikan ubat yang diberikan untuk merawat ibu yang demam itu selamat untuk diberikan kepada mereka.

Dalam kebanyakan kes-kes demam, tidak satu pun yang menghalang pemberian susu kepada anak kecuali pesakit HIV atau keadaan itu terlalu lemah. Di Negara-negara maju, pesakit HIV sememangnya dilarang memberikan susu kepada anak mereka.

Sebagai contoh lagi, jika seorang ibu disyaki mengalami penyakit “keracunan makanan”, penyususan badan harus diteruskan, asalkan simptom yang dialami hanya melibatkan sistem penghadaman usus saja.

Jika kuman penyakit itu telah memasuki sistem peredaran darah (septicaemia), dibimbangi kuman-kuman itu telah memasuki susu ibu. Dalam kes seperti ini, ibu yang demam dan sakit tidak dibenarkan menyusukan anak mereka.

Selain itu jika ibu yang demam dan sakit telah dimasukkan ke hospital kerana keadaan fizikal terlalu lemah, maka penyusuan juga boleh ditangguhkan sehingga mereka sihat.

Doktor pakar perubatan juga berpendapat bahawa menyekat penyusuan ibu di waktu sedang ‘demam biasa’ boleh menyebabkan bayi akan mudah jatuh sakit dan demam kerana tidak mendapat perlindungan dari susu ibu.

Teruskanlah menyusukan anak kerana susu ibu akan memberikan perlindungan kepada bayi yang disusui daripada kuman-kuman yang telah mengakibatkan ibu mereka demam. Ini kerana susu ibu kaya dengan nutrient dan antibodi melawan kuman.

Apabila seorang ibu mengalami demam, maka terdapat reaksi immunologi, iaitu pembentukan antibodi yang dipercepatkan dengan suhu tinggi yang dialami oleh ibu dan antibody ini disalurkan kepada susu ibu.


(rujuk: Schulman CI, Namias N, Doherty J, Manning RJ, Li P, Elhaddad A, Lasko D, Amortegui J et al (2005). "The effect of antipyretic therapy upon outcomes in critically ill patients: a randomized, prospective study". Surgical infections 6 (4): 369–75)

Antara reaksi immunologi yang berlaku ialah:
1. Meningkatkan pergerakan leukocytes.
2. Menggalakan sel darah putih memusnahkan kuman
3. Mengurangkan kesan toksin
4. Memperbanyakkan sel-sel antibodi (T-cells)
(rujuk: Craven, R and Hirnle, C. (2006). “Fundamentals of nursing: Human health and function”. Fourth edition. p. 1044

Ibu yang demam juga digalakkan agar mengamalkan kebersihan diri untuk mengelakkan bayi mereka dijangkiti seperti membasuh tangan sekerap yang mungkin, mengelakkan batuk atau bersin kepada muka bayi.

Masalah yang sering dihadapi oleh ibu yang demam ialah mereka tidak mempunyai selera untuk makan, sedangkan untuk memastikan pengeluaran susu ibu yang banyak, seorang ibu harus menjaga pemakanan dan minum dengan banyak. Jika tidak beliau tidak mampu mengekalkan bekalan susu yang harus diberikan kepada anak-anak mereka.

Jadi teruskan menyusukan menyusu bayi untuk kebaikan bayi itu sendiri.

Wallahu a’lam.

Kredit to:http://drzubaidi.com/blog

Jelas kepada kita bahawa khasiat susu ibu tiada tolok bandingnya. Jika anda mempunyai masalah dalam penyusuan dan bekalan susu badan yang tidak mencukupi dan perlukan supplemen tambahan untuk kesihatan anda, anda boleh dapat supplemen Shaklee khusus untuk ibu-ibu yang menyusukan anda..Di samping dapat memperbanyyakkan susu badan anda, supplemen ini juga turut membantu dalam menampung nutrisi yang diperlukan oleh badan terutama ibu-ibu yang menyusu. Dapatkan e-book PERCUMA Tips Tambah Susu Badan dengan pembelian Set Penyusuan Shaklee..

TIPS TAMBAH SUSU BADAN

http://vitaminonlineshop.blogspot.com/p/blog-page_10.html

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                  

Tips Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Masalah kesuburan selalu dikaitkan dengan wanita tapi tahukah anda ianya juga berpunca daripada lelaki? Peratusannya adalah seimbang antara lelaki dan wanita. Jadi, kedua-duanya berisiko dan perlu menjalani pemeriksaan dan rawatan bagi menentukan tahap kesuburan masing-masing.

Perkara-perkara yang boleh mengurangkan tahap kesuburan:-

  • Merokok
  • Minum minuman yang mengadungi alcohol dan minuman berklorin (air paip)
  • Pengambilan  Dadah dan juga ubat-ubatan tertentu
  • Sekiranya anda penunggang basikal atau duduk dalam jangka masa yang lama, ubah kedudukan seperti berdiri seketika. Pendedahan kepada toksik seperti racun serangga
  • Faktor umur
  • Pengambilan makanan yang tidak sihat seperti fast food, soft drink

Bagaimana untuk meningkatkan kesuburan lelaki?

  • Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet harian anda kerana ia kaya dengan antioksidan
  • Pastikan berat badab anda seimbang dan ideal kerana ia mempengaruhi kualiti dan juga bilangan sperma
  • Kawal stress / tekanan dan pastikan tidur mencukupi.
  • Banyakkan pergerakan dengan melakukan aktiviti fizikal
  • Pastikan pemakaian seluar dalam yang longgar seperti boxer

Pilih Makanan yang Sihat dan Berzat untuk meningkatkan kesuburan

Petikan dr FB Dr Hamid Arshad:
“untuk meningkatkan kesuburan lelaki disamping mengurangkan kesan buruk stress, makanan juga penting. Makanan yg berkhasiat dan berzat sangat penting, makanan segar dan mentah iaitu sayur2 dan buah2 sebagai sumber vitamin dan antioxidants. Berhenti merokok dan minum arak, kurangkan kopi, minum lebih jus buah dan green tea. supplement vit C dan E, folic penting. oyster, blackcurrent, bijan, mustard dan celery menjadi sumber logam zinc dan kecang saperti brazil nuts jadi sumber selenium , keduannya penting untuk suburkan benih lelaki. jauhkan cheese, krim, dagin berlemak, choklat, dan makanan diperoses. Makanan yg mengadungi Omega3 saperti walnuts, flax seesd oil, Sayur2 bayam asparagus avacado dan kekacang, buah2 citrus saperti oren, lada merah, keledek merah perlu sering dimakan. akhirnya ambil vitA yg penting utk maturasi sel2 benih lelaki.
Zink - tahap zink meningkatkan kesuburan lelaki dengan ditunjukkan melalui peningkatan tahap sperma, memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma lelaki dan mengurangkan ketidaksuburan

Selenium - diperlukan untuk menghasilkan sperma. Kajian menunjukkan lelaki yang kurang kandungan sperma juga didapati mempunyai kandungan selenium yang rendah.
Kajian yang telah dibuat ke atas 690 lelaki yang mengalami masalah kesuburan diberi vitamin E (400 IU) dan Selenium (200 mcg) menunjukkan tambahan selenium dan vitamin E meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan terutamanya pada motilitas sperma.

Vitamin C – antioksidan untuk melawan radikal bebas iaitu melindungi sel dari kerosakan

Folic asid dan vitamin B12 - adalah diperlukan bagi pembuatan bahan genetik pada sel (DNA) untuk pertumbuhan dan pembesaran. Folic asid berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA dan adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12

Vitamin Shaklee yang boleh diamalkan


Vita-E Complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. Setiap kapsul gel mengandungi 400IU vitamin E semulajadi dan 65mg selenium.


ZincComplex mengandungi 15mg zinc dan 120mg calcium


Vitalea (Multivitamin dan Multimineral) mengandungi semua jenis vitamin dan juga mineral yang diperlukan oleh badan

TIPS MENINGKATKAN KESUBURAN LELAKI

Ingin meningkatkan tahap kesuburan anda bagi kaum lelaki? Jom dapatkan supplemen di atas sekarang. Bagi para isteri, anda boleh hadiahkan vitamin untuk lelaki ini kepada suami anda. Bukan setakat untuk kesuburan sahaja, tetapi vitamin Shaklee ni mempunyai banyak kelebihan dan juga kebaikan yang tersendiri. Klik Link di setiap vitamin untuk info lanjut.

http://vitaminonlineshop.blogspot.com/p/blog-page_10.html



Untuk keterangan lanjut mengenai produk, hubungi:

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
                                           FB: Anis Suziana Ahmad                                                  
IG: vitamin_online_shop
COD: Taman Sri Gombak, Batu Caves, UIA GOMBAK, SENTUL, Maju Junction KL,
SEKITAR GOMBAK, BATU  CAVES.

Your Trusted SID
Anis 906379
019-3132413