Testimoni ESP Shaklee Khasiat Untuk Ibu Menyusu

Mari kita baca apa kata seorang pengguna ni mengenai ESP Shaklee yang memang HOT sangat di pasaran..


ESP UNTUK IBU MENYUSU

ESP UNTUK IBU MENYUSU




Best kan? Khasiat ESP memang BEST..Anak Kenyang, Ibu Pulak sentiasa BERTENAGA dan berseri-seri.

Antara Lain khasiat ESP ialah:-
  • Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri.
  • Bantu hilangkan parut jerawat di muka.
  • Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih
  • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
  • Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan.
  • Menyokong kesihatan imunisasi badan.
  • Mengawal paras kolesterol.
  • Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.

Untuk melihat supplement yang lain untuk Ibu Menyusu, Klik Link Ini..

Pilihan untuk ibu menyusu bagi supplemen yang sesuai untuk anda adalah:


Vitalea Iron Formula (Multivitamin & Multimineral)
Vitamin ini penting kerana ia membekalkan semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan dan juga zat besi. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah dan mengelakkan si ibu berasa pening atau pitam. 

Vitamin B-Complex
Vitamin ini membekalkan kesemua vitamin B aiaitu B1, B2, B3, B5, B6 dan B12 yang diperlukan oleh badan termasuklah asid folik dan biotin. Vitamin B ini juga dikenali sebagai vitamin anti stress kerana ia memastikan kesihatan fungsi saraf. 

Vitamin C
Vitamin C ini penting diambil oleh ibu yang sedang hamil kerana ia dapat membantu dalam peningkatan sistem imun badan. Selain itu, vitamin C merangsang pembentukan kolagen yang dapat menjadikan kulit anda dan anak anda cerah dan cantik.

Alfafa
Alfafa terkenal sebagai ‘milk booster’. Alfafa juga mempunyai 1001 khasiat. Antara khasiatnya dapat melegakan sakit sendi dan belakang dan juga dapar menghilangkan kelesuan dan tekanan. Ia juga dapat membuang angin dalam badan. Ini penting untuk ibu dan anak juga supaya tidak kembung.

Selain itu, ibu-ibu yang menyusu juga boleh menambah vitamin/supplemen lain yang turut dapat membantu ibu menyusu mendapatkan nutrient yang diperlukan oleh tubuh badan iaitu

ESP
Komposisi vitamin yang utama dalam susu ibu ialah protein. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein.

Ostematrix (Kalsium, Magnesium dan Vitamin D)
Kalsium amat penting bagi ibu menyusu untuk membekalkan kalsium yang secukupnya kepada anak untuk membina tulang dan gigi yang sihat. Bahkan ibu itu sendiri perlukan kalsium untuk menampung keperluan dirinya dan juga anak. Risiko bagi ibu menyusu untuk mendapatkan osteoporosis adalah tinggi jika kalsium dalam badan tidak mencukupi. Ibu yang menyusu juga akan mengalami masalah susu merudum jika kedatangan haid kerana kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan pembelian barang hubungi:

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                                   


Saya adalah Pengedar Shaklee yang sah ber ID no 906379..

Tips Hamil dan Mengira Waktu Subur

Mengetahui waktu subur adalah amat penting bagi mereka yang ingin memiliki zuriat. Dengan teknik menganggar waktu subur ini juga dapat mengelakkan kita daripada mendapat zuriat bagi mereka yang ingin merancang keluarga.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.
Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

kitaran haid


BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

** (14 days from the 1st day of your NEXT period – NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari – 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari – 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.

MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

KESUBURAN DAN PELUANG KEHAMILAN

Seorang suami bertanya kepada saya, jika tidak mengira dan mengenal pasti waktu kesuburan, berapakah peratus kehamilan seorang wanita? Adakah pasangan lelaki-wanita yang berjima’ sekali saja, boleh hamil?

Menurut kajian yang dilakukan oleh Barrett dan Marshall mendapati hubungan jima’ secara rawak hanya mencapai 24% peluang kehamilan bagi setiap kitaran haids bagi seorang wanita.

Ini bermakna ianya terlalu kecil. Maka peluang untuk kehamilan hanya akan dapat ditinggikan dengan mengenal pasti waktu kesuburan isterinya.

JADI APAKAH ITU WAKTU KESUBURAN (FERTILE WINDOW)? 

Ia adalah waktu yang paling subur di mana waktu beberapa hari dalam setiap kitaran haid untuk mendapatkan kehamilan selepas melakukan jima’. Bagi kitaran haid yang tetap, secara teori, ianya meliputi enam hari iaitu, lima hari sebelum ovulasi dan sehari selepas ovulasi.

Bagi mereka yang keliru dengan perkataan Ovulasi, ia berlaku semasa telur ovum yang matang dilepaskan dari ovari, dan akan bergerak ke tiub fallopian untuk disenyawakan. Bagi kitaran haid yang berlangsung selama 28 hari, ia berlaku antara hari ke 14 atau ke 15 dari hari pertama seseorang wanita itu mengalami pendarahan haid.

Kitaran haid yang tetap kadang kala disangka sebagai kitaran haid yang mengeluarkan telur ovum yang matang (kitaran yang subur), manakala kitaran haid yang tidak tetap kadang-kala dianggap sebagai kitaran haid yang tidak mengeluarkan ovum (kitaran tidak subur).

Namun ianya mungkin berlaku sebaliknya. Ramai wanita yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur namun tetap menghasilkan ovum, manakala yang mempunyai kitaran haid yang teratur pula tidak menghasilkan ovum. Ini semua adalah ketentuan Allah. Maka bersyukurlah wanita yang tidak ada masalah untuk hamil. Bagi wanita yang bermasalah, berdoalah semoga Allah mengubahkan takdirnya.

BAGAIMANA MENGENALPASTI FERTILE WINDOW?


Fertile Window

Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap (28 hari kitaran haidsnya), fertile window bagi si isteri ialah antara hari ke 10 dan hari ke 15.

Namun bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, bagaimana pula?

Dengan menggunakan kaedah Menandakan Kalendar, seseorang wanita menggunakan kitaran haid yang lepas sebagai panduan dan mengagak masa kesuburannya.

Bermula dengan menyimpan rekod bertulis kitaran haid selama 8-12 bulan berturut-turut. Tandakan hari pertama pendarahan haid sebagai hari pertama bagi kitaran haid itu.

Pilih kitaran haid yang paling panjang dan yang paling pendek. Tolakkan 18 daripada kitaran haid yang terpendek, dan ianya adalah hari pertama bagi hari pertama kesuburan. Tolakkan 11 daripada kitaran haid yang terpanjang dan tandakannya sebagai hari terakhir kesuburan.

Contoh:
Mac 29 hari
April 26 hari (kitar haid terpendek)
May 30 hari
Jun 31 hari (kitar haid terpanjang)
Julai 30 hari

Dalam contoh ini, kitar haid yang terpendek ialah kitaran haid yang mempunyai 26 hari manakala kitar haid yang terpanjang ialah yang mempunyai 31 hari. Tolakkan 18 dari 26 iaitu hari ke 8 sebagai hari subur yang pertama dan tolakkan 11 dari 31 iaitu hari ke 20 sebagai hari subur yang terakhir. Maka waktu subur antara hari ke 8 hingga hari ke 20.

MENGAGAK DENGAN LEBIH TEPAT

Kehamilan hanya akan berlaku jika ada kehadiran ovum iaitu pada pertengahan kitaran haid (bagi kitaran haids yang tetap).

Setelah ovulasi, ovum akan hidup di luar ovari selama 24 jam manakala sperma yang telah dikeluarkan oleh si suami pula boleh hidup selama lima hari di dalam badan wanita.

Maka dalam keadaan yang sempurna, waktu kesuburan (fertile window) hanya berlangsung selama enam hari, iaitu lima hari sebelum ovum dikeluarkan dan 24 jam selepas ovum dikeluarkan (ovulasi)

Namun semuanya bergantung kepada kehadiran cervical mucus yang baik, metabolisma sperma, daya tahan sperma itu, tahap pH pada vagina dan banyak faktor yang tidak dapat dikawal oleh manusia.

Maka saat yang benar-benar subur adalah sehari sebelum ovulasi dan sehari selepasnya. Peratusan kehamilan adalah lebih tinggi, lebih kurang 60%.

Jika kaedah Menandakan Kalendar ini menjadi sukar bagi sesetengah pasangan, terutama bagi si isteri yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur, ada beberapa cara lain untuk menentukan fertile window.

Antaranya menggunakan alat untuk ujian air kencing. Ia boleh mengesan kenaikan hormon LH secara tiba-tiba (LH surge) yang berlaku 24 hingga 36 jam sebelum ovulasi. Apabila ianya positif, hubungan jima’ haruslah dilakukan pada malamnya kerana ia adalah waktu kesuburan.

Dan ada beberapa teknik lain seperti Cervical Mucous Monitoring dan Basal Body Temperature.

Namun yang lebih penting, bukan sahaja cahayamata yang dinantikan tetapi juga menginsafi diri bahawa kejadian kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Ianya hanya pinjaman dan akan diambil semula. Gunakan masa yang ada sebaiknya.

Disunting oleh mamamurai
Artikel oleh  Dr. Azwan dan Dr. Zubaidi Hj. Ahmad.
Kredit to: http://happyhealthylifeshop.blogspot.com/2012/11/tips-hamil-mengira-waktu-subur.html

Jika anda ingin mendapat Set Kesuburan dari Shaklee dan juga untuk mengatur kitaran haid anda supaya normal dan teratur, boleh hubungi saya yer..Untuk COD barang saya boleh membuat penghantaran sekitar Gombak, UIA, Kuala Lumpur, Selayang dan Batu Caves yer..Jangan risau, saya adalah Pengedar Sah Shaklee anda..

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                                   

Apa Itu Kanser?

Fakta Asas Mengenai Kanser
 
Kanser adalah penyakit di mana sel-sel bertindak luar biasa, membesar dan membiak melebihi had biasa dan keupayaan mereka. Penyebaran sel agresif kemudian akan menyerang, merosak dan memusnahkan tisu-tisu berhampiran yang juga dikenali sebagai metastasis. Terdapat tiga sifat malignan utama sel-sel kanser iaitu agresif, melanggar dan cepat merebak. Sel benigna tidak mempunyai sifat-sifat tersebut dan dianggap agak selamat walaupun mereka juga mempunyai kecenderungan untuk berubah menjadi sel malignan.

Kanser boleh berlaku dalam setiap individu di setiap usia dan mempunyai kadar kematian 13%. Kebanyakan jenis kanser disebabkan oleh komposisi genetik abnormal sel malignan yang boleh disebabkan oleh faktor-faktor alam sekitar atau kecacatan kongenital.

Karsinogen boleh mengubah genom hos dan sifatnya menjadi malignan manakala masalah replikasi DNA juga boleh berlaku seperti yang biasa dilihat dalam pengembangan kanser pada janin. Kanser jarang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi jenis yang paling biasa yang berlaku ialah leukemia, yang diikuti oleh kanser sistem saraf pusat dan kemudian neuroblastoma.

Proses Perkembangan Kanser

Biasanya sel kanser membesar dan membiak dengan sewajarnya, dan ada kalanya juga sel-sel tersebut mati. Tubuh bertanggungjawab untuk memastikan seluruh proses pembiakan dan pertumbuhan seimbang. Sel-sel mati atau rosak digantikan secara automatik. Dalam kes kanser, sel tidak normal hidup lebih lama daripada sel normal dan cepat membentuk sel baru yang tidak normal. Sel-sel kanser boleh sampai ke bahagian-bahagian badan yang terpencil dan organ-organ penting, dan mengganggu fungsi dan proses yang penting.

Tanggungjawab utama DNA sel adalah untuk mengarah aktiviti. DNA yang rosak biasanya akan dibaiki oleh tubuh. Masalahnya ialah tubuh tidak mampu untuk memperbaiki kerosakan kerana sel kanser terus membinasakan sel-sel dan tisu-tisu lain. Kerosakan DNA boleh disebabkan oleh pendedahan kepada unsur-unsur berbahaya dalam persekitaran atau diwarisi. Kanser biasanya bermula dengan pembentukan tumor yang kemudiannya merebak keseluruh tubuh.

Tanda dan Gejala

Gejala boleh dibahagi kepada tiga kategori berasingan, iaitu: tempatan, metastasis dan sistemik. Tanda-tanda tempatan adalah yang pertama berlaku, yang dinyatakan melalui ketulan luar biasa atau pembentukan tumor, pendarahan, ulser dan kesakitan.

Tanda-tanda metastasis menyatakan bahawa sel-sel tidak normal telah mula merebak dan menjejaskan kawasan-kawasan berhampiran dan ditunjukkan dengan batuk, hemoptisis atau batuk berdarah, hepatomegali atau pembesaran hati, gejala neurologi, pembesaran nodus limfa dan kesakitan tulang.

Tanda-tanda sistemik menunjukkan kanser telah merebak ke hampir semua bahagian tubuh dan menjejaskan organ-organ utama dan sistem secara keseluruhan. Pernyataan biasa termasuk lemah tubuh badan atau cachexia, kurang selera makan, kehilangan berat badan, diaphoresis atau berpeluh malam, anemia, pembekuan darah dan hormon yang tidak normal. Lain-lain gejala yang ketara termasuk kekaburan penglihatan, mudah letih, sakit kepala, demam, loya, dan muntah-muntah.

Jenis-jenis Kanser

Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat, dan diikuti oleh kanser paru-paru dan kanser payudara. Terdapat juga kanser hati, kolon atau kanser kolorektal, kanser pankreas, kanser pundi kencing, kanser ovari, kanser endometrium, kanser tulang, kanser kulit atau kulit melanoma, limfoma non-Hodgkin dan leukemia.

Semua ini memberi kesan kepada berbagai bahagian tubuh. Ada kemungkinan kanser hanya berlaku di bahagian tertentu tubuh tetapi jenis ini masih dianggap mengikut bahagian asal. Sebagai contoh, jika sel kanser payudara merebak ke paru-paru, ianya masih dirujuk sebagai kanser payudara walaupun sel-sel di dalam paru-paru juga sudah menjadi kanser.

Sifat Sel Kanser

Sel kanser atau sel malignan tidak memiliki sifat sel biasa yang menghadkan pertumbuhan dan penyebaran mereka. Mereka tidak mampu untuk apoptosis atau masih terus membiak walaupun mempunyai keganjilan genetik. Sel ini tidak peka terhadap isyarat tubuh yang menghadkan pertumbuhan dan penyebaran. Ia sentiasa membahagikan diri dan bertahan lebih lama dari sel normal dan juga mempunyai keupayaan untuk menyerang dan membinasakan tisu berhampiran hanya untuk membiak.

Secara keseluruhan, kesilapan genetik terus merebak tanpa dibaiki dan meningkatkan mutasi sel di dalam tubuh. Fungsi tubuh terganggu atau tidak lagi berkesan sementara kerosakan terus berkembang. Walau bagaimanapun kanser bukanlah penyakit berjangkit atau boleh merebak.

Sumber: http://www.kesihatan.biz/artikel/fakta_asas_kanser.php

Shaklee ada menawarkan supplemen untuk anda mencegah daripada kanser. Ia terdiri daripada VITALEA, ESP, B-COMPLEX, VITAMIN C, VITAMIN E, CAROTOMAX dan OMEGA GUARD.

Cegah sebelum terlambat..Info lanjut boleh hubungi:

SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad                                                                   
Blog: vitaminonlineshop.blogspot.com

Cara Tambah Berat Badan dengan Vitamin Shaklee

Mempunyai badan yang sangat kurus juga menjadi kerisauan kepada kaum lelaki mahupun wanita. Ialah rasanya dah makan banyak tapi still kurus juga. Kurus sangat pun tak cantik juga kan? Biar ia berada dalam paras berat badan IDEAL.

BMI = Berat (kg) / Ketinggian (m)2

Jika paras BMI anda berada antara
18.5-24.9 - NORMAL
< 18.5 - Terlalu Kurus
25 - 29.9 - GEMUK
30 ke atas - OBESITI

Bagaimana cara untuk tambah berat badan? Apakah Vitamin yang sesuai untuk tambah berat badan? Saya cadangkan Set Tambah Berat Badan dari Shaklee iaitu:-

Mealshakes
Ia mengandungi 19 vitamin utama dan mineral tambahan dan jika dihidang seperti yang disarankan ia kaya dengan sumber kalsium dan protein yang amat diperlukan oleh tubuh badan kita. Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk asid amino perlu dan juga tidak perlu. Rasanya yang sedap dan enak pasti memikat selera anda.





B-Complex

Lengkap dengan 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh badan kita serta asid folik.

Vitalea with Iron Formula
Vitalea dilengkapi dengan 28 jenis vitamin dan juga mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita.

Jika anda ada sebrang pertanyaan boleh hubungi saya di:-



SMS/Call/WhatsApp: 019-313 2413 (Anis)
Email: vitaminkesihatan@gmail.com
FB: Anis Suziana Ahmad